Showing posts with label Emas. Show all posts
Showing posts with label Emas. Show all posts

Thursday, September 26, 2013

Heboh! Kafe di Dubai sajikan teh emas 22 karat

Obsesi terhadap kemewahan boleh menghasilkan ciptaan apapun yang diperbuat daripada emas. Misalnya beberapa kafe di Dubai yang menawarkan teh emas. Bukan main-main, emasnya 22 hingga 24 karat.

Kebelakangan ini pihak berkuasa di Dubai telah dihebohkan kafe yang mengaku menyediakan teh dicampur emas. Namun kerajaan mengaku di negaranya tak ada yang menawarkan teh emas kerana dilarang demi kesihatan. Adanya khabar angin teh emas ini diyakini hanya sebagai helah promosi menarik pembeli.

"Itu hanya untuk helah promosi oleh pemilik kafe agar menaikkan harga jualan untuk barangnya yang murah," ucap Khalid Mohammed Sherif Al Awadhi dari Jabatan Kawalan Makanan. "Kafe-kafe itu tidak mencampur teh dengan emas tapi mengaku untuk menarik pengguna. Jika mereka melakukannya maka telah memasukkan bahan asing ke dalam tubuh manusia."

Namun seorang pemilik kafe tetap mengaku menjual teh emas yang tidak berbahaya bagi kesihatan. Sekurang-kurangnya ada 30-40 gram emas yang dicampurkan pada 1 kg serbuk teh untuk membuat sajian mewah ini. Sedangkan kafe lain juga mengatakan menjual teh Dh228 dengan kandungan emas 24 karat di Dubai Mall.

"Saya hairan kenapa emas dalam kek dan makanan lain dibenarkan," kritik pemilik kafe. "Saya yakin teh ini tidak mempunyai kesan terapi bagi tubuh dan sudah mendapat izin dari jabatan kesihatan untuk menyajikannya."
wowkeren

Penjelasan Hukum Fizik Mengapa Lelaki Diharamkan Memakai Emas (Menarik!)


emas
Di sini saya sediakan sebab- sebab mengapa emas haram dipakai oleh lelaki berdasarkan kepada sifat unsur-unsur sains mengikut pandangan Islam terhadap emas itu.
1. Dari sudut metafizik sains, lelaki bersifat +ve dan unsur emas juga +ve. Maka ianya berlawan dari segi magnet dan gelombangnya. Tekanan ini menyebabkan tulang akan mudah membengkok dan rapuh.
2. Emas adalah berwarna kuning oren dalam sistem gelombang adalah berelektrik untuk fungsi adrenalin buah pinggang. Maka ianya memberi kesan buruk ketahanan sistem buah pinggang dan perkumuhan. Penyakit gout, sendi dan batu karang mudah berlaku.
3. Emas juga beresonans tinggi dan tarikannya kewangan mampu membiaskan sifat riak dan takabur bagi lelaki yang memakainya.
MORALNYA JIKA ISLAM MENGHARAMKAN MEMAKAI EMAS BAGI LELAKI ADALAH TEPAT DARI SUDUT SAINS DAN MEMBERI KEBAIKAN UMAT MANUSIA.
p/s: Wanita adalah -ve dan emas +ve maka berseri-serilah si pemakainya. :)
sumber: mutiaradehati.blogspot.com

Cara Mengetahui Tanah Yang Mengandungi Emas (Menarik!)


Suatu ketika dahulu, pernah terjadi seorang lelaki yang berusaha mencari emas di sebuah terowong menemui ajalnya apabila terowong tersebut runtuh. Lebih menyayat hati, mayatnya tidak dapat dikeluarkan atas faktor keselamatan pegawai bertugas. Ini yang orang ramai sedang mencari. Emas. Harganya sentiasa meningkat, jika turun pun sedikit. Jadi tidak hairanlah ada yang sanggup mencari emas biarpun terpaksa bertarung nyawa. Di bawah ini tentang cara mengetahui tanah yang mengandungi emas. Menarik!

Di dunia ada pulahan lombong emas ditemui, yang paling terkenal Lombong Grasberg yang hasilkan bertan-tan emas di dunia ini. Begitu juga di negara kita, Malaysia. Siapa tidak kenal dengan Lombong Emas Lubuk Mandi dan Lombong Emas Penjam. Tapi ada aku kisah semua tu. Yang penting, belakang rumah kita ada ke idak Emas nih.. Ni ada tip nak tau jenis tanah yang ada emas
Ciri-ciri Tanah Mengandungi Emas
  1. Tanah yang mengandung mineral sulfida yang tinggi. (berbau seperti belerang)
  2. Wujudnyanya mata air panas di sekitar kawasan tersebut.
  3. Sekitarnya ada gunung berapi yang sudah lama ada.
  4. Ada aliran sungai di kawasan berhampiran.
  5. Mempunyai lapisan tanah lempung yang tebal.
  6. Terdapat batuan putih berurat emas (urat kaca atau batuan kaca lutsinar)
Ciri-ciri di atas hanyalah untuk pengesanan awal sahaja, untuk memastikan kewujudan emas sebenar, ujian merkuri dan ujian-ujian lain masih perlu dilaksanakan.