Showing posts with label BUAH-BUAHAN. Show all posts
Showing posts with label BUAH-BUAHAN. Show all posts

Monday, October 7, 2013

Pelik Tapi Benar ! Pokok Nangka Bebuah Pisang Rasa Durian



Penemuan sebatang pokok nangka di sebuah kampung yang bernama Cilubang, Kecamatan Cicantayan, Sukabumi Indonesia telah menimbulkan kegemparan penduduk sekitarnya. Ini kerana pokok nangka itu telah berbuahkan buah pisang, menambahkan pelik lagi jika dimakan nangka berbentuk pisang itu mempunyai rasa seperti buah durian pula.

Menurut pemilik pokok nangka itu Sirojudin "Pokok nangka ini untuk kedua kalinya berbuahkan pisang dengan rasa durian. Bagi saya, (ini) merupakan anugurah Allah SWT, "katanya kepada wartawan. kerana ramainya orang yang melihat nangka pelik ini, Pemilik pokok nangka ini Sirojudin telah meletakkan kotak amal di kebunnya. "Hasil sedekah dari orang ramai ini, Insya Allah digunakan untuk pembinaan pusat keagamaan disini," katanya lagi.


           

Tuesday, September 17, 2013

Buah-buahan Yang Pelik Di Dunia (8 Gambar)

#Sini kami senaraikan buah yang buat anda berfikir, kenapa aku tak nak cuba merantau ke luar negara.




 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Tangan Buddha

Buah kuning ini diberi nama buah tangan Buddha kerana buahnya terbahagi ke dalam seperti jari
tangan manusia. Buah ini ditemui di Asia. Buah Tangan Buddha ini memiliki kulit tebal dan hanya
mempunyai sedikit isi. Buah ini digunakan di Jepun dan China sebagai aromaterapi di bilik tidur
kerana buah ini memiliki bau seperti bau buah yang kuat. Dalam masakan Barat, buah ini
sangat berharga.



kiwano


Buah ini memiliki banyak nama seperti kiwano, melon bertanduk, timun bertanduk, labu lindung,
melon jelly. Buah ini merupakan salah satu dari buah asli dari Afrika, tetapi ia juga tumbuh di
California, Chille, Australia dan Selandia Baru. Di California, buah ini dikenali sebagai
buah Blowfish. Walaupun buah ini dapat dimakan, buah kiwano ini lebih banyak digunakan
sebagai makanan dekorasi.




Yangmei


Yangmei adalah tanaman asli dari Asia Tenggara, terutama China. Pohon ini banyak digunakan
sebagai ornamen di taman dan kebun-kebun buahan. Buah ini memiliki warna merah terang dan
rasa masam manis. Di tengah-tengahnya terdapat benih/biji, dengan diameter setengah dari buahnya.




Deliciosa monstera


The monstereo, windowleaf, Mexican breadfruit, Swiss cheese plant, ceriman, fruit salad plant,
monster fruit, atau apapun nama bagi buah pelik ini adalah lebih dikenali sebagai deliciosa monstera. 

Buah yang berasal dari jenis anggur ini merupakan tanaman asli dari Mexico dan Panama. 

Tinggi pokoknya dapat mencapai sehingga 20 meter. Buah ini secara puratanya berukuran 25 cm,
dan kelihatan seperti telinga hijau. Buah ini digunakan untuk mengubati penyakit arthritis
atau gigitan ular.

Wednesday, August 28, 2013

Khasiat Buah Durian Untuk Kesihatan


Khasiat Buah Durian Untuk Kesihatan

Khasiat Manfaat Buah Durian | Durian oh Durian memang sedap kan ??? Sebut saja nama durian ini pasti anda rasa nak makan . Tapi tahukan anda tentang manfaat buah durian ini kepada kesihatan.. pasti ada yang tak tahukan???. Selain itu, Admin juga ada buat info tentang cara membuat bubur durian kacang hijau + kacang merah & cara buat jus durian. Jadi, jom kita buat..??
  • Dapat mengatasi anemia karena durian kaya akan asam folat dan zat besi.
  • Dapat mengatasi sembelit karena durian banyak mengandung serat.
  • Selain itu kulit durian yang dilumatkan dan dioleskan ke perut dapat memudahkan buang air besar.
  • Menghambat penuaan dini karena mengandung vitamin C sebagai antioksidan.
  • Meningkatkan tekanan darah yang rendah karena mengandung zat besi dan sifatnya yang panas.
  • Mengatasi bengkak.
  • Mengobati penyakit ruam pada kulit (kurap).
  • Baik untuk kesehatan tulang dan persendian karena mengandung kalsium, potasium, dan berbagai vitamin B.
  • Kandungan mangaan dapat menjaga kestabilan kadar gula dalam darah.
  • Kulit durian yang dibakar lalu dijadikan abu, airnya dapat melancarkan haid, tetapi juga bersifat abortif.
  • Buahnya dapat sebagai obat penyakit kuning.
  • Meningkatkan nafsu makan karena mengandung niasin dan thiamin.
  • Riboflavin (vitamin B2) dapat membantu mengatasi migrain.
  • Memelihara kesehatan tiroid karena kandungan tembaganya.
  • Dapat mengurangi stres dan depresi karena kandungan piridoksin (B6).
  • Baik untuk kesehatan gigi karena mengandung fosfor (P).
  • Kulit buah durian dapat digunakan sebagai pengusir nyamuk.
  • Akar dan air seduhan daun durian dapat sebagai antipiretik (berkhasiat menurunkan suhu tubuh atau panas demam)
  • Diyakini sebagai afrodisiak (bisa membangkitkan gairah atau potensi seksual 
  • Akarnya dapat untuk mengobati infeksi pada kuku. (bbs/sak)

BUBUR DURIAN KACANG HIJAU + KACANG MERAH 

CARA BUAT BUBUR DURIAN KACANG HIJAU + KACANG MERAH 

BAHAN-BAHANNYA 

2 cawan kacang hijau, cuci dan rendam semalaman 
1 cwn kacang merah (yg gemok2..) rendam dulu (akak lebur dlm pressure cooker kejap jer..) 
1/2 ketul gula melaka, hiris kecil* - (akak tambah gula merah sikit)
1/3 cawan gula pasir*
1 helai daun pandan*
2 cawan air*(*disatukan dan masak hingga gula larut, tapis)
1 helai daun pandan, disimpul
1 biji durian (dalam 7-8 ulas isinya)
Sedubit garam
Tambah Gula, jika kurang manis
1 liter santan
Air jika perlu

CARA MEMBUATNYA :
  • Rebus kacang hijau + kcg merah hingga kembang, kemudian masukkan air gula, daun pandan dan durian, masak hingga mendidih. Tambah santan dan secubit garam. Rasa dan jika kurang manis, tambah sedikit lagi gula.
  • Masak sekejap dan jika pekat tambah air sedikit lagi. Rasa dan jika ok, boleh matikan api. Hidangkan sejuk atau panas. Juga sedap dimakan bersama roti atau biskut krim kraker... 

Jus Durian Belanda
Jus Durian Belanda

Cara-cara Membuat Jus Durian Belanda 

Ada banyak cara untuk membuat jus durian belanda. Cara di bawah adalah cara yang kami syorkan kerana ianya mengekalkan khasiat buah durian belanda yang segar. Resepi ini sesuai untuk hidangan 10 orang.

Bahan-bahan: 

1) 500g isi durian belanda. Isi durian belanda yang telah dibekukan boleh juga digunakan setelah dicairkan.
2) 2.5 liter air
3) 250g gula
4) 1/2 biji limau nipis atau 1/8 biji lemon

Cara-cara:

1) Masukkan isi durian belanda, gula dan air ke dalam pengisar. Kisar sehingga halus.
2) Tuangkan bahan kisaran ke dalam bekas yang besar dan campurkan bersama baki air tadi.
3) Untuk rasa yang lebih sedap, perahkan 1/2 biji limau nipis atau 1/8 biji lemon.
4) Kacau sehingga sebati.
5) Terbaik jika dihidangkan sejuk.