Showing posts with label Marketing. Show all posts
Showing posts with label Marketing. Show all posts

Wednesday, August 25, 2010

Kes Denggi

25-8-2010 Baru balik dari Hospital Ampang, seorang kanak yang berusia 14 tahun ade penyakit Denggi. Beliau sudah 7 hari demam panas. Beliau datang dari Temerloh, kerana tidak berpuas hati dengan result yang diberikan dari Hospital Temerloh, Ibu beliau terus hantar ke Hospital Ampang. Platelet Count semalam 130 dan ari ni menurun 116. Kami mendapat panggilan dari bapa beliau pada pukul 11.30 pagi dan bergegas ke Hospital kesana. Di hospital tersebut ibu beliau ade bersama beliau dan menasihati untuk mengambil Mas Ayu, kerana bapa beliau sudah lama mengambil produk Mas Ayu. Beliau mengambil Produk Mas Ayu sebanyak 3x sehari - Amirtha, Semalu Kolostrum. Harap beliau akan keluar dari hospital secepat yang mungkin.

Herbal Shoppe






Dihadapan Herbal Shoppe






Untuk penerangan lebih lanjut boleh bertanya dengan Ms Umi di Herbal Shoppe








Poster Mas Ayu di letak diluar Herbal Shoppe













Depan Kounter Herbal Shoppe









Didalam kedai Herbal Shoppe









24/8/2010 - produk Mas Ayu telah berada di Herbal Shoppe di Bukit Bintang Plaza Ground Floor, Sesiapa berminat boleh ke Herbal Shoppe. Di Herbal Shoppe bukan sahaja Produk MAs Ayu disana tetapi berbagai produk herba. Untuk penerangan lanjut boleh menghubungi saya 017 3007117.


Program Keusahawan Herbal Shoppe(dari Website MHC)




Selaras dengan usaha berterusan untuk memartabatkan produk-produk herba tempatan yang berkualiti di pasaran, Malaysian Herbal Corporation (MHC), sebuah anak syarikat milik penuh Malaysian Industry-Government Group for High Technology (MiGHT) telah melancarkan satu Program Keusahawanan Herbal Shoppe.

Menurut Pengurus Besar Kumpulan MHC, Encik Zainal Azman bin Abu Kasim, Program Keusahawan Herbal Shoppe adalah usaha untuk mewujudkan satu rangkaian pemasaran khusus untuk memasarkan produk-produk herba dan juga produk asli keluaran usahawan tempatan.

Ianya dilahirkan dengan matlamat untuk menyediakan ruang untuk usahawan-usahawan produk herba khususnya Bumiputra untuk memasarkan produk mereka.

Ketika ditanya tentang rasional pembukaan Herbal Shoppe ini Zainal berkata “MHC melihat kegigihan usahawan melahirkan banyak produk herba berkualiti tetapi gagal memasarkan produk mereka di rangkaian pemasaran sedia ada kerana pemasar mengenakan bayaran penyenaraian yang tinggi. Herbal Shoppe ini dilahirkan untuk menyediakan alternatif kepada pengusaha untuk mamasarkan produk-produk mereka tanpa perlu membuat bayaran penyenaraian produk yang tinggi dan tidak munasabah”

“Dalam masa yang sama, MHC berharap Herbal Shoppe yang diwujudkan akan memberi imej baru kepada ribuan produk herba tempatan yang kini banyak di pasarkan melalui kiosk-kiosk di pasaraya yang tidak mempunyai imej seragam serta tidak disokong dengan aktiviti pemasaran yang terancang”

“Imej moden dan “up-market” yang diterapkan di Herbal Shoppe ini memberi standard baru kepada produk-produk herba tempatan khususnya yang dikeluarkan oleh usahawan Bumiputra. Ianya secara tidak langsung membuka pasaran baru kepada pengusaha di kalangan middle income group ke atas”

Menurut Zainal Azman, produk herba yang dijual melalui Herbal Shoppe ditawarkan dengan harga yang berpatutan dan setanding dengan harga produk-produk lain yang diedarkan melalui pasaraya dan juga farmasi terkenal. Produk-produk yang dijual melalui Herbal Shoppe dipastikan telah mendapat kelulusan yang sewajarnya daripada pihak berwajib seperti JAKIM dan Biro Farmaseutikal Kementerian Kesihatan untuk memastikan hanya produk yang diluluskan sahaja yang dijual.

“Ini adalah untuk memastikan pelanggan Herbal Shoppe membeli produk-produk yang bukan sahaja berkesan tetapi telah dikenalpasti mematuhi peraturan dan standard produk herba yang telah ditetapkan oleh Kerajaan” tambah Zainal Azman.

MHC sebelum ini telah pun mewujudkan Herbal Plaza di Medan Tuanku, Kuala Lumpur sebagai Pusat Pengumpulan dan Pemasaran Produk (4PU) herba usahawan Bumiputra yang menempatkan 150 usahawan herba Bumiputra diikuti dengan kelahiran portal DagangHerbal.com yang mengkhusus di dalam aktiviti pemasaran lebih 500 produk herba tempatan.

“MHC berhasrat untuk memasarkan secara agresif produk-produk herba buatan Malaysia yang terbukti hebat. Ini adalah salah satu sumbangan kami untuk mempromosikan kebaikan herba tempatan di pasaran tempatan dan juga antarabangsa” kata Zainal Azman.MHC sebelum ini telah mengumumkan cadangan untuk mewujudkan sebanyak 5 kedai Herbal Shoppe dalam tahun kewangan 2009. “MHC sedang mengenal pasti lokasi yang sesuai untuk mewujudkan Herbal Shoppe seterusnya”Bagi Program Keusahawanan Herbal Shoppe, MHC telah menyediakan pakej khas seperti berikut:
  • Modal permulaan serendah RM50,000.00 (Pinjaman diuruskan sekiranya perlu);
  • Margin keuntungan sehingga 50%;
  • Sistem bekalan produk berpusat;
  • Latihan keusahawanan disediakan;
  • Boleh dilaksanakan di mana-mana lokasi pilihan sendiri;
  • Sokongan iklan pemasaran (media elektronik & cetak);
Pengusaha yang berminat akan dibekalkan dengan herbal kiosk yang seragam, bunting promosi dan sistem “point of sales”.Herbal Shoppe ini diuruskan oleh Herbal Shoppe Marketing Sdn. Bhd., sebuah anak syarikat MHC yang diwujudkan khas untuk tujuan ini. Herbal Shoppe Marketing juga akan bertanggungjawab untuk mengenalpasti lokasi baru serta memastikan bekalan produk berkualiti yang berterusan ke semua rangkaian Herbal Shoppe yang diwujudkan.Mereka yang berminat untuk menjadi Rakan Niaga Herbal Shoppe dengan menyertai Program Keusahawan Herbal Shoppe ini boleh menghubungi Encik Asnan di no. 03-2697 6620 atau melayari www.malaysianherbal.com.

Tuesday, August 24, 2010

TURKI COMMUNITY







Dessert, manis gile...






First time buka Puasa dengan Orang Turki di Pusat Komuniti Turki berdekatan dengan PWTC. Di situ tempat sekolah rendah anak Turki yang belajar di Malaysia. Kebanyakan saya berjumpa beberapa orang Turki disana, mereka adalah Businessman, jadi peluang saya untuk berkenalan dengan mereka. Mereka amat peramah dan makanan mereka pun lain.
Berbuka puasa bukan sahaja orang Turki, Melayu dan India Muslim pun ade juga. Saya bagi business card saya dengan India Muslim, namanya Mr Yusoff. Beliau seorang Businessman dan mengimport daging-daging ke Malaysia. Burger Ramli ade salah satu pembeli daging dengan beliau.

Monday, August 23, 2010

USAHAWAN SELANGOR



Pada 19 Agos 2010, Saya dan marketing team Mas Ayu pergi bangunan usahawan selangor yang terletak di Bandar Shah Alam. Macam biasa pergi ke sana untuk mendapat pertolongan dari kerajaan dari segi promosi dan pemasaran.Berjumpa dengan Mr Sazali di pejabat beliau. Disitu saya boleh lihat pergerakan dan activity yang telah Usahawan Selangor jalankan. Say ajuga menunjukkan testimonies mas ayu seperti denggi dan HIV, Beliau tidak menyangka ade produk Malaysia yang boleh merawat HIV. Seperti keterangan Mr Sazali, tidak banyak aktiviti dari Usahawan Selangor untuk tahun ini. hujung tahun ini baru ade selepas MAHA program. Program ini dinamakan Selangor Ria, di Stadium Shah Alam selama 9 Hari. Sesiapa nak boleh menghubungi Mr Sazali untuk keterangan lanjut tentang Selangor Ria