Showing posts with label news. Show all posts
Showing posts with label news. Show all posts

Tuesday, September 17, 2013

Lelaki Ini Mulanya Ingin Menentang Islam Tetapi Akhirnya…


ibrahim-killington
Ibrahim Killington, semula ingin menyertai tentera untuk melawan Islam, tapi kemudian hatinya terpaut oleh Al Quran dan Islam!
Berikut ini adalah kisah seorang mualaf asal Inggeris. Berpunca dari keinginan untuk mengkaji paganisme dan “bahkan” berniat bergabung dalam tentera untuk melawan Islam, namun akhirnya boleh mencari cahaya dan hidayah Islam, inilah kisahnya:
My name is Ibrahim Killington.
Sebelum saya memeluk Islam, hidup saya benar-benar bergelumang dengan minuman keras, dadah (ganja dan ekstasy) dan melepak semata.
Seluruh tujuan hidup saya hanya untuk melepak, ketawa, dan tidak ada yang dilakukan lagi selain bersenang-senang, mungkin sampai mati, dan berkumpul dengan orang-orang yang mempunyai kebiasaan yang sama, dan tentunya itu tidak membuat diri menjadi semakin lebih baik.
Pengalaman pertama saya mengenal Islam adalah pada saat terjadi serangan 9/11. (Lihat juga video kami pada bahagian video,-Salah satu video terbaik-memberikan bukti, “Konspirasi Tragedi WTC dan bukti dilakukan “orang dalam “sendiri).
Video dokumentari konspirasi tragedi 9/11
Saya ingat saya masih sangat muda pada waktu itu, saya tidak sepenuhnya menyedari apa yang sedang berlaku. Bahkan, saya berlari ke teman-teman saya setelah melihat laporan berita itu, dan saya mengatakan kepada mereka bahawa “Pelancong” (salah pengucapan = orang yang melancong / Berliburan ke suatu tempat) telah menyatakan perang terhadap Amerika .. kerana saya belum pernah mendengar tentang pengganas sebelumnya.
Dan ketika perang itu berlangsung, saya melihat semakin banyak maklumat tentang perang di Afghanistan, saya mula memahami bahawa orang-orang “yang diperangi ini” adalah Muslim. Kaum Muslim melakukan kekejaman dahsyat di seluruh dunia, begitu katanya yang terus di “bombardment” (= bertubi-tubi) di gencarkan oleh media-media. Saya mula sangat membenci Islam. bahkan saya cuba untuk bergabung dengan tentera sebayak tiga kali dengan maksud agar boleh pergi ke sana (Afghanistan), dan membunuh banyak muslim yang saya boleh, sebagai bahagian demi membela negara serta melindungi dan memberi rasa aman bagi keluarga saya. Saya fikir pada masa itu mereka adalah jenayah besar dunia.
Mencari Islam
Saya selanjutnya mula mendengar lebih banyak tentang Islam, kali terakhir saya melamar tentera, saya datang ke stesen radio, pada waktu itu saya mendengar radio yang mendedahkan tentang teori konspirasi, dan seumpamanya. Stesen radio itu membicarakan tentang suatu perang melawan keganasan dan tentang kehidupan Nabi Muhammad (sallallahu alaihi wa sallam).
Profile facebook Ibrahim Zain Aly Killington
Ini sangat tidak masuk akal bagi saya, bagaimana orang-orang itu “percaya” dan “mengikuti” Nabi ini, setelah semua macam saya dengar perihal “evil things” (hal-hal jahat) yang “mereka katakan” tentang dia. Jadi, saya mula mempersoalkan apa yang diyakini Muslim pada waktu itu, dan ‘ketika itu pun’ saya sedang tertarik untuk mengetahui hal-hal keagamaan ..
Pada saat saya sedang mencari Norse Mythology, (kepercayaan terhadap mitos, legenda dan kekuatan supranatural), and Paganism (penyembahan terhadap berhala), Salah seorang teman saya mengatakan kepada saya sebelum saya memutuskan mengkaji paganisme ada baiknya saya melihat-lihat ajaran spiritual yang lain.
Oleh sebab itu, menjadi terfikir buat saya untuk mencari maklumat tentang Muslim di Internet. Saya fikir salah satu muslim pertama yang saya lihat di Internet adalah Baba Ali (muallaf, pembuat filem-filem keislaman yang ditanyangkan dalam “Islam channel” Inggeris).

Dia mematahkan stereotaip tentang Islam bagi saya. Saya terkejut bahawa orang ini lucu (tidak berdarah dingin) dan pembawaannya tenang. Dia tidak seperti apa yang “mereka” tuduhkan perihal muslim dari apa yang pernah saya dengar. Bagi memenuhi keinginan saya akan Islam, saya membuat keputusan untuk meminjam Al-Quran dari tempat saya kuliah (kampus). Ketika saya memegangnya, saya fikir ini adalah “Buku Pegangan pengganas,” dalam gemgaman saya, dan saya khuatir bahawa agen MI5 (Agen rahsia Inggeris) akan datang untuk menahan saya. Saya memutuskan untuk cepat-cepat keluar dari perpustakaan dan membawa pulang Al-Quran yang saya pinjam.
Tapi begitu mulai saya membaca Al-Quran (terjemahan), “.. it hit me immediately”, itu menghentam saya, .. dan saya tidak dapat menghentikan untuk tidak membacanya; itu benar-benar menjunam jauh ke dalam hati saya.; Saat saya membaca surat-surat yang ada di Al Quran, Saya tak sengaja membaca tentang orang-orang di neraka yang keadaannya meminum air mendidih sehingga membakar tekak mereka. Membaca ini, hati saya bergetar, seakan-akan saya boleh merasakan tekak saya terbakar, dan saya boleh merasakan bagaimana sebenarnya hal ini, sehingga saya memutuskan saya perlu berubah.
Dalam usaha untuk berubah, hal pertama yang saya lakukan adalah saya pergi ke masjid, saya menghabiskan sepanjang hari di sana dengan membaca. Bahkan ibu saya menelefon di malam hari dan bertanya di mana saya berada sepanjang hari. Saya katakan “Saya sedang berada di masjid! …”
Dengan terkejut Ibu saya mengatakan, “Tidak, kamu tidak boleh di Masjid, kamu seorang Kristian. Kristian tidak pergi ke masjid.”
Ibu saya sangat terkejut dan sangat yakin bahawa saya akan menyusuri jalan yang buruk.
Itu reaksi ibu saya yang wajar, (mengingat gencarnya media dalam melakukan stereotaip negatif tentang islam “war on terror”). namun setelah beberapa waktu, dia mula dapat menerimanya. Dia banyak menangis. Saya tidak terlalu yakin mengapa dia menangis, saya fikir dia merasa saya menolak semua yang diajarinya ke saya selama ini.
Ramai orang mengatakan bahawa ketika mereka mencari Islam, seolah-olah mereka sudah pulang ke rumah asalnya. Dan itulah perasaan yang saya dapatkan. Saya di masa lalu bukanlah saya yang sesungguhnya, saat itu bukanlah diri saya yang sebenarnya. Dan inilah sekarang diri saya sebenarnya.! Saya menjadi diri yang lebih baik setelah saya masuk Islam.
Dan saran saya bagi orang lain (non muslim) yang berfikir / meragukan Islam, Janganlah mencari hanya di internet untuk mengetahuinya, tapi datangilah ke masjid dan berbicara dengan orang yang mempunyai pengetahuan tentang hal itu. kerana terdapat banyak propaganda dan fitnah-fitnah dari laman-laman web anti Islam yang tidak benar. dan jika anda tidak tahu apa-apa tentang Islam. Anda akan kesulitan untuk menilai mana yang benar dan mana yang dusta. Jadi jauh lebih baik untuk bercakap dengan seseorang yang paham dan berilmu.
Dan jangan takut dengan apa yang akan difikirkan keluarga anda; banyak orang bahkan saya sendiri pada mulanya bimbang tentang apa yang akan orang tua saya fikirkan, namun setelah masuk Islam. justeru saya berharap yang terbaik bagi kedua-dua orang tua. bahawa mereka akan mengikuti jejak saya untuk segera memeluk Islam. Sumber globalmuslim.web.id

Thursday, September 2, 2010

Penyakit hati lebih bahaya


TUAN ada penyakit ke? Kalau ada tanda demam yang kuat cepat-cepatlah pergi berjumpa doktor. Mana tahu ada apa-apa, boleh bertindak awal kerana bimbang juga dengan kedatangan gelombang kedua H1N1 sekarang.

Hari ini ramai yang sanggup berbelanja besar demi kesihatan, sebab kesihatan sangat berharga. Bila ada saja yang sakit, pasti ramai yang bersimpati. Semakin moden dan canggih dunia, semakin cepat kita dapat penyakit dan semakin cepat juga kita mengesan penularan sesuatu penyakit.


Pun begitu, semakin canggih dan prihatin manusia terhadap kesihatannya, manusia masih lupa memberi perhatian terhadap penyakit hati yang jauh lebih bahaya daripada penyakit fizikal. Penyakit hatilah yang akan merosakkan keharmonian rumah tangga. Mengganggu suami isteri orang, maka berlakulah kecurangan dan lupa tanggungjawab.


Tidak memberi nafkah akhirnya berkecai rumah tangga. Anak jadi tidak keruan dan hilang kasih sayang. Bila hati sudah berpenyakit maka akan hilang rasa takut kepada Allah, merosot serta comot integriti, tidak lagi rasa diperhati, depan orang alim tetapi di belakang menjadi "maling". Itu sekadar contoh kesan akibat penyakit hati yang terlalu banyak keburukannya. Siri kali ini penulis mahu bincangkan antara tanda penyakit hati. Kalau sudah ada tanda maka kena berhati-hatilah. Antara tanda penyakit hati tidak boleh dikesan sesiapa pun adalah:

1) Malas melakukan ketaatan dan amal kebaikan.
Malas menjalankan ibadah, bahkan meremehkannya pula. Contohnya melakukan solat bukan dengan "sengaja' tetapi dengan tidak sengaja dan terpaksa.


Kalau buat pun tidak khusyuk dan ada kesungguhan. Mereka merasa berat untuk menjalankan ibadah sunnah. Allah berfirman yang bermaksud: "Dan mereka tidak mengerjakan solat, melainkan dengan malas dan tidak (pula) menafkahkan (harta) mereka, melainkan dengan rasa enggan." (Surah at-Taubah ayat 54).

2) Tidak tersentuh ayat al-Quran
Ketika disampaikan ayat berkenaan janji dan ancaman Allah, maka tidak terpengaruh sama sekali, tidak mahu khusyu atau tunduk dari membaca al-Quran dan mendengarnya.


Sedangkan Allah memperingatkan dalam al-Quran yang bermaksud: "Maka beri peringatanlah dengan al-Quran orang yang takut kepada ancaman-Ku." (Surah Qaaf ayat 45).


3) Tidak tersentuh dengan ayat kauniyah
Tidak tergerak dengan adanya peristiwa yang dapat memberikan pelajaran seperti kematian, sakit, bencana. Dia memandang kematian atau orang yang sedang diusung ke kubur sebagai sesuatu yang tidak kaitan dengannya. Nabi bersabda yang bermaksud: "Cukuplah kematian itu sebagai nasihat dan peringatan".

4) Berlebihan mencintai dunia serta melupakan akhirat
Himmah dan segala keinginannya tertumpu untuk urusan dunia semata. Segala sesuatu diperhitung, dikira berasaskan dunia. Cinta, benci dan hubungan dengan sesama manusia hanya untuk urusan dunia saja seolah hidup hanya untuk dunia dan berakhir di dunia . 5) Berkawan dengan orang yang melakukan maksiat
Ini salah satu sebab terbesar yang mempengaruhi kerasnya hati seseorang. Orang yang hidupnya di tengah gelombang kemaksiatan dan kemungkaran, bergaul dengan manusia yang banyak berkubang dalam dosa, banyak bergurau dan tertawa tanpa batasan, banyak mendengar muzik yang melalaikan serta menghabiskan harinya untuk tujuan maksiat.

6) Kemaksiatan berantai
Penyakit hati lahir dari kemaksiatan baru akibat kemaksiatan yang dilakukan sebelumnya sehingga menjadi lingkaran syaitan yang sangat sukar bagi seseorang itu melepaskan dirinya.

7) Meremehkan dosa kecil
Memang ada dosa kecil dan besar, tetapi perlu diingat semua dosa akan membawa ke neraka. Seperkara lagi, kita perlu faham dosa besar bermula dengan dosa kecil, banjir besar bermula dari titis hujan.

8) Tidak peduli sumber makanan
Orang yang hatinya berpenyakit dan keras ini biasanya kurang prihatin dengan sumber makanan, halal atau haram. Begitu juga dengan syubhat, yang dia kira sedap dan enak, selera kena tinggi. Makan di mana pun tidak kira kedai orang Islam atau bukan Islam yang penting kaw dan kaw. Begitu juga dengan punca pendapatan, sudah tidak peduli lagi sumber rezeki datang dari mana kerana yang pasti dapat banyak, hidup kaya raya. Rasuah, curi, seludup, ampu ke semua dibedal.


Sumber: Hmetro

Tuesday, August 31, 2010

Doktor boleh dikompaun RM500


KUALA LUMPUR: Doktor yang tidak melaporkan kes denggi atau kes disyaki denggi dalam tempoh yang ditetapkan akan dikenakan tindakan kompaun dengan nilai maksimum RM500, sebagai satu langkah proaktif yang diambil Kementerian Kesihatan bagi menangani peningkatan kes demam denggi yang semakin membimbangkan.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Mohd Ismail Merican, berkata langkah itu diambil berikutan pihaknya memandang serius peningkatan kes demam denggi sehingga enam peratus selain kematian sebanyak 42 peratus yang dicatatkan pada tahun ini berbanding tahun sebelumnya.


Sehubungan itu, katanya, satu Mesyuarat Khas Denggi diadakan pada 12 Ogos lalu dengan dihadiri Pengarah dan Timbalan Pengarah Kesihatan Negeri, Pakar Kesihatan Awam dan Klinikal dari seluruh negara, bagi membincangkan langkah membendung peningkatan kes dan kematian demam denggi di samping mempertingkatkan aktiviti pencegahan serta kawalan sedia ada.


Menurutnya, selain langkah mengenakan kompaun kepada doktor yang gagal melaporkan kes dalam tempoh ditetapkan, pemilik premis yang didapati membiak aedes juga akan dikenakan kompaun dalam jumlah sama.


“Antara langkah lain adalah pelaksanaan Program Komunikasi Perubahan Tingkah Laku (Combi) bagi mencegah denggi akan dipertingkatkan dengan tambahan 1,000 kawasan baru di seluruh negara bagi mempertingkatkan pembabitan ketua dan masyarakat setempat dalam aktiviti pencegahan denggi.


“Kami juga akan mempertingkatkan pengetahuan dan kebolehan pengamal perubatan sama ada di klinik swasta atau kerajaan untuk mengenal pasti tanda amaran denggi,” katanya menerusi satu kenyataan.

Dr Mohd Ismail berkata, pihaknya juga akan memastikan semua klinik swasta dan kerajaan terutama di kawasan ‘panas’ dimaklumkan mengenai situasi semasa dan kematian denggi yang mana sistem laporan kes denggi dipermudahkan dengan menggunakan khidmat pesanan ringkas (SMS) iaitu Infoblast, yang mana kaedah itu sudah pun dilaksanakan di beberapa klinik di Daerah Petaling.


Katanya, semua kes kematian denggi akan disiasat dan tindakan penambah baik dibuat dalam tempoh seminggu oleh pegawai terbabit. “Selain itu, kami juga akan mempertingkatkan pengiklanan dan promosi Kempen Anti Denggi pada semua kenderaan Jabatan Kesihatan dengan memasang pelekat atau seumpamanya dengan tujuan meningkatkan kesedaran masyarakat mengenai demam denggi,” katanya.

Sumber:hmetro

*** Adakah ini satu penyelesaian untuk denggi? Mengenakan kompaun terhadap doctor-doctor? Mencegah denggi lebih baik dari pada merawat kerana apabila sesorang kena denggi peluang 50 -50. Jika Produk Mas Ayu boleh masuk ke klinik dan hospital pesakit denggi akan berkurangan dan kematian akibat denggi juga akan berkurangan. Ini adala fakta, denganMas Ayu peluang untuk denggi untuk terus hidup adalah 24 - 48 jam, kerana dengan kajian 8 tahun produk Mas Ayu sungguh berkesan. Termasuk pesakit HIV. Mari kawan kawan sebarkanlah berita ini. Sekian

Juadah berbuka campur wain

BUKTI...antara produk mengandungi alkohol yang ditemui di dapur restoran terbabit.
BUKTI...antara produk mengandungi alkohol yang ditemui di dapur restoran terbabit.
TIPU...logo halal Jakim palsu pada menu restoran terbabit.
TIPU...logo halal Jakim palsu pada menu restoran terbabit.

SUBANG JAYA: Entah berapa ramai pelanggan yang sudah ‘terkena’ apabila sebuah restoran makanan Barat yang menganjurkan bufet Ramadan mengaku dengan sengaja mencampurkan arak masakan di dalam hidangan yang disajikan kepada orang ramai.
Lebih mengejutkan apabila pemilik restoran turut sewenang-wenang memalsukan logo halal Jakim yang dicetak pada katalog menu bagi meyakinkan pelanggan yang menyangka restoran itu mendapat pentauliahan sijil halal Jakim.


Perbuatan itu dibongkar selepas sepasukan pegawai Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) bersama pegawai Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan kepenggunaan (KPDNKK) Putrajaya melakukan pemeriksaan mengejut di sebuah restoran makanan Barat di Subang Jaya, di sini.


Dalam serbuan kira-kira jam 12 tengah hari itu, pegawai Jakim diketuai Penolong Pengarah Cawangan Pemantauan dan Penguatkuasaan Bahagian Hab Halal Jakim, Amri Abdullah memeriksa restoran terbabit yang menganjurkan bufet Ramadan.


Sumber Jakim berkata, restoran terbabit sebelum ini mengundang tanda tanya pegawai Jakim dan KPDNKK berikutan didapati sengaja menjual minuman keras dan wain kepada pelanggan walaupun pada masa sama menganjurkan bufet Ramadan.


“Pemeriksaan lanjut di dapur restoran terbabit menemui beberapa botol wain masakan yang digunakan chef sebagai bahan dalam masakan.


“Ketika disoal siasat, chef bukan beragama Islam terbabit mengaku mencampurkan wain itu ketika memasak juadah yang disajikan di dalam hidangan bufet Ramadan,” katanya.


Menurutnya, chef terbabit turut mengaku memasukkan kicap mengandungi alkohol di dalam kebanyakan masakannya yang dianggap sebagai perisa tambahan bagi menyedapkan masakan.


“Pemilik restoran terbabit tidak pernah memohon sijil halal dan pihak Jakim tidak akan membenarkan logo itu diguna pakai berikutan restoran terbabit turut menawarkan arak kepada pelanggan.


“Pihak pengurusan restoran terbabit diberikan notis. Berdasarkan kesalahan dilakukan kerana memalsukan logo halal jakim, pengusaha restoran terbabit boleh dikenakan tindakan mengikut Seksyen 15(1) Akta Perihal Dagangan 1972 yang membawa hukuman denda RM250,000 atau tiga tahun penjara atau kedua-duanya sekali,” katanya.


Difahamkan, operasi terbabit antara puluhan pemeriksaan dan operasi berterusan dilakukan pihak Jakim terhadap hotel dan restoran sekitar ibu negara yang menawarkan bufet Ramadan sejak hari pertama puasa lalu.

Sumber:Hmetro


Saturday, August 28, 2010

Selangor terus catat kes denggi tertinggi (berita harian 20/3/2010)



SHAH ALAM: Selangor terus mencatatkan jumlah kes demam denggi tertinggi iaitu 5,137 kes sejak awal tahun ini hingga semalam, dengan 20 peratus atau 1,009 daripadanya berlaku di sini. Timbalan Menteri Kesihatan, Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin, berkata dalam tempoh itu, Seksyen 7 Shah Alam melaporkan sebanyak 171 kes demam denggi berbanding 92 kes dalam tempoh sama tahun lalu, iaitu peningkatan kes sebanyak 185 peratus.

"Setakat ini, terdapat 34 kawasan panas denggi di Selangor dan Seksyen 7, Shah Alam adalah salah satu lokasi kawasan berkenaan. Kawasan Seksyen 7 mengalami wabak denggi selama 52 hari," katanya kepada pemberita selepas melancarkan kempen "Aedes Pupus Denggi Lupus" di sini. Rosnah berkata, kawasan panas dikategorikan sebagai kawasan yang mengalami wabak denggi melebihi tempoh sebulan.

Beliau juga berkata, kadar pembiakan nyamuk aedes di Seksyen 7 masih tinggi iaitu membabitkan antara 3.9 peratus hingga 33 peratus.

Ketika berucap pada majlis itu, Rosnah berkata penyemburan racun serangga atau "fogging" yang dilakukan Jabatan Kesihatan dan Pihak Berkuasa Tempatan tidak dapat menyelesaikan masalah wabak denggi di negara ini.

"Semburan itu hanya dapat meredakan penularan jangkitan untuk seketika tetapi tidak dapat menghapuskan jentik-jentik yang berada dalam takungan air," katanya.
Rosnah berkata, daripada sejumlah 3.5 juta premis yang diperiksa sepanjang tahun lalu, 46,848 premis dikenal pasti sebagai kawasan pembiakan nyamuk Aedes.

Beliau juga berkata, sebanyak 11,113 kes demam denggi membabitkan 40 kematian dilaporkan di seluruh negara sejak awal tahun ini hingga semalam, berbanding 11,904 kes dalam tempoh yang sama tahun lalu. - Bernama
** Masih meningkat setiap bulan. Denggi makin serius ni. Seperti entri sebelum, dengan produk Mas Ayu boleh memulihkan denggi dalam masa 24 - 48 jam. Kami mempunyai testimoni didalam negara dan di luar negara. Produk Mas Ayu produk Buatan Malaysia. Dan Syarikat ini telah bertapak lebih kuranng 15 tahun. Mari kawan kawan sebarkan produk Mas Ayu boleh mencegah denggi dan Produk ini boleh meningkatkan pertahanan badan dalam masa 24jam. Dimana penyelidikan dan kajian telah dibuat oleh Dr John dari Nigeria. Produk MAs Ayu juga boleh meredakn HIV virus. Sekian


Thursday, August 26, 2010

Kini waktu kemuncak denggi

SEREMBAN: Kerajaan mengambil langkah berjaga-jaga bagi menangani penyakit demam denggi kerana ketika ini adalah waktu kemuncak serangan penyakit itu, kata Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai.

Katanya, sejak 1 Januari hingga 24 Januari sahaja, sudah ada 11 kematian dengan 3002 kes demam denggi.

“Ini adalah satu bilangan yang tinggi dan saya beri amaran kepada rakyat Malaysia bahawa ini perlu diberi perhatian dan ia lebih banyak mendatangkan kematian berbanding wabak H1N1 (wabak selsema babi),” katanya kepada pemberita selepas merasmikan program kebajikan dan kesihatan Magnum Cares 2010 di Hospital Mawar hari ini.

Beliau berkata, tahun lalu saja demam denggi mengorbankan 88 nyawa rakyat Malaysia berbanding hanya 77 kematian di kalangan pesakit H1N1.

“Cuma wabak H1N1 ini merebak dengan cepat sedangkan denggi ada kaitan dengan tempat pembiakan nyamuk aedes. Rakyat tidak melihat nyamuk aedes ini sebagai ancaman, dia ingat dia boleh tawan ini nyamuk,” katanya.

Katanya, mereka bagaimanapun lupa bahawa walaupun kawasan itu habis dibersihkan daripada nyamuk dan larva aedes tetapi telur nyamuk itu boleh bertahan sehingga enam bulan di tempat kering.

“Bila hujan balik dan tempat yang sudah kering itu ditakung air, telur itu akan menetas dan keluar nyamuk baru kerana itu tidak mustahil, apabila wabak denggi ini datang dari kawasan yang kita sangka sudah selamat,” katanya.

Sementara itu, Liow berkata masalah kerosakan buah pinggang di negara ini semakin serius dengan 20,000 rakyat Malaysia sedang menderita akibat penyakit itu berbanding hanya 836 orang 20 tahun lalu.

Beliau berkata, jumlah itu adalah angka yang dikumpul daripada mereka yang mendapat rawatan di pusat mencuci buah pinggang di klinik kerajaan, swasta atau pusat hemodialisis milik pertubuhan bukan kerajaan.

“Dahulu hanya ada 836 orang sahaja yang sakit buah pinggang pada 1990 tetapi hari ini jumlah itu semakin membesar,” katanya.

Katanya, berikutan itu itu, kerajaan terpaksa mengeluarkan bantuan subsidi mulai 2001 dan sehingga sekarang, ia kini menjangkau RM145 juta.

“Subsidi itu dikeluarkan untuk golongan yang tidak bernasib baik kerana penyakit ini adalah penyakit yang mahal (kos rawatan),” katanya.

Katanya, setiap pesakit buah pinggang memerlukan lebih kurang RM160 untuk setiap kali rawatan mencuci organ itu dan kerajaan memberi subsidi sebanyak RM80.

“Jika memerlukan suntikan erythropoietin, kerajaan membantu rakyat sebanyak RM30 setiap suntikan dan pesakit buah pinggang memerlukan tiga suntikan setiap minggu,” katanya.

Katanya, tinjauan kementeriannya mendapati 57 peratus kes kegagalan buah pinggang adalah disebabkan serangan kencing manis dan tujuh peratus lagi akibat penyakit darah tinggi manakala bakinya berpunca daripada penyalahgunaan dadah serta sebab-sebab lain. – Bernama

Sumber : Bharian.com.my


* Berita ini ditulis pada January. Agak berapa ramai yang sudah kena jangkitan denggi. Mari kawan-kawan sebarkan berita Produk Mas Ayu ade untuk mencegah. Dan lebih baik kita mencegah dari merawat. Kalau kita merawat kita dikenakan kos yang agak tinggi, tetapi kalau kita mencegah dari awal lebih elok. Dengan Mas Ayu Denggi bole dirawat dalam masa 24 - 48 jam dan juga INDAH JIWA DAN RUPA. Sekian

Wednesday, August 25, 2010

Masa untuk berhenti merokok










JIKA bagi wanita, kedatangan bulan puasa masa paling baik untuk mula berdiet, berbeza pula lelaki yang lebih kepada untuk berhenti merokok.

Tapi untuk menghilangkan tabiat merokok bukanlah satu perkara yang mudah, lebih-lebih lagi jika rokok sudah menjadi teman sejati sejak sekian lama.

Menurut Dr. Azrul Rozaiman Abdullah dari Hospital Pakar An-Nur Hasanah, Bangi, Selangor, perokok terbahagi kepada beberapa kategori dan ini ditentukan menerusi satu ujian yang dinamakan Fagerstrom test for Nicotine Dependence.

"Secara umumnya, ketagihan ada empat kategori iaitu rendah, rendah hingga sederhana, sederhana dan ketagihan tinggi.

"Dari senarai yang diberikan di atas, golongan perokok yang paling sukar membuang tabiat merokok ialah yang ketagihan tinggi," jelasnya ketika sesi ceramah sempena seminar Sakit Bukan Halangan Meraih Takwa.

Seminar tersebut anjuran Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM), Persatuan Perubatan Islam Malaysia (PPIM) dengan kerja sama Hospital Pakar An-Nur (HPAN), Bangi, baru-baru ini.

Dr. Azrul Rozaiman juga memberitahu pendapat yang mengatakan perokok wanita lebih berisiko mendapat penyakit kronik berbanding lelaki tidak benar kerana semuanya bergantung kepada dos bahan-bahan kimia yang disedut ke dalam tubuh.

"Selain itu faktor mudahnya penyakit terjadi akibat merokok juga bergantung kepada kekuatan tubuh individu itu sendiri. Individu yang mempunyai sistem imunisasi yang kuat, sihat dan tanpa penyakit kronik lain.

"Ada perokok yang memberitahu bahawa apabila mereka berhenti merokok mereka akan menjadi tidak sihat. Ini berlaku kerana ketagihan rokok tegar menyebabkan mereka secara fizikal dan psikologikal terpaksa bergantung dengan aktiviti merokok untuk mengekalkan paras nikotin dalam badan. Dengan itu mereka dapat kekal 'rasa seronok' dan akan rasa sebaliknya jika tidak mengambil rokok," ujarnya.


Sumber Dr Utusan Malaysia

Monday, August 23, 2010

Makanan rapu punca obes




KAJIAN yang dijalankan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) menganggarkan pada tahun 2015, kira-kira 2.3 bilion penduduk di seluruh dunia akan mempunyai lebihan berat badan.

Manakala 700 juta daripadanya akan mengalami masalah kegemukan yang berlebihan atau obesiti.

Namun lebih membimbangkan, kajian juga membuktikan, masalah obesiti di kalangan kanak-kanak semakin menular tahun demi tahun di negara-negara membangun.

Di Malaysia, sehingga tahun lalu, peningkatan kes obesiti yang direkodkan di kalangan keseluruhan kanak-kanak berumur antara 7 hingga 12 tahun adalah sebanyak 10 peratus.

Kanak-kanak yang mengalami masalah kegemukan dikatakan berisiko mendapat obesiti dan ini akan menjurus kepada beberapa masalah kesihatan kronik antaranya kencing manis, darah tinggi, penyakit jantung, kegagalan sistem pernafasan dan perkumuhan serta kanser.

Apakah faktor yang menyumbang kepada masalah besar ini di kalangan kanak-kanak?

Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran (Sektor Operasi Pendidikan) Kementerian Pelajaran, Datuk Noor Rezan Bapoo Hashim berkata, faktor utama penyumbang masalah obesiti kanak-kanak adalah pengambilan nutrisi tidak seimbang atau makanan dengan kadar banyak atau kurang.

Katanya, kanak-kanak sememangnya gemarkan makanan rapu (junk food) terutama keropok, jeruk dan coklat kerana mereka terpengaruh dengan rasa, pembungkusan dan promosi iklan atau jualannya yang dilakukan pengeluar dan penjual.

Noor Rezan berkata, ketika beliau bertugas sebagai guru besar di sebuah sekolah di ibu negara beberapa tahun lalu, beliau melarang keras penjualan makanan ringan di kantin dan pelajar tidak dibenarkan membawanya ke dalam kawasan sekolah.

Bagaimanapun, ujarnya, apabila mereka keluar daripada pagar sekolah, mereka masih dapat membelinya kerana ia dijual secara berleluasa di luar.

"Makanan ringan adalah sejenis makanan yang secara jelas tidak mempunyai nutrisi dan mengandungi banyak perisa tambahan yang menyebabkan seseorang kanak-kanak mengalami obesiti.

"Pulang ke rumah, ada ibu bapa terutama yang sibuk bekerja akan menyediakan pula makanan segera atau memasak makanan mengandungi gula dan lemak tinggi tetapi rendah vitamin, mineral serta nutrisi penting untuk perkembangan tubuh dan minda anak.

"Saya nasihatkan ibu bapa sentiasa bertanya kepada anak apa yang mereka makan di sekolah, pantau pemakanan anak, sediakan menu berkhasiat, amalkan diet sepatutnya dan paling penting jangan tanya apa yang anak ingin makan tetapi anda yang menentukannya," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas merasmikan Program Kesihatan Kanak-Kanak Malaysia di The Royal Bintang, Damansara, baru-baru ini.

Turut hadir, Ketua Hal Ehwal Korporat Kumpulan Nestle, Zainun Nur Abdul Rauf dan Presiden Persatuan Nutrisi Malaysia (NSM), Dr. Tee E Siong.

Menurut Zainun Nur, program itu dilancarkan sebagai satu usaha bagi menggalakkan gaya hidup sihat di kalangan kanak-kanak sekolah rendah berusia antara 7 hingga 12 tahun.

Kempen tersebut membabitkan aktiviti seperti kesedaran nutrisi, aktiviti fizikal dan perbincangan, kelas panduan bagaimana meningkatkan pengetahuan, sikap dan amalan nutrisi selain ditunjukkan demonstrasi penyediaan masakan berkhasiat oleh Chef Florence Tan.

"Pada pelancaran hari ini, kami turut mengadakan bengkel eksperimen iaitu percubaan untuk melihat sejauh mana beberapa ibu bapa dan pelajar yang menyertainya dapat berbincang serta bertukar-tukar pendapat mengenai pemakaran dan gaya hidup anak mereka.

"Kejayaan bengkel hari ini akan menguatkan usaha kami atau membantu kami memperkemaskan aktiviti sebelum melebarkannya ke sekolah seluruh negara.

"Program ini pertama kali diadakan di Malaysia tetapi ia sudah dijalankan di beberapa buah negara seperti Argentina, China, Thaiwan, Korea, Singapura, Pakistan, Filipina, India, Mauritius, Jerman, Malta dan Belanda," ujarnya.


Sumber Utusan Malaysia

Pegangan agama longgar

SHAH ALAM - Longgar pegangan agama dalam kalangan masyarakat adalah punca utama berlakunya gejala maksiat pada bulan penuh keberkatan ini.

Mufti Pahang, Datuk Abdul Rahman Othman berkata, gejala seperti itu harus dibanteras segera kerana ia mencemarkan nama agama dan umat Islam, apatah lagi maksiat berlaku ketika Ramadan.

Menurutnya, Ramadan adalah bulan membersihkan jiwa, bulan beribadat dan bulan di mana Allah limpahkan pelbagai ganjaran pahala kepada hamba-hamba-Nya.

“Kita harus mengisi bulan ini dengan amal ibadat dan bukan mendekatkan diri dengan maksiat. Jika seseorang itu tahu azab dan seksaan yang bakal menimpa sekiranya melakukan maksiat, sudah tentu mereka tidak melakukannya,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika pengulas laporan Sorot semalam yang memaparkan kegiatan maksiat tidak menurun pada bulan Ramadan, malah ada umat Islam yang berani melakukan perbuatan terkutuk itu secara terang-terangan.

Mereka yang sudah ‘sebati’ dengan perbuatan keji begitu, usahkan mahu memuliakan Ramadan, hari-hari biasa dalam bulan-bulan lain pun tidak ‘senang duduk’ tanpa ‘tabiat’ buruk tersebut.

Abdul Rahman berkata, maksiat berlaku bila-bila masa dan bukan hanya ketika Ramadan sahaja.

“Kalau pada bulan lain, mungkin boleh kita membuat tafsiran bahawa ia adalah pengaruh syaitan, tetapi ketika Ramadan adakah juga disebabkan pengaruh syaitan?

“Syaitan telah dirantai, jadi maksiat berlaku pada bulan tersebut disebabkan tabiat manusia itu sendiri yang gemar melakukan maksiat. Bila maksiat sudah menjadi darah daging, tentulah sukar untuk berubah,” katanya.

Abdul Rahman meminta, individu yang masih melakukan maksiat agar segera bertaubat dan kembali ke pangkal jalan.

“Renunglah dan ingatlah mati. Besar azab dan seksaan Allah jika masih lagi melakukan apa yang dilarang oleh-Nya,” katanya.

Dalam masa sama, Abdul Rahman menggesa setiap pendakwah di Jabatan Agama Islam negeri masing-masing peka dan fokus dengan apa yang berlaku di negeri mereka.

Sumber Sinar Harian

Saturday, August 21, 2010

24 diragui halal

KUALA LUMPUR: Pemeriksaan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) mendapati sebanyak 24 hotel yang menggunakan istilah bufet Ramadan dalam promosi menu mereka terbabit menggunakan bahan diragui halal.

Ketua Pengarahnya, Datuk Wan Mohamad Sheikh Abdul Aziz, berkata penemuan itu selepas pihaknya menjalankan pemantauan terhadap 34 hotel yang menawarkan sajian bufet Ramadan bermula 1 hingga 10 Ramadan di beberapa negeri.


“Semua pemeriksaan dan serbuan terbabit dilaksanakan di Kuala Lumpur, Pahang, Selangor dan Kedah. Hotel terbabit meliputi hotel lima bintang, empat bintang dan tiga bintang ke bawah.


“Dalam pemeriksaan itu, dua hotel memperoleh sijil halal Jabatan Agama Islam Negeri (Jain). Penemuan turut mendapati 24 hotel menggunakan bahan yang diragui halal.


“Antara hasil penemuan ialah penggunaan bahan mentah yang berasaskan alkohol, bahan ramuan yang diragui, bahan mentah yang tiada pengesahan halal, ayam daripada sumber yang tidak jelas dan percampuran bahan mentah halal dengan tidak halal di kawasan penerimaan (loading bay) dan stor penyimpanan,” katanya dalam satu kenyataan, semalam. Pemantauan itu diadakan bagi memastikan premis berkenaan menyediakan makanan halal yang mematuhi hukum syarak. Di samping itu, meningkatkan kesedaran pihak berkenaan terhadap tanggungjawab dalam penyediaan makanan halal kepada pengguna Islam.


Wan Mohamad berkata, hasil pemantauan itu juga didapati 70 peratus daripada keseluruhan premis terbabit tidak memenuhi keperluan piawaian Pensijilan Halal Malaysia. “Promosi bufet Ramadan yang ditawarkan tidak menepati Perintah Perihal Dagangan (Penggunaan Perbahasaan Halal) 1975.


“Namun, semua pihak premis memberikan kerjasama dan maklum balas baik sepanjang proses pemantauan ini dijalankan. “Mereka juga menyatakan minat dan kesediaan untuk memohon Sijil Pengesahan Halal Malaysia daripada Jakim dan Jain,” katanya.


Beliau berkata, Jakim akan terus melaksanakan pemantauan dan penguatkuasaan bersama Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) di hotel terbabit sepanjang Ramadan. “Semua hotel diingatkan tidak menyalahgunakan terma bufet Ramadan yang boleh memberi kekeliruan kepada pengguna yang mengunjungi hotel bagi berbuka puasa.


“Maklumat lanjut berkenaan pensijilan halal bolehlah melayari laman web halal di www.halal.gov.my,” katanya.


Sumber Metro Harian