Showing posts with label rogol. Show all posts
Showing posts with label rogol. Show all posts

Tuesday, February 4, 2014

Pencuri rogol patung di pusat beli-belah



SUSPEK (tengah) enggan menjelaskan mengapa dia tergamak memuaskan nafsu pada patung.

Brasilia: Seorang pencuri dirakamkan cuba mengadakan hubungan seks dengan patung peraga pakaian selepas memecah masuk sebuah pusat beli-belah di Jaragua, lapor media semalam.

Aksi lelaki terbabit terdedah selepas pengawal keselamatan di pusat beli-belah itu menyemak rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di premis berkenaan untuk mencari maklumat mengenai beberapa kejadian curi di situ.


Melalui rakaman CCTV itu pengawal keselamatan melihat seorang lelaki mencuri beberapa pasang pakaian.

Pada satu ketika lelaki terbabit dilihat menegakkan sebuah patung di dinding sebelum mencium ‘payudara’ dan melakukan aksi lucah.


Lelaki itu yang menutup mukanya menggunakan kemeja-T dipakai kemudian memakai semula seluarnya sebelum beredar.


Rakaman itu dimuat naik ke YouTube dan sudah dilihat beribu kali sehingga semalam.

Suspek akhirnya ditahan selepas pihak berkuasa dimaklumkan dan mereka mengenal pasti lelaki terbabit apabila dia kembali ke situ.


Pihak polis percaya suspek mencuri baju berkenaan untuk dijual bagi mendapatkan dadah.

Sementara itu, pengurus pusat beli-belah berkenaan Ricardo Carvalho menganggap kejadian itu “terlalu pelik.” “Bayangkan jika dia memecah masuk rumah orang, tidak mustahil dia melakukan perkara seperti itu terhadap seseorang,” katanya dalam satu kenyataan.


Suspek pula mendakwa dia memasuki pusat beli-belah itu kerana “tiada kerja lain.” Bagaimanapun, dia enggan mengulas perbuatan lucahnya itu. - Agensi
Sumber: Harian Metro

Sunday, February 2, 2014

Ibu Tunggal ‘diratah’ anak saudara



Kuala Lumpur: Seorang ibu tunggal berusia 46 tahun mendakwa menjadi mangsa nafsu buas anak saudara lelakinya sendiri berusia 22 tahun dalam kejadian di sebuah rumah di ibu negara, kelmarin.

Lebih mengejutkan, suspek turut membawa rakannya untuk merogol mangsa selain merakam gambar bogel mangsa untuk simpanannya serta mengugut mangsa untuk terus melayan nafsunya jika tidak mahu gambar bogel berkenaan disebarkan.

Menceritakan semula kejadian malang itu, mangsa dikenali sebagai Siti, seorang pekerja am berkata, dia tinggal serumah dengan anak saudaranya itu sejak kematian suami dua tahun lalu tidak pernah menyangka anak saudaranya itu tergamak melakukan perbuatan itu terhadapnya.

Menurutnya, anak saudaranya itu dipelihara seperti anak sendiri.

“Bagaimanapun, minggu lalu, saya menemui klip video lucah dalam telefon bimbitnya dan apabila ditegur dia marah kepada saya sebelum hanya mendiamkan diri selepas itu.

“Kelmarin, ketika kami berdua sedang menonton televisyen di rumah, dia yang baru pulang selepas melepak bersama rakan-rakannya tiba-tiba meminta maaf dengan saya atas kelakuannya tempoh hari sebelum membawa air minuman berkarbonat untuk saya,” katanya.

Katanya, selepas meminum air yang diberikan anak saudaranya itu, tiba-tiba dia berasa pening sebelum tidak sedarkan diri dan apabila tersedar selepas beberapa jam selepas itu mendapati dirinya berada di sebuah rumah lain dan lebih mengejutkan, dia turut tidur bersama anak saudaranya serta rakan lelakinya.

“Ketika itu, baru saya sedar menjadi mangsa nafsu buas kedua-dua lelaki itu dan apabila saya memarahinya, dia menunjukkan gambar bogel saya yang dirakam ketika saya dalam keadaan tidak sedarkan diri.

“Dia turut mengugut saya supaya melayan nafsunya lagi jika tidak mahu dicederakan dan bimbang dengan keselamatan diri, saya membuat aduan di Balai Polis Salak Selatan,” katanya.

Sumber: Harian Metro

Thursday, September 26, 2013

5 DNA DITEMUI PADA SELUAR DALAM

 



Kpl Nik (kanan) dan Kons Syahiran keluar daripada Mahkamah Sesyen Butterworth di Pulau Pinang. - kredit MUSTAFA AHMAD


BUTTERWORTH - Mahkamah Sesyen di sini mendengar bahawa lima set air mani milik individu yang berbeza terdapat pada seluar dalam seorang wanita Indonesia yang mendakwa telah dirogol oleh tiga anggota polis.

Padillah Yahya, 39, seorang ahli kimia di Jabatan Kimia negeri memberitahu mahkamah bahawa kesan air mani tersebut adalah milik Kons Syahiran Romli, 22, Kpl Nik Sin Mat Lazin, 33 Kons Remy Anak Dara, 26, dan dua lagi lelaki yang tidak dikenali.

"Kami turut menemui sampel DNA Syahiran, individu lelaki ketiga dan keempat yang tidak dikenali serta seorang perempuan yang tidak dikenali pada cadar yang diambil dari berek polis di balai polis Prai," katanya.


Beliau menambah bahawa sampel DNA lelaki ketiga juga ditemui pada tuala yang diambil dari berek yang sama.

Padillah memberitahu Hakim Mahkamah Sesyen Meor Sulaiman Ahmad Tarmizi bahawa sampel tersebut ditemui daripada 19 barangan yang telah diserahkan kepadanya untuk diuji pada 14 Nov tahun lepas.

Barang-barang tersebut termasuklah baju milik mangsa yang 26 tahun, air mani, sampel darah dan rambut.

Ketiga-tiga anggota polis telah didakwa merogol wanita itu di dalam Bilik 4, berek balai polis Prai antara jam 6:40-7:30 pagi pada 9 Nov tahun lepas.

Mereka didakwa mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan yang boleh membawa hukuman penjara sehingga 20 tahun dan sebatan.

Perbicaraan akan disambung pada 28 Nov.
pulakdah