Showing posts with label Aduuyaiiiii...... Show all posts
Showing posts with label Aduuyaiiiii...... Show all posts

Friday, September 13, 2013

Aneh: Tubuh Wanita Bengkak Sehingga 228kg kerana Digigit Nyamuk..!

 Gigitan nyamuk biasanya hanya meninggalkan bekas benjol di kulit yang boleh hilang dalam beberapa minit atau jam. Namun gara-gara digigit nyamuk, tubuh wanita ini membengkak sehingga 228 kg.

Berat badan Sophia loots (42 tahun) naik mendadak dari 89 kg menjadi 317 kg. Dia terlalu malu untuk mencari bantuan doktor kerana awalnya ia pikir keadaan tersebut terjadi kerana kebiasaan makan berlebihan.

Selama 5 tahun, ia harus tertahan di tempat tidur kerana kakinya yang membengkak tak boleh lagi digunakan untuk berjalan.  Pada Oktober 2011 barulah ia mencari bantuan doktor.

 Wanita yang berasal dari Cape Town, Afrika Selatan, ini didiagnosis menderita lymphedema, yang menyebabkan kakinya membengkak masing-masing 63,5 kg. Berat badannya pun naik sehingga 228 kg setelah digigit nyamuk pada tahun 2006. Doktor mengatakan,kemungkinan serangga tersebut membawa larva filarial, yang menyekat saluran cecair dalam sistem limfa menyebabkan kakinya membengkak.

Tubuhnya membesar menjadi begitu berat, sehingga tidak mampu melakukan tugas-tugas mudah seperti mencuci. Untuk ke tandas saja, ia memerlukan bantuan orang lain. Keadaan ini membuat Sophia menjadi tertekan dan berpaling ke makanan, yang akhirnya membuat berat badannya semakin naik.

Kulitnya menebal dan pembengkakan terus berlaku. Untuk menyelamatkannya, doktor menyarankan agar melakukan rawatan segera.

Namun berat badannya yang begitu besar membuat rawatan akan sukar dilakukan. Sophia pun akhirnya melakukan diet radikal dan berjaya menurunkan berat badan sebanyak 23 kg dalam tempoh 25 hari.

"Saya benar-benar berfikir akan mati di tempat tidur. Ini mengerikan. Anak-anak saya mesti pulang ke rumah untuk membantu saya pergi ke bilik mandi. Suami saya harus bekerja keras, sedangkan saya hanya menghabiskan masa sendirian di tempat tidur, mengait, mendengar radio atau menangis, "ujar Sophia, seperti dilaporkan Daily Mail,

Kerana merasa tertekan, Sophia melampiaskan emosinya pada makanan. Ia akan makan roti dengan blok keju dan 3 bungkusan besar kerepek setiap hari. Ia juga minum 10 cawan kopi dengan 5 sudu gula dan krim, serta 2 liter soda.

"Makanan adalah keselesaan saya. Dalam masa 5 tahun, saya kehilangan segalanya, saya hampir tidak boleh menyebut diri saya ibu. Kaki saya terasa terbakar sepanjang masa. Saya kesakitan, ini penyeksaan," ujarnya.

Sophia akhirnya memberanikan diri berjumpa doktor pada Oktober 2011 dan memulakan rawatan pada bulan Jun 2012. Dia dibawa ke Johannesburg untuk rawatan. Di bawah pimpinan Dr Dirk le Roux, lebihan cecair dikuras dari kakinya dan kulit lebihan pun dibuang.

Setelah pembedahan untuk mengeringkan kaki dan menghilangkan kelebihan kulit, berat badan Sophia kini turun menjadi 127 kg.

Wednesday, September 11, 2013

Penuntut IPT trauma dengan lelaki selepas nyaris dirogol !!


Saya penuntut di salah sebuah universiti awam di ibu kota. Saya mengalami masalah iaitu berasa takut apabila berada dekat dengan lelaki.

Ceritanya bermula hampir lima tahun lalu di mana saya hampir-hampir dirogol oleh salah seorang pekerja lelaki berdekatan rumah saya. Di mata saya, mereka adalah penjahat yang akan menerkam mangsanya pada bila-bila masa saja.

Sebelum peristiwa itu, saya tiada masalah berhadapan dan bergaul dengan mereka. Malah, sewaktu kecil, kawan saya ramai yang lelaki dan saya gembira dapat berkawan dengan mereka. Mereka juga baik terhadap saya.

Kini segala perasaan saya terhadap lelaki berubah daripada suka kepada takut. Ada kalanya juga saya berasa trauma meng­ingatkan peristiwa hampir dirogol. Ketika itu jugalah tiba-tiba perasaan takut saya terhadap semua lelaki wujud.

Buat masa sekarang, adalah tidak wajar untuk saya menghukum mereka sedemikian kerana mereka tidak berbuat apa-apa salah dengan saya. Bantulah saya Prof untuk membuang stigma pemikiran yang kolot ini kerana zaman sekarang kita tidak akan terlepas untuk bekerjasama dengan mereka dalam bidang apa sekalipun.

INSAN BUNTU,

Perak


DR dapat merasai tekanan yang adik alami. Peristiwa adik hampir dirogol membentuk pemikiran bahawa semua lelaki adalah 'jahat'. Satu peristiwa pahit membentuk pemikiran tidak rasional adik sehingga ia menimbulkan ketakutan kepada kaum Adam.

Benar kata adik, zaman sekarang adik tidak akan terlepas untuk bekerjasama dengan lelaki dalam bidang apa sekalipun. Justeru, adik perlu membuang stigma pemikiran yang kolot ini.

Sikap adik yang tidak mahu menghukum lelaki kerana mereka tidak bersalah adalah satu sikap yang baik. Dr amat menghargai­nya. Dr harap keinginan untuk mengubah pemikiran yang salah terhadap lelaki dapat membantu adik mempunyai sikap dan pemikiran positif terhadap mereka.

Mengubah pemikiran tidak rasional kepada rasional bukanlah mudah. Ia memerlukan latihan dan ke­sungguhan diri yang kuat.

Adik perlu mengubah pemikiran tidak rasional adik dengan menyatakan peristiwa adik hampir dirogol oleh seorang lelaki memang menakutkan, tetapi tidak bermakna semua lelaki jahat. Namun, adik perlu juga berhati-hati dalam tingkah laku dan kata-kata supaya peristiwa hitam adik hampir dirogol tidak akan berulang.

Rasionalkan pemikiran adik dengan mengatakan lelaki yang cuba merogol adik tidak menggambarkan ting­kah laku semua lelaki. Sama seperti perkara lain, ada baik buruknya. Lelaki juga ada yang baik dan ada yang sebaliknya. Ramai lelaki baik yang tidak akan mengganggu adik dalam apa juga bentuk, sama ada dari sudut percakapan atau ting­kah laku.

Jika adik berasa sukar untuk mengubah pemikiran tidak rasional ini, adik boleh luahkan perasaan ketakutan itu di atas kertas. Adik juga boleh berkongsi perasaan takut itu de­ngan kawan, saudara atau mana-mana pihak yang adik amat percaya. Kaunselor di tempat adik belajar adalah individu yang adik boleh jumpa untuk mengurangkan ketakutan berdekatan dengan lelaki.


Kaunseling Remaja @ Harian Metro

Tuesday, September 10, 2013

Inilah Zarema Zainal, skandal panas Aidil Zaquan..??

Berikut adalah foto Zarema Zainal, kekasih baru Aidil Zaquan mendapat kritikan hebat dalam akhbar oleh Rita Rudaini.

Nama Zarema Zainal menjadi popular semalam selepas dia telah dikaitkan sedang hangat bercinta dengan suami kepada pelakon terkenal Rita Rudaini iaitu Aidil Zaquan.

Menurut Rita, Aidil telah merancang untuk menceraikannya pada 25 Februari 2013 dan bakal berkahwin dengan Zarema Zainal pada bulan Julai 2013.

Dek kerana komen pedas oleh Rita, Adil telah menceraikannya dengan talak satu melalui SMS semalam.

Jom tengok lagi gambar cantik Zarema Zainal yang sedang hangat diperkatakan ketika ini.

 

Dettifos, Air Terjun Paling Kuat Pengalirannya Dan Yang Terbesar Di Eropah !!


Air Terjun ini terletak di Vatnajokull National Park di Utara Iceland. Air Terjun ini bersambung dengan sungai Jokulsa a Fjollum yang mana mengalirkan air dari glasier Vatnajokull. Air Terjun ini mempunyai keluasan sehingga 330 kaki dan ketinggiannya adalah 150 kaki. Pangaliran air terjun ini adalah 193 m3/s.
  
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Perangai "Gedik" Ella tidak keterlaluan - Suami

PETALING JAYA – Suami kepada penyanyi terkenal, Ella iaitu Azhar Ghazali mendedahkan isterinya itu bersikap lebih manja dengannya ketika mereka berdua-duaan di rumah berbanding ketika di khalayak.
Azhar, 30-an berkata, dia sangat menyenangi sifat manja Ella itu yang dirasakannya dapat mengeratkan lagi hubungan mereka suami-isteri.



“Mungkin ada orang kata dia gedik dan sebagainya tetapi itu adalah dirinya. Sikap itu sebenarnya tidak keterlaluan berbanding ketika dia berada di rumah bersama saya.
 
“Saya langsung tidak melihat ia sebagai satu masalah kerana ia mengeratkan hubungan kami suami isteri dalam banyak perkara,” katanya kepada mStar Online.
 
Ella atau nama sebenarnya Norzila Aminudin, 46 dan Azhar iaitu seorang juruterbang syarikat Firefly berkahwin pada 7 Julai 2012 di rumah keluarga penyanyi lagu Layar Impian itu di Teluk Gadong, Klang, Selangor.
 
Dalam pada itu, Ella berkata, dia sangat bertuah dapat bersuamikan Azhar dan menyifatkan lelaki itu sebagai budiman dan rajin membantunya jika berada di rumah.
 
Jelas Ella, mereka suami isteri juga sering bermuhasabah jika timbul sebarang masalah dan menyifatkan cara itu memberi kesan baik.
 
“Jika tidak bekerja Azhar rajin membantu saya di rumah sama ada mengemas, memasak dan sebagainya. Selepas setahun berkahwin kami lebih mengenali hati budi masing-masing dengan lebih baik,” ujarnya.
Sementara itu, Ella berkata, dia dan suaminya akan menyambut Hari Raya Aidilfitri pada tahun ini di kampung halaman suaminya di Muar, Johor.
 
Kata Ella, dia sangat teruja setiap kali dapat balik ke kampung suaminya kerana sukakan suasana desa yang tenang dan damai.
 
“Berhari raya di kampung lebih meriah dan dapat berkenalan dengan sanak saudara sebelah suami namun kami hanya akan pulang selama beberapa hari sahaja kerana komitmen kerja,” ujarnya.
 
Bercakap mengenai perkembangan kerjayanya, Ella berkata, dia bakal muncul dengan sebuah konsert solo di tiga lokasi bermula September hingga Disember depan.
 
Bagaimanapun lokasi konsert tersebut masih belum diputuskan oleh pihak penganjur.
“Saya juga akan terlibat dengan sebuah konsert akustik di Dewan Filharmonik Petronas (DFP) pada September ini sebelum sibuk dengan konsert solo itu nanti.
 
“Sudah tentu saya teruja dengan perancangan tersebut kerana sudah lama tidak muncul dengan konsert solo. Harap peminat akan ramai-ramai menghadiri persembahan itu nanti,” katanya. – mstar Online
 

Tips: Najis Burung Elok Untuk Kecantikan..!

New York – Najis burung untuk tujuan kecantikan? Itulah yang ditawarkan sebuah spa mewah yang menggunakan rawatan tradisional Jepun kepada sesiapa yang sanggup membayar AS$180 (RM581) untuk seketul najis burung nightingale Asia import.
 
 
Setiap bulan, kira-kira 100 wanita dan lelaki mengunjungi salun rawatan kulit Shizuka tidak jauh dari Fifth Avenue di Manhattan bagi mendapatkan perkhidmatan berkenaan.
 


Pengamalnya mendakwa najis burung itu mampu mengekalkan kelembutan serta kehalusan kulit melalui enzim yang ada pada najis berkenaan.
 
 
Pemilik spa itu, Shizuka Bernstein berkata proses rawatan digelarnya sebagai Rawatan Muka Geisha bermula sejak lima tahun lalu. “Saya cuba membawa rahsia kecantikan Jepun ke AS selepas mempelajari teknik rawatan ini daripada ibu saya,” katanya. Walaupun secara relatif jarang didapati di AS, rawatan itu sebenarnya biasa di Jepun dan mula diamalkan sejak 1600-an di kalangan pelakon dan geisha.
 
 
Kerana itu, kata pemilik spa sekihatan Ten Thousand Waves di Santa Fe, New Mexico, Duke Klauck, golongan warga emas Jepun tetap memiliki kulit yang cantik walaupun sudah berusia lewat. Rawatan di spa Shizuka itu bermula dengan proses membuka liang roma kulit melalui pendedahan kepada wap panas. Kemudian krim disapu sebelum najis burung dilumurkan pada kulit. Najis burung itu dicampur dengan beras dan disapu ke kulit.
 
 
Sementara itu, salah seorang pelanggan spa mewah berkenaan berkata, bahan itu berbau seperti “beras dipanggang.” – AP

Doktor Durjana Jual Bayi Selepas Tipu Ibu !!

Jual Bayi

China – Doktor durjana. Itu gelaran paling sesuai untuk Zhang Lin selepas disyaki menjual seorang bayi kepada sindiket pemerdagangan manusia di China.

Zhang Lin telah memaklumkan kepada ibu bayi berkenaan, Dong Wan, 31, bahawa bayinya itu sakit tenat dan tidak boleh hidup lagi. Doktor wanita itu juga didakwa memujuk Dong Wan untuk membenarkan pihak hospital menjaga bayinya, sebelum bayi itu dijual pada harga $4,600 dolar.
Dia berjaya ditangkap dan polis kini menyiasat kes sama yang berlaku di daerah Shaanxi itu. Dalam pada itu, bayi berkenaan yang sebenarnya sihat, telah ditemukan semula dengan ibunya di Fuping. "Saya diberitahu bahawa bayi ini tidak akan hidup lama dan langkah terbaik ialah dengan membenarkan pihak hospital untuk menjaganya. Itu yang saya lakukan,'' kata Dong Wan. Jelasnya, selepas menandatangani dokumen menyerahkan bayinya kepada pihak hospital, Dong Wang menukar fikiran dan meminta suaminya, Lai Guofeng menghubungi polis.
Selepas siasatan dijalankan, bayi berkenaan telah ditemui beratus batu dari wilayah berkenaan dan telah dijual oleh sindiket pemerdagangan manusia. Bayi itu ditemui dengan bantuan polis tempatan.

Renungan : Generasi Muda Menjadi Tua Sebelum Waktu !!


Dunia tanpa sempadan bawa banyak pengaruh negatif diimport
Umat Islam ketika ini melalui dasawarsa kedua abad 21 dengan mengharungi pelbagai mehnah dan tribulasi. Peperangan saudara, pergolakan politik, konflik umat Islam minoriti, bencana alam hinggalah kepada ancaman budaya dan serangan hedonisme yang meruntuhkan moral.
Ditambah pula dengan serangan pemikiran yang menggesa umat Islam berfikiran secara liberal ala Barat. Generasi hari ini memerlukan persiapan rapi untuk menghadapi cabaran luar yang semakin mengelirukan.
Hari ini kita berdepan dengan ketidakyakinan terhadap budaya sendiri. Ramai tidak lagi berbangga dengan adat dan tradisi budaya kita yang terbukti berjaya membentuk umat Melayu di Malaysia menjadi umat yang kental dengan agamanya walaupun selepas lebih 500 tahun dijajah.
Jika persiapan ini tidak diatur dengan baik dan kemas, maka generasi muda akan kehilangan panduan seterusnya hanyut dibawa arus cabaran yang mengganas. Natijahnya, segala bentuk kemungkaran dan keruntuhan moral akan menyelaputi diri mereka.
Mereka akan menjadi apa yang disebutkan al-Quran sebagai Zurriyatan du'afa (zuriat yang lemah), generasi lesu dan tidak berwawasan. Firman Allah SWT: "Dan mereka seharusnya takut kepada Allah, andainya meninggalkan di belakang mereka zuriat (generasi ) yang lemah." (Surah an-Nisa, ayat 9)
Sebaliknya jika kehidupan mereka diasaskan kepada kehidupan beragama yang kukuh, nescaya akan terbina generasi seperti mana diungkapkan oleh Prof Dr Yusuf al-Qaradhawi sebagai golongan al-jil al-nasr (generasi kemenangan).
Barisan pemuda kukuh iman

Generasi ini dibina oleh kekuatan roh dan jasad, lalu menjadi binaan yang tidak boleh dirungkaikan. Mereka adalah barisan pemuda yang mempunyai kekukuhan iman sambil mendapat petunjuk daripada Ilahi.
Kini, generasi muda yang baru mengenali dunia sudah dihidangkan dengan pelbagai masalah menyebabkan mereka turut terpalit dengan fitnah dunia hingga menyebabkan mereka menjadi tua sebelum waktunya.
Sewajarnya dalam usia ini, generasi muda diberikan ruang, peluang, masa, tenaga dan pendedahan yang baik supaya dapat menghasilkan benih-benih generasi muda yang baik kelak. Malangnya, dunia tanpa sempadan banyak membawa perubahan nilai kepada diri manusia.
Sekali lagi, generasi muda terpengaruh nilai negatif yang diimport. Mereka mengalami skizofrenia iaitu gangguan mental yang mampu memusnahkan tamadun. Suasana ini berlaku ketika mana generasi muda kehilangan paradigma dan keliru antara Barat dan moden lantas dimensi moden yang dipegang diambil daripada acuan Barat.
Lantaran itu, budaya popular yang kini seolah-olah menjadi budaya massa turut mempengaruhi gaya hidup dan pemikiran generasi muda Islam. Budaya ini yang lebih mementingkan gaya dan imej daripada nilai serta makna secara tidak disedari semakin diterima masyarakat yang semakin keliru.
Kesannya, mereka tidak lagi dapat membezakan antara populariti dan asas, imej dan nilai, palsu dan yang benar. Keadaan ini berlaku apabila wabak ketidakpekaan terhadap nilai hidup sebenarnya berleluasa.
Lebih parah, hari ini kita berdepan dengan ketidakyakinan terhadap budaya sendiri. Ramai tidak lagi berbangga dengan adat dan tradisi budaya kita yang terbukti berjaya membentuk umat Melayu di Malaysia menjadi umat yang kental dengan agamanya walaupun selepas lebih 500 tahun dijajah.
Masyarakat beragama, berbudaya ilmu
Umat Islam yang bermartabat adalah masyarakat yang beragama dan berbudaya ilmu. Justeru, generasi muda yang dilahirkan haruslah mempunyai kualiti diri yang cemerlang, cerdas dan berkeperibadian mulia, lantas bangsanya akan menempa kemajuan dan kemakmuran.
Sekiranya tidak ada usaha untuk membimbing dan membentuk generasi abad 21 yang benar-benar mantap keperibadian dan sahsiahnya, maka perancangan yang diatur akan terpinggir dan sekali gus terbengkalai.
Sebagai generasi Islam yang mempunyai tanggungjawab terhadap agama, bangsa dan negara, maka nilai Islami harus benar-benar menjiwai kehidupan ini. Selaras dengan tanggungjawab ini, maka generasi muda perlu bijak mengatur agenda yang berencana dan memberi keutamaan.
Setiap pemuda pemudi Islam harus membulatkan iltizam perjuangan untuk membina keunggulan keperibadian dan kepemimpinan ummah.
Abad ini dan mendatang adalah abad generasi muda. Sebagai umat yang mempunyai keyakinan aqidah, pemuda Islam akan mara dengan penuh yakin untuk mengimarahkan muka bumi Allah SWT dan memenuhi tuntutan sebagai khalifah di muka bumi ini.
Justeru, tanggungjawab membina insan seimbang dari segi akal, rohani, jasmani dan emosi adalah keutamaan yang harus diberi perhatian serius. Tanggungjawab mendidik manusia ini tidak harus dijadikan tanggungjawab yang hanya dilaksanakan ketika wujudnya tekanan sosial yang memaksa.
Pelapis kepemimpinan negara
Sebaliknya, pelaksanaan tanggungjawab ini mesti lahir daripada kesedaran mendalam dan semangat jitu. Sebagai generasi pelapis kepemimpinan negara, generasi muda Islam sewajarnya mengimpikan erti kemenangan yang tulen.
Namun, kemenangan itu tidak akan datang dengan sendirinya tanpa mengetahui syarat-syaratnya. Generasi muda Islam perlu akur kemenangan dan kecemerlangan adalah datang daripada Allah SWT.
Ingatlah bahawa Allah SWT tidak akan memberikan kemenangan kepada mereka yang tidak menolong-Nya. Justeru, dalam upaya kita untuk membina generasi cemerlang yang penuh dengan kemenangan, pemuda Islam hendaklah benar-benar menjadi mukmin yang sejati.

Saturday, September 7, 2013

Lionel Messi Kantoi Curang Di Vegas..!

Untuk Lionel Messi, apa yang berlaku di Vegas tidak tinggal di Vegas. Superstar Barcelona ini telah dikantoikan oleh paparazzi dimana gambarnya yang sedang mendukung penari berambut perang di sebuah parti di Las Vegas telah ditangkap. Identiti wanita berkenaan tidak didedahkan

Messi Kantoi
 
Gambar-gambar itu telah disiarkan oleh majalah gosip Argentina Pronto. Majalah itu melaporkan Messi ke Las Vegas pada awal bulan Julai untuk menjadi tetamu kehormat untuk majlis yang dianjurkan oleh Ronaldo di Wynn Hotel.
Messi Kantoi
Menurut beberapa sumber, hubungan pemain dengan isterinya, kini berada di dalam krisis, kerana gambar-gambar tersebut. Menurut rakan terdekat juga, isterinya berasa sangat kecewa dengan Leo. Messi dan isteri yang berusia 22 tahun mengalu-alukan anak pertama mereka pada November lalu.
 
Messi Kantoi 1
 
 
Tahun 2013 menjadi tahun yang sukar bagi Messi. Bulan lepas dia telah mendedahkan kepada pihak media bahawa pihak berkuasa tempatan di Barcelona sedang menyiasat Messi dan bapanya, Jorge Horacio, yang bekerja sebagai pengurus, bagi kes pengelakan cukai berjumlah 3.4 juta euro dalam tempoh tiga tahun dengan memfailkan pulangan cukai palsu.
 

KERETA DENGAN 12 000 KUASA KUDA !!

Quad Al, pemegang rekod Guiness kereta dengan enjin piston paling berkuasa. Ia dilengkapi empat buah enjin V12 kapal terbang Allison (enjin pesawat pejuang P-51D Mustang Perang Dunia Kedua) dengan kuasa gabungan 12 0000 kuasa kuda! Quad Al dibina oleh Jim Lytlepada tahun 1965. Pembinaan kereta dengan 8 buah tayar ini terhenti selepas Jim mengalami masalah kekurangan dana. 
Beliau terpaksa menjual kereta seberat 3175 kilogram ini kepada seorang pelagak ngeri bernama Tex Collins. Sebelum sempat kenderaan ini disiapkan, Tex ditembak mati. Balu beliau menjual Quad enjin-enjin Quad Al dan akibatnya hanya rangka kereta ini sahaja yang masih wujud sekarang. Sungguhpun begitu beberapa orang peminat modifikasi di California cuba untuk menyiapkan Quad Al. Seperti Jim Lytle mereka juga menghadapi masalah kewangan dan kesukaran mencari enjin kapal terbang Allison yang kali terakhir dibuat pada tahun 1947!



Beruang Tersangkut Di Tebing Jambatan !!

Seekor beruang yang berjalan di Rainbow Bridge atau dikenali Highway Lama di Donner Summit hampir jatuh daripada jambatan kerana melompat akibat takut dengan kemunculan kenderaan. Walaubagaimanapun, beruang tu tersangkut di bawah tebing jambatan dan cuba menyelamatkan diri dari terjatuh ke bawah.

ohtidak-selamatkan-bear-dari-jatuh-1  
Pihak berkuasa yang melalui jambatan itu semasa rondaan terdengar dengkuran beruang tersebut dan mendapati seekor beruang sedang tidur di tebing jambatan.

ohtidak-selamatkan-bear-dari-jatuh-2

ohtidak-selamatkan-bear-dari-jatuh-3

Mereka memasang pukat untuk menyelamatkan beruang.

ohtidak-selamatkan-bear-dari-jatuh-4

ohtidak-selamatkan-bear-dari-jatuh-5
Beruang yang jatuh ke dalam pukat di turunkan ke tanah secara perlahan-lahan.

ohtidak-selamatkan-bear-dari-jatuh-6