Showing posts with label Kaabah. Show all posts
Showing posts with label Kaabah. Show all posts

Thursday, October 10, 2013

Foto Proses Penyulaman Kain Kaabah (Kiswah) Dengan Benang Emas


 Setiap tahun semasa musim haji, kain penutup Kaabah (Kiswah) selalu diganti. Pada hari Isnin, Sheikh Abdulrahman al-Sudais, Imam Masjidil Haram di Makkah, menyerahkan Kiswah ke Abdul Qader al-Shaibi, juru kunci Kaabah, sesuai tradisi tahunan.

 Pada tahun 1927, Raja Saudi Abdul Aziz memerintahkan  sebuah kilang yang didedikasikan untuk pengeluaran Kiswah di Makkah. Kilang ini telah menyaksikan siri pembangunan agar Kiswah mendapat bentuk dan kualiti yang terbaik.

 Penyulaman kain Kiswah ini memakan masa kira-kira 8.5 bulan. Kiswah mempunyai berat sekitar 670 kilogram dan terbuat dari sutera murniwarna hitam dan disalut dengan kain kapas putih. Kain tersebut akan dipasang sehari sebelum Aidil Adha, pada 9 Dzulhijjah. Berikut adalah foto proses penyulaman kain kabah yang disulam dengan benang emas.





Monday, October 7, 2013

Kenapa Umat Islam Menyembah Kaabah



KENAPA ORANG ISLAM SEMBAH KOTAK HITAM
kota-mekah
Kafir: Kenapa orang Islam sembah bangunan kain hitam tu?
Muslim: Oh.. itu Ka’abah atau nama lainnya Baitullah
Kafir: Baitullah tu apa?
Muslim: Secara terjemahan mudah maknanya Rumah Allah.
Kafir: Allah ada dalam tu?
Muslim: Tak..
Kafir: Jadi, kenapa sembah bangunan tu kalau Allah tak ada dalam tu?
Muslim: Yang aku sembah bukannya bangunan tu…
Kafir: Kau sembah apa?
Muslim: Aku sembah Allah SWT.
Kafir: Jadi, kenapa sembah bangunan tu?
Muslim: Aku menghadap sahaja ke arah Kaabah tetapi aku tak sembah Kaabah.
Kafir: Bukankah kau sujud ke arah Kaabah, maknanya ku sembah Kaabah la.
Muslim: Kau pernah tgk perlawanan bola dalam TV?
Kafir: Pernah.. selalu…
Muslim: Kau tengok TV ke tengok perlawanan bola?
Kafir: Tengok perlawanan bola la.
Muslim: Di mana?
Kafir: Dalam TV la…
Muslim: Cuba buka TV tu, tengok di dalamnya ada stadium dan perlawanan bola ke tak.
Kafir: Memanglah tak ada.. tapi itukan gambarnya ada…
Muslim: Bukalah dalam tv, tengok ada ke tak gambar perlawanan bola dalam tu..”
Kafir: Jadi…?
Muslim: Maknanya kau tengok TV, bukan perlawanan bola.. betul tak?
Kafir: Tak.. Aku tengok perlawanan bola la melaui TV tu…
Muslim: Peliknya…
Kafir: Sebab apa pulak pelik?
Muslim: Ye la, kau cakap tengok perlawanan bola, sedangkan aku tengok dalam TV tu tak ada apa-apa.. yg ada hanya wayar je berselirat…
Kafir: Memanglah dalam TV tu ada banyak wayar, tapi TV tu menayangkan gambar-gambar perlawanan bola dalamnya…
Muslim: Hmmm… jadi tak peliklah ni…?
Kafir: Ya.. tak pelik
Muslim: Jadi tak pelik jugalah aku sujud ke arah Kaabah untuk menyembah Allah swt.. walau pun dalam Kaabah tak ada Allah…
Kafir: Erk.. kau betul..
Semoga beroleh kefahaman dan manfaat.
Boleh Kongsi di Facebook, Twitter, Google+, blog