Showing posts with label Bayi. Show all posts
Showing posts with label Bayi. Show all posts

Tuesday, March 22, 2016

Melakukan 3 Hal Ini Bila Bayi Sering Kentut

Melakukan 3 Hal Ini Bila Bayi Sering Kentut

Suatu hal yang wajar jika bayi sering kentut. Bayi boleh buang gas kira-kira 13-21 kali. Hal ini tergolong normal kerana bayi sering kali menelan udara secara tidak sengaja, misalnya ketika menangis, ketika menyusu dari ibunya, atau saat mengedot. Udara yang tertelan ini akan terkumpul di perut. Kerana penumpukan ini, tubuh perlu mengurangkannya dan secara semulajadi akan dikeluarkan melalui sendawa atau kentut.

Tanda-tanda kentut bayimu dianggap normal adalah ketika si Kecil umumnya bahagia dan tidak cerewet atau hanya kekecohan selama beberapa saat ketika sedang kentut, menurut seorang doktor pakar kanak-kanak. Bahkan, bila wajah anakmu memerah saat kentut, bukan bererti bahawa dia sedang terganggu. Pada dasarnya, kamu tidak perlu bimbang bila bayimu ceria dan tidak tertekan semasa episod kentut-kentutnya.



Selain kentut, berikut adalah beberapa keadaan yang boleh dijadikan petanda adanya udara tambahan yang terperangkap di dalam perut bayi.
Menjadi cerewet.

Kembung.
Perut bayi terasa keras.
Bersendawa.
Menangis.
Mengalami kekejangan.
Gas yang terperangkap di dalam perut bayi itu nantinya akan berkurang seiring penghadaman tumbuh sempurna. Sementara itu, lakukan hal-hal ini untuk membantu bayimu menjadi lebih selesa.

Bantu bayi untuk bersendawa. Caranya, gendong bayi di atas pangkuanmu dan letakkan salah satu tanganmu di bawah dagunya untuk menyokong kepala anakmu, atau, gendong si kecil dalam posisi badannya tegak dengan kepalanya berada di atas bahumu. Lalu gosok atau tepuk lembut punggung bayi. Bila tidak muncul sendawa, baringkan bayi dalam posisi terlentang selama beberapa minit. Disyorkan untuk dilakukan beberapa kali supaya bayi merasa lega sepenuhnya.

Sendawa adalah proses mengeluarkan gas dari perut melalui mulut. Menumpuknya gas di dalam perut atau distensi perut menyebabkan ketidakselesaan. Sendawa boleh menjadi satu cara mengusir gas tersebut dan mengurangkan ketidakselesaan pada perut. Pada bayi, bersendawa perlu dilakukan selepas menyusukan atau mengedot untuk membuang udara yang tidak sengaja masuk melalui mulut ketika dia menelan susu.

Pastikan penyusuan dengan kedudukan yang betul. Letakkan kepala bayi lebih tinggi dari perutnya ketika dia menyusu dari dada ibunya atau dari botol susu. Dengan demikian, susu boleh turun ke bahagian bawah perut dan udara yang tidak sengaja tertelan boleh naik, menurut seorang doktor pakar kanak-kanak. Kedudukan ini juga membolehkan mereka untuk lebih mudah bersendawa. Anda juga boleh menggunakan bantal untuk menyokong kedudukan bayi dan membantunya untuk merasa nyaman.

Selain itu, bila bayimu menggunakan dot atau botol susu, pastikan posisi botol condong ke atas sehingga tidak ada udara yang terperangkap di dot.
Urut lembut bayimu pada kakinya secara bolak-balik, lalu teruskan dengan mengurut belakangnya. Jangan lupa untuk mengurut bahagian perutnya juga pelan-pelan. Memandikan si kecil dengan air hangat juga boleh membantu mengusir gas.
Walau umumnya bukan sesuatu yang berbahaya, pada sebahagian kecil kes, gas yang terperangkap pada perut bayi memerlukan pemeriksaan dan pengendalian lebih lanjut. Oleh kerana itu jangan anggap remeh gas pada bayi, terutama bila disertai gejala berikut.

Demam. 

Segera dapatkan pemeriksaan bayimu bila suhu badannya mencapai 38 ° Celsius atau lebih, terutama bila bayimu berusia di bawah tiga bulan.
Sangat cerewet dan tidak boleh didiamkan. Berbeza jika bayi kelihatan ceria, mungkin tidak ada yang perlu dikhawatirkan walaupun dia sering kentut.
Tidak buang air besar, atau tinjanya disertai darah, serta muntah.
Bila bayimu mengalami gejala-gejala tersebut, boleh jadi ada masalah pencernaan yang serius. Segera dapatkan pemeriksaan dia ke doktor.

Note:

Dengan Bio Spektra ini bayi kamu juga dapat dimakan juga dengan cara membuka capsul dan dicampurkan dengan susu atau madu. Kerana BIoSpektra tidak mengandungi bahan kimia dan selamat dimakan oleh semuaperingkat umur. Pastikan anak anda dan anda meningkatkan imuniti ke tahap yang optimum supaya anda tidak mudah dijangkiti penyakit.



Friday, September 13, 2013

Bayi ini derita sakit misteri, hanya tinggal kulit dan tulang

Marlina mendodoikan anak bongsunya yang menderita akibat penyakit misteri.

RANTAU PANJANG – Seorang bayi sembilan bulan, di Kampung Tersang menderita penyakit misteri, tiga bulan selepas dilahirkan.

Ibunya, Marlina Ab Rahman, 33, berkata, anak bongsunya, Lia Nur Zahirah Osman dilahirkan normal, 1 Januari lalu namun berubah selepas menghidap batuk, muntah dan cirit-birit.

Ketika mendapat pemeriksaan lanjut di Hospital Pasir Mas, Marlina berkata, doktor mengesahkan darah anaknya dijangkiti kuman seterusnya merebak ke bahagian paru-paru.

“Selepas itu, susuk tubuh Lia semakin mengecil malah berat badannya menurun daripada 2.8 kilogram (kg) kepada 2.5 kg.

“Kini tubuhnya semakin cengkung malah hanya tinggal kulit dan tulang,” katanya, semalam.

Menurutnya, sebelum ini anak sulung dan anak ketiganya juga maut akibat penyakit yang sama.

Disebabkan sibuk menguruskan anak bongsu, Marlina tidak mempunyai masa untuk ke pejabat Jabatan Kebajikan dekat Pasir Mas.

Lebih merisaukan katanya, anak keduanya, Mohd Khairul Ikhwan Osman, 11, merupakan pesakit autisme sejak lahir.

Menurutnya, jika dihubungi oleh guru, suaminya, Osman Kamar, 35, terpaksa ke sekolah untuk membersihkan kotoran setiap kali buang air besar.

Dalam masa sehari katanya, Khairul menggunakan tiga lampin pakai buang termasuklah ketika berada di sekolah.

Disebabkan perkara itu, suaminya diberhentikan kerja kerana sering meminta cuti daripada majikan.

“Ia menyebabkan pendapatan keluarga semakin berkurangan, maka saya memohon agar bantuan dipanjangkan, demi keperluan kami sekeluarga.

“Buat masa ini, keperluan kami dibantu oleh orang tua malah terpaksa menumpang di rumah bersama 10 lagi adik-beradik yang lain,” katanya.

Sinar Harian

Wednesday, September 22, 2010

Amalan Kesihatan Untuk Mengelakkan Bayi Cacat









Cacat atau tidak janin yang anda kandung sememangnya ketentuan Tuhan, namun begitu anda sebenarnya masih boleh berusaha untuk mengelakkannya. Sekiranya anda inginkan kehamilan yang sihat dan janin yang dikandung sempurna bila dilahirkan kelak, ada beberapa perkara yang perlu diusahakan. Sebaiknya lakukan hal di bawah ini sebelum anda merancang kehamilan sehinggalah anda benar-benar hamil.

Berhenti Merokok
Ramai wanita sekarang yang merokok. Sekiranya anda berhasrat untuk mendapat bayi yang sihat dan sempurna sebaiknya hentikan amalan ini. Merokok ketika hamil akan mengakibatkan bayi yang anda kandung lahir dengan berat badan yang kurang.

Makan Makanan Sihat
Makanlah menu makanan yang mengandungi lima jenis makanan utama yang paling diperlukan oleh tubuh. Setiap hari anda perlu mengambil makanan berupa gandum, sayuran, susu, produk yang mengandungi susu, daging dan protein.

Elakkan Alkohol
Alkohol dan kafein adalah dua perkara yang perlu dijaga oleh wanita yang hamil. Tidak ada kadar alkohol atau kafein yang selamat untuk diambil oleh wanita ketika hamil. Kafein yang terdapat dalam minuman seperti teh, kopi, soda dan coklat juga harus dikurangkan.

Nasihat Doktor
Jangan mengambit ubat-ubatan tanpa cadangan doktor. Mengambil ubat-ubatan tanpa nasihat doktor dengan dos yang tidak tepat akan membahayakan bayi dalam kandungan.

Ambil Asid Folik
Ia penting diambil oleh wanita yang baru hamil. Kajian yang dilakukan menunjukkan pengambilan asid folik sebelum kehamilan mampu menurunkan risiko melahirkan bayi dengan kecacatan otak dan sum-sum tulang belakang hingga 80 peratus.




Sumber: ekesihatan

Dengan produk Mas Ayu anda boleh menghasilkan bayi yang terbaik kerana mempunyai nilai spectrum yang tinggi. Anda juga boleh mendapat nutrisi yang lengkap dengan Produk Mas Ayu. Untuk wanita yang mengandung atau ingin mempunyai anak yang sihat, ibu boleh mengambil produk Mas Ayu :-


RM49.00 - Kolostrum


Untuk memperkukuhkan tahap antibodi dan immuniti. Kolostrum membolehkan menjanakan sel sel baru elok untuk kandungan


To strengthen the level of antibodies and immunity. Colostrum allows generating new cells for baby.





RM29.00 - Juita


Merangsangkan pengeluaran susu dan mententeramkan perasaan


Stimulates the production of milk and calm feelings






RM41.00 - Amirtha

Melaraskan imbangan biokimia dan fisiologi tubuh dan memperbaiki mutu serta kiraan sel. Mengoptimakan kelalian tubuh serta memperkasakan kesihatan unggul.


Regulation of the biochemical and physiological balance of the body and improves the quality and quantity of the blood cells.