Showing posts with label India. Show all posts
Showing posts with label India. Show all posts

Monday, February 10, 2014

Misteri! Tasik berisi 500 tengkorak di India


 Tasik Skeleton yang berisi 500 tengkorak (travelet.com)

Uttarakhand - Di dunia , banyak sekali destinasi yang sangat terkenal dengan misterinya . Begitu juga dengan Tasik Skeleton di Uttarakhand , India . Tasik ini terkenal dengan penemuan 500 tengkorak yang begitu misteri .

Pada tahun 1942 , seorang penjaga hutan di Uttarakhand , India menemukan perkara yang sangat misteri di Tasik Skeleton . Tasik ini berada pada ketinggian 16,000 mdpl . Lembah kecil ini mempunyai air yang berasal dari cairan ais Pergunungan Himalaya , seperti yang dilihat dari laman web rasmi Tasik Skeleton , Rabu ( 15/1/2013 ) .

Saat air masih membeku , tasik ini memang kelihatan biasa - biasa sahaja . Tapi setelah ais mula cair , terlihat sesuatu yang sangat aneh . Ada banyak tengkorak di tasik ini . Jumlahnya tidak main - main , ada kira-kira 500 tengkorak .
 Tengkorak yang ditemukan di Tasik Skeleton (travelet.com)
Saat ditemui , tengkorak tersebut kelihatan berantakan . Ada yang di tengah , di dasar , dan di tepi tasik . Banyak orang yang beranggapan bahawa telah berlaku pembunuhan beramai-ramai di sini .

Andaian lain kemudian muncul , bahawa tengkorak tersebut adalah para tentera Jepun yang meninggal kerana ingin menyusup ke wilayah India . Lalu Inggeris menugaskan pasukan untuk menginvestigasikan kebenaran dan asal - usul tengkorak tersebut . Para saintis mengatakan , tulang , daging , dan rambut yang masih melekat di tengkorak menandakan bahawa tengkorak tersebut bukanlah para tentera Jepun yang meninggal .

Bertahun - tahun , banyak orang yang bertanya - tanya tentang misteri tengkorak tersebut termasuk para traveler . Tapi kemudian , titik terang mula kelihatan setelah pada tahun 2004 para saintis datang untuk meneliti .
 Banyak pendaki yang mengunjungi tasik ini (roopkund.com)
Ternyata , 500 tengkorak tersebut ada 2 jenis . Hal itu dibuktikan dari ujian DNA yang dilakukan para saintis . Jenis yang pertama adalah manusia dengan badan yang cukup tinggi yang diketahui mereka adalah para traveler yang ingin berziarah ke India melalui laluan Himalaya . Jenis yang kedua adalah warga tempatan , terlihat dari bentuk tubuhnya yang tidak terlalu tinggi .

Anehnya , semua tengkorak yang ditemui ternyata mati dengan cara yang sama . Ada luka bekas pukulan di kepala dan bahu mereka . Luka tersebut bukan dari senjata , tapi dari sesuatu yang berbentuk bulat . Lalu , apakah mereka dibunuh oleh sekumpulan orang ?
 Kawasan ini sering dijadikan sebagai kem para pendaki (roopkund.com)
Jawapannya adalah tidak . Sebenarnya , mereka mati kerana ditimpa bola ais . Secara mengejutkan , bola - bola ais bersaiz besar bergolek dari puncak gunung . Traveler dan penduduk asal di Tasik Skeleton kemudian menyelamatkan diri mereka di lembah ini . Kerana tidak adanya penghalang , akhirnya mereka tertimbus hidup - hidup di sini . Hiii !

Tetapi , kisah seram tersebut ternyata tidak menyurutkan para traveler untuk datang kembali . Selain kerana misterinya , Tasik Skeleton juga menjadi tempat kegemaran pelancong yang ingin mendaki gunung di kawasan Uttarakhand . Kawasan ini dikenali mempunyai pemandangan yang indah . Di beberapa tempat juga terdapat salji abadi . Anda berani ?

Sumber: travel.detik.com

Saturday, October 19, 2013

Arkeologi cari harta karun RM157 billion


SEJUMLAH orang mengunjungi sebuah kawasan kubu pada abad ke-17 yang dikatakan mempunyai simpanan harta karun di Unnao, Uttar Pradesh kelmarin.- AP

UNNAO - Ahli-ahli arkeologi memulakan kerja-kerja menggali di sebuah kubu untuk mencari harta karun pada abad ke-19 di utara India semalam.

Kerja-kerja menggali itu dibuat selepas seorang sami mendakwa seorang bekas raja muncul dalam mimpinya dan memberitahu terdapat simpanan harta karun bernilai AS$50 bilion (RM157 87 bilion) di bawah tanah kubu.

Kerja-kerja itu dimulakan selepas sami tersebut, Shobhan Sarkar memaklumkan tentang mimpinya kepada seorang menteri India yang melawatnya pada bulan lalu.

Sami itu berkata, Raja Rao Ram Baksh Singh yang digantung sampai mati pada tahun 1858 kerana menentang penjajah British memberitahunya, terdapat 1,000 tan harta karun yang tersembunyi di bawah kubu miliknya itu.

Majistret daerah Unnao, Vijay Karan Anand berkata, beberapa pegawai geologi dan arkeologi telah meninjau kawasan tersebut dan menemui bukti tentang kewujudan logam yang terdapat kira-kira 20 meter dari bawah tanah.

"Kerja-kerja menggali merupakan satu cara untuk mengesahkan jenis logam itu," ujarnya.

Pihak Kajian Arkeologi India menyatakan, kerja-kerja menggali akan bermula di bawah sebuah kuil yang terletak di dalam runtuhan kubu lama itu.

Dalam pada itu, rata-rata penduduk kampung Daundia Khera yang tidak mempunyai bekalan elektrik berkata, cerita tentang harta karun tersebut telah diketahui daripada orang tua mereka.

Dalam pada itu, pihak berkuasa telah membuat sekatan bagi menghalang beribu-ribu orang yang mula membanjiri kampung itu untuk melihat harta karun dan mereka turut bersembahyang di situ.

Bagaimanapun, salah seorang keturunan raja itu, Navchandi Veer Pratap Singh berkata, jika emas benar-benar ditemui di kawasan itu, dia juga perlu memperoleh sahamnya.

Pihak berkuasa negeri Uttar Pradesh menyatakan, ia juga berhak ke atas harta karun itu. - AP

Kosmo!

Kanak-kanak Dikahwin Dengan Anjing Elak Penggantin Lelaki Diburu Haiwan Buas


 
BHUBANESWAR, India – Seorang kanak-kanak berusia dua tahun dikahwinkan dengan anjing milik jirannya oleh penduduk kampung yang mendakwa perbuatan itu dapat mengelak ‘pengantin lelaki’ diburu haiwan buas.

Lebih 150 anggota puak Munda mengadakan ritual di perkampungan desa Jajpur, Orissa, setelah Sagula Munda didapati tumbuh sebatang gigi pada gusi atasnya.

Bapa kanak-kanak itu, Sanarumala Munda berkata, ritual perkahwinan dijalankan bagi menghalang sumpahan yang boleh menimpa anak lelakinya disebabkan tumbuhnya gigi berkenaan.





 

Ini kerana puak Munda melihatnya petanda buruk serta terdedah kepada serangan haiwan liar.

Ritual tersebut dikatakan merestui kanak-kanak itu dan menghalau roh jahat selepas berlangsungnya majlis perkahwinan.

Sagula diarak oleh keluarga dan penduduk kampungnya ke kuil yang mana sami melangsungkan upacara `perkahwinan’ antara Sagula dan pengantin perempuan, Jyoti, sambil menyanyikan lagu puja-pujaan dalam bahasa Sanskrit.


                                        
Kanak-kanak Dikahwin Dengan Anjing Elak Penggantin Lelaki Diburu Haiwan Buas 
 
BHUBANESWAR, India – Seorang kanak-kanak berusia dua tahun dikahwinkan dengan anjing milik jirannya oleh penduduk kampung yang mendakwa perbuatan itu dapat mengelak ‘pengantin lelaki’ diburu haiwan buas.

Lebih 150 anggota puak Munda mengadakan ritual di perkampungan desa Jajpur, Orissa, setelah Sagula Munda didapati tumbuh sebatang gigi pada gusi atasnya.

Bapa kanak-kanak itu, Sanarumala Munda berkata, ritual perkahwinan dijalankan bagi menghalang sumpahan yang boleh menimpa anak lelakinya disebabkan tumbuhnya gigi berkenaan.





 

Ini kerana puak Munda melihatnya petanda buruk serta terdedah kepada serangan haiwan liar.

Ritual tersebut dikatakan merestui kanak-kanak itu dan menghalau roh jahat selepas berlangsungnya majlis perkahwinan.

Sagula diarak oleh keluarga dan penduduk kampungnya ke kuil yang mana sami melangsungkan upacara `perkahwinan’ antara Sagula dan pengantin perempuan, Jyoti, sambil menyanyikan lagu puja-pujaan dalam bahasa Sanskrit.


          



                                  



                                  

Thursday, September 19, 2013

Keindahan Masjid Kaca Di India


India mempunyai sebuah masjid dengan struktur yang mengagumkan. Kubah dan menara kacanya berdiri megah di Meghalaya, jamaah boleh menikmati pemandangan dari kaca tersebut. Nama bangunan tersebut Masjid Madina

"Masjid ini merupakan keajaiban seni bina," kata undang-undang Kongres Sayeedullah Nongrum yang membantu dalam pembangunan masjid ini. "Kami memerlukan masa 1.5 tahun untuk menyelesaikan masjid kaca di India dan salah satu yang terbesar di wilayah timur laut," kata Nongrum. Bangunan empat tingkat berukuran 120 meter dan lebar 61 meter itu berdiri di Kompleks Idgah di daerah Tanah. Pada malam hari, pemandangan dipastikan lebih indah lagi kerana kaca-kaca masjid akan bersinar gemerlap. Selain beribadah, masjid ini juga merupakan rumah panti asuhan Meherba, perpustakaan dan markas lembaga teologi Islam.

Masjid Madina mempunyai kapasiti kira-kira 2,000 orang. "Tempat ini akan terbuka untuk semua orang, tapi diwajibkan menjaga kesucian masjid," kata Nongrum, seraya menambah bahawa masjid ini juga ditubuhkan untuk menjadi daya tarikan pelancong di India. Nongrum mengatakan sebahagian besar orang yang membina masjid adalah umat Hindu. India mempunyai kira-kira 165 juta umat muslim sehingga 'Negeri Bombay' ini merupakan negara dengan penduduk muslim terbesar ketiga di dunia selepas Indonesia dan Pakistan.

Monday, September 16, 2013

Pelik!!Makan Puluhan Ular Hidup Seperti Mee Goreng


Pelik!!Makan Puluhan Ular Hidup Seperti Mee Goreng

Seorang lelaki berasal dari negara india memakan puluhan ular hidup seperti memakan mee goreng. Bukan hanya memakan ular hidup namun dia juga memakan segala yang dianggapnya enak untuk dimakan...



Kredit

Sunday, September 15, 2013

Misteri!Adakah Remaja Ini Berusia 110 Tahun?


Misteri!Adakah Remaja Ini Berusia 110 Tahun?

Ali Hussain with mum Razia
Ali Hussain with his family
Tubuh Ali tidak membesar seperti remaja normal sebaliknya semakin lemah.
FIKIRAN dan jiwanya masih seperti seorang remaja lelaki berumur 14 tahun, namun jika dilihat dari sudut fizikal, Ali Hussain sebenarnya sudah melewati usia 110 tahun.
Dipetik laporan MailOnline, Ali yang dibesarkan di wilayah miskin Bihar, India, disahkan menghidapi sejenis sindrom genetik Progeria dan memperlihatkan fizikalnya lapan kali ganda lebih tua berbanding umur sebenar.
Dua abang dan tiga adik beradik perempuan Ali, telah meninggal dunia apabila penyakit genetik yang menjejaskan 80 orang seluruh dunia membunuh mereka.
Progeria adalah sejenis sindrom yang menyebabkan seseorang itu mengalami proses penuaan secara pantas sekali gus memudahkannya dijangkiti artritis, masalah mata, penyakit jantung dan botak.
Jangka hayat pesakit juga amat pendek iaitu antara 14 tahun hingga 20-an.
Bagaimanapun, Ali yang hanya memiliki berat 10 kilogram, tidak berputus asa selepas mengetahui tempoh hayatnya itu, dan berharap ubat yang diambilnya setiap hari dapat memanjangkan usia dan kesihatannya bertambah baik.
"Saya amat berharap dapat hidup dengan lebih lama dan saya sebenarnya tidak takut mati tetapi bimbang sekiranya ia berlaku, ibu bapa saya pasti terseksa kerana lima saudara saya telah pergi kerana penyakit yang sama," katanya.
Progeria akibat perkahwinan sepupu?
Ibu bapa Ali, Nabi Hussain Khan, 50, dan Razia, 46, memiliki pertalian darah iaitu sepupu rapat serta dikahwinkan oleh keluarga masing-masing kira-kira 32 tahun lalu.
Sepanjang perkahwinan, pasangan itu telah berhadapan kesedihan apabila empat anak mereka, Rehana, Iqramul, Gudiya dan Rubina meninggal dunia akibat penyakit genetik itu ketika melewati usia 12 tahun dan 24 tahun.
Anak kelima mereka, juga mengalami nasib yang sama apabila disahkan meninggal dunia hanya dalam tempoh 24 jam selepas dilahirkan dan dipercayai akibat Progeria.
"Rehana yang dilahirkan pada 1983, kelihatan sangat sihat dan normal.
"Kami pun tidak mengesyaki dia mengalami apa-apa penyakit. Tetapi ia mula dikesan ketika Rehana berusia dua tahun.
"Dia tidak dapat makan dan berjalan seperti kanak-kanak normal," kata Nabi.
Dua tahun kemudian, pasangan itu sekali lagi melahirkan anak lelaki iaitu Iqramul dan mengalami penyakit yang sama.
"Doktor gagal mengesan penyakit itu ketika mereka masih bayi dan tiada sebarang ubat yang dapat membantu mereka kerana kami tidak mampu.
"Ketika itu, jika doktor memberitahu anak-anak kami menghidapi Progeria yang disebabkan oleh masalah genetik, tentu sekali kami tidak akan melahirkan anak lagi," kata Nabi.
Dalam 1995, pasangan malang itu mendapat jawapan dan doktor di Kolkata mengesahkan keempat-empat anak mereka menghidapi Progeria selain tiada penawar.
Masalah genetik dalam keluarga Ali
- Nabi dan Razia dikurniakan lapan anak dan enam daripadanya menghidapi Progeria.
- Anak pertama, Rehana, dilahirkan pada 1983 meninggal dunia ketika berumur 24 tahun dalam 2007.
- Anak kedua, Iqramul dilahirkan pada 1987, menemui ajal kerana penyakit sama pada usia 22 tahun dalam 2009.
- Gudiya yang dilahirkan pada 1989, turut meninggal dunia atas sebab sama pada usia 15 tahun dalam 2004.
- Anak keempat, Rubina meninggal dunia pada usia 12 tahun dalam 1992.
- Dua anak perempuan pasangan ini, Sanjeeda, 20 dan Chanda, 10, disahkan sihat.

Sumber