Showing posts with label Mexico. Show all posts
Showing posts with label Mexico. Show all posts

Monday, February 10, 2014

Mayat tanpa kepala ditemui dalam kubur besar di Mexico


Tentera Mexico memeriksa kubur tanpa kepala (Foto: Reuters)


MEXICO - Polis Mexico dilaporkan menemui kubur besar di kawasan terpencil di Tinguindin, mengandungi 20 mayat tanpa kepala .

Selain Tinguindin, kubur yang mengandungi empat jasad tanpa kepala juga dijumpai  di daerah Zacan. Kubur tersebut ditemui oleh penduduk setempat .

Diyakini mayat-mayat yang ditemui merupakan korban keganasan dari kartel dadah yang beroperasi di daerah tersebut . Hal tersebut turut diakui oleh jurucakap dari desa Tinguindin .

Kubur tanpa kepala itu adalah mayat korban kekerasan kartel dadah . Hal ini disebabkan penduduk desa Tinguindin melakukan penentangan atas kejahatan kumpulan kartel dadah .

Dilapor dari BBC , Sabtu ( 8/2/2014 ) , penentangan yang dilakukan penduduk kampung disebabkan oleh gagalnya pihak keselamatan Mexico dalam memastikan keselamatan mereka .

Ketika ini pihak berkuasa telah melakukan siasatan atas penemuan kubur besar ini . Mereka menfokuskan siasatan kepada sejak bila mayat-mayat ini dibuang di ke kubur besar tersebut .
Sumber: international.okezone.com

Monday, October 14, 2013

Seluar wanita ini dikunci dengan mangga oleh kekasih


 
Foto: WTKR

Mexico - Kesetiaan dalam perhubungan memang penting tak terkecuali bagi lelaki asal Mexico ini . Dia mengunci seluar kekasihnya dengan mangga bagi menjamin kesetiaan seksual atau menjaga alat sulit si kekasih.

Ironisnya , hal ini sudah dilakukan lelaki itu selama bertahun -tahun. Pihak berkuasa berkata wanita yang berusia 25 tahun itu akhirnya berani buka mulut kerana dia tidak boleh buang air kecil selama beberapa jam disertai rasa sakit yang tak tertahankan.

Dilaporkan WTKR , pasangan ini hidup di desa miskin di negara bahagian Teluk Mexico , Veracrus , demikian dilapor  Inquisitr , Jumaat ( 11/10/2013 ) .

Wanita ini mengatakan kepada polis bahawa kekasihnya memaksa dia memakai mangga yang bertindak sebagai tali pinggang kesucian selama bertahun -tahun. Mangga ini membuatnya sukar membuka seluar dan bahkan dia takut untuk memotong mangga tersebut .

Selepas polis menangkap kekasih wanita itu yang berusia 40 tahun, si lelaki lantas memberikan kunci mangga tersebut . Selepas berjaya dibuka, anehnya wanita yang tidak disebutkan namanya ini tidak ingin mendakwa kekasihnya.

" Suspek masih ditahan atas tuduhan pelanggaran namun dilepaskan beberapa jam kemudian," kata Araceli Gonzales, Pengarah Eksekutif Equifonia , kumpulan pembela hak -hak perempuan.

" Keesokan harinya si lelaki menandatangani perjanjian bahawa dia tidak akan menggunakan mangga lagi atau melakukan penyiksaan lain terhadap si wanita ," lanjut Gonzales

Pihak berkuasa tempatan menyatakan bahawa tidak ada yang boleh mereka lakukan kerana si wanita tidak mahu mendakwa lelaki tersebut . Namun menurut Gonzales ada akibat yang berbahaya jika membiarkan lelaki itu bebas berkeliaran.

"Wanita itu adalah mangsa kejahatan selama 12 tahun dan tidak ada masyarakat atau pemerintah yang melakukan tindakan. Pengendalian kes ini tidak mengikuti undang-undang, tidak ada yang bertindak melawan agresor ," kata Gonzales .

detik.com