Showing posts with label Bola Sepak. Show all posts
Showing posts with label Bola Sepak. Show all posts

Monday, February 10, 2014

Arsenal dibantai Liverpool kerana wanita seksi ini?

Foto: 101greatgoals.com

London : Perlawanan antara Liverpool dan Arsenal , Sabtu ( 8/2/2014 ) di Anfield dimenangi oleh The Reds dengan jaringan 5-1 . Hal ini menjadi salah satu kekalahan paling teruk yang dialami The Gunners musim ini . Usai pertandingan hujaman balas dan komen dituju kepada para pemain maupun pengurus ,

Salah satu media di Britain , The Sun , membuat berita yang cukup heboh mengenai sebab kekalahan yang menimpa Arsenal . Mereka menyebutkan hal tersebut terjadi kerana penyerang Arsenal , Olivier Giroud , terlibat skandal dengan salah seorang model seksi , Celia Kay .

Sebenarnya , Wenger melaksanakan peraturan bahawa pemainnya dilarang melakukan aktiviti hingga larut malam . Namun berdasar khabar yang beredar , penyerang asal Perancis ini mengajak Kay ke biliknya pukul tiga pagi waktu tempatan .

Penampilan Giroud sendiri saat melawan Liverpool tidak terlalu ketara . Bahkan dia sering kehilangan bola dan mensia - siakan peluang . Mungkin salah satu penyebab menurunnya prestasi bekas penyerang Montpellier itu adalah aktiviti luar yang kurang dijaga .

Penyerang berusia 27 tahun ini kemungkinan akan mendapat hukuman dari pihak kelab . Sehingga berita ini dikeluarkan Giroud belum mengulas atas pemberitaan negatif ini .

Sumber: liputan6.com

Terbongkar! Alex Ferguson pernah minta bantuan pengadil agar MU menang


Manchester : Bekas pengadil top Inggeris , Dermot Gallagher , mendedahkan bahawa pengurus legenda Manchester United ( MU ) Sir Alex Ferguson pernah memujuknya untuk menunda perlawanan . Hal ini dilakukan agar Setan Merah mempunyai peluang meraih gelaran juara yang lebih besar .

Gallagher yang merupakan pengadil top Inggeris pada 1992-2007 ketika itu menjadi pengadil pada perlawanan MU vs Middlesbrough di Old Trafford ( 1997 ) . MU ketika itu perlu  kemenangan kerana sedang bersaing hebat dengan Arsenal di tangga teratas .

Di babak pertama , MU tertinggal 1-3 . Lalu , Fergie mendekati Gallagher . " Pada masa itu hujan lebat dan Fergie menarik saya . Fergie lalu membisikkan ' Tolong bantu saya , hentikan pertandingan ini ' , " kata Gallagher seperti yang dilaporkan oleh Metro , Jumaat ( 7/2/2014 ) .


" Pada babak pertama MU memang tertinggal dan padang seperti kolam renang . Ketika menuju bilik persalinan, Fergie berkata , ' Aku tahu kami tertinggal 1-3 tapi tolong hentikan ini , kami perlu bantuan ' , " .

Gallagher menolak permintaan Fergie tersebut . Meski demikian , MU mampu bangkit dan menyamakan kedudukan 3-3 di babak kedua . Namun , yang mereka perlukan sebenarnya adalah kemenangan .

" MU berjaya menyamakan kedudukan dan di minit terakhir Dennis Irwin masuk ke kotak penalti dan terjatuh , tapi saya memberikan sepakan gol untuk Middlesbrough . Fergie berteriak dari pinggir padang dan marah - marah dengan saya , " ucap Gallagher .

MU vs Middlesbrough 1997

Foto: Daily Mail

Saturday, October 19, 2013

Lionel Messi tawarkan wang kepada Larissa Riquelme untuk hubungan intim?



Lionel Messi tidak hanya berurusan dengan kes pengelakan cukai. Kali ini , dari media Itali , Tuttosport , bertiup gosip bahawa Si Nombor 10 Barcelona dan Argentina, pernah menawarkan wang kepada model bogel asal Paraguay, Larissa Riquelme .

Pengakuan Larissa Riquelme yang terbiasa membuat mata lelaki tak boleh berkelip ini, terjadi dalam sebuah acara televisyen di Chile .

Ketika itu, Larissa berkata , beberapa waktu lalu " seorang pemain terbaik dunia " siap membayar saya untuk berhubungan intim. "


Begitu mendengar kata kunci ' pemain terbaik dunia ' dari Riquelme , seorang dari bangku penonton berkata, " Messi! " . Perempuan yang beberapa foto telanjangnya pernah menggoncang dunia ini kemudian memberi isyarat, bahawa memang La Pulga yang mengajaknya berbuat serong.

Tidak hanya Lionel Messi yang memujuk Riquelme untuk berbuat yang tidak - tidak . Beberapa pemain Barcelona juga melakukan tawaran sama ketika perempuan ini berada di Sepanyol. Meskipun demikian, Riquelme enggan. Katanya, " Saya bukan perempuan gampangan . Saya tidak akan menjual tubuh ini ( melacurkan diri ) hanya kerana wang . "

forums.merdeka.com

Thursday, September 26, 2013

VIDEO ISTERI PEMAIN BOLASEPAK MALAYSIA KINI TERSEBAR

Video ini sekarang tersebar dengan meluas di ruang media sosial.

Video memperlihatkan isteri pemain bola sepak kebangsaan, Nur Shahrul Idlan Talahan atau nama popularnya Mat Yo sedang bertengkar dengan seorang pengawal keselamatan.

Dipercayai ianya berkaitan dengan masalah parking kereta.

Isteri Mat Yo berkeras tidak mahu mengalihkan keretanya hinggakan memaki hamun pengawal tersebut dengan kata-kata kesat.

Pengawal tersebut yang pada mulanya dapat bersabar, akhirnya cuba melakukan sesuatu dari luar kereta.



                          



                          


Thursday, August 29, 2013

(EDISI RITUAL) Acara korban kambing oleh Shakter Karagandy sebelum perlawanan Liga Juara Eropah buatkan aktivis haiwan tidak dapat duduk diam


Dalam perlawanan timbal balik plaf off Liga Juara-juara Eropah, Shakter Karagandy telah membuat satu ritual penyembelihan kambing biri-biri (acara korban) yang juga merupakan amalan biasa di Kazakhstan sebelum memulakan perlawanan bola sepak...pengurus Shakter bercadang untuk meneruskan ritual tersebut dalam perlawanan kedua dengan pasukan Scotland, Celtic, namun mendapat tentangan hebat dari aktivis haiwan Scotland.

Kambing biri biri untuk korban
Kumpulan aktivis PETA meluahkan kemarahan mereka dan telah menghantar surat kepada presiden UEFA, Michel Platini, supaya memberi hukuman kepada Shakter.

Walaubagaimanapun, Celtic tidak mempunyai halangan terhadap ritual tersebut. Yang pasti, jika ritual tersebut diadakan oleh pasukan Shakter, mereka perlu mengadakannya di luar kawasan Celtic Park.

Dalam perlawan pertama kelayakan Liga Juara Eropah, Shakter berjaya menumpaskan Celtic 2-0. - News TV