Showing posts with label teknologiiii. Show all posts
Showing posts with label teknologiiii. Show all posts

Thursday, October 10, 2013

Menarik ! Dompet Pintar " Dompet Anti Hilang "


Jika anda pernah kehilangan dompet sebelumnya, maka anda akan tahu betapa mahalnya harga yang harus dibayar atas kecuaian itu . Sama halnya jika kehilangan telefon, data yang ada dalam telefon bimbit mungkin lebih berharga daripada telefon itu sendiri.


 Saat ini, telefon bimbit yang hilang dapat dikesan dengan teknologi GPS, seperti aplikasi " Find my iPhone " pada Apple. Jika telefon yang hilang boleh didapati dengan teknologi pengesanan, begitu juga dengan dompet .

 Ping Wallet , adalah dompet pintar dengan bentuk slim yang dilengkapi dengan teknologi anti- hilang , anti -kecurian dan kad teknologi peringatan.

 Setelah menyambung Ping ke iPhone atau telefon pintar Android menggunakan Bluetooth 4.0, dompet itu boleh didapati dengan menggunakan carian kedekatan ( proximity searches ) atau suara jika anda kehilangan dompet .

 Selain itu, Ping Wallet juga akan memberikan peringatan untuk mengingatkan anda untuk mengembalikan kad anda kembali ke dompet anda selepas digunakan .

 Jika aplikasi Ping dibuka di telefon anda , maka akan mengingatkan anda ketika kad anda belum ditempatkan kembali ke dompet . Untuk mengetahui lebih lanjut , sila periksa pada laman kempen di Kickstarter .








Thursday, September 12, 2013

Cara Baru! Mandi Tanpa Menggunakan Air

Mandi tanpa air? Bagaimana caranya? Bagi kita di negara-negara tropika mungkin kurang berguna, kecuali kalau di waktu malam, atau di tempat yang sejuk, atau bagi mereka yang tinggal di negara 4 musim (musim sejuk).

Seorang mahasiswa Afrika Selatan, Ludwick Marishane berjaya mencipta penemuan baru. Bahkan, hasil dari pemuannya itu diakui dunia antarabangsa.

Diilhamkan oleh seorang temannya yang terlalu malas untuk mandi dan beberapa bulan penyelidikan melalui internet, mahasiswa berusia 22 tahun di University of Cape Town itu mencari jel jernih yang berfungsi sebagai sabun dan air untuk membersihkan kulit.

"Ia malas dan ia pernah mengatakan,` kenapa tak ada orang yang mencipta sesuatu yang boleh diletakan di kulit dan orang itu tidak perlu mandi `," kata Marishane .Reuters.

Produk yang diberi nama DryBath itu membuatkan Marishane memenangi "2011 Global Student Enterpreneur of the Year Award" dan banyak diminati di Afrika, di mana kemudahan kesihatan asas terhad dan beratus-ratus juta penduduknya sukar mendapatkan air.

Produk itu berbeza daripada bahan cuci tangan antibakteria yang biasanya beraroma alkohol. Penemuan Marishane berupa selaput biodgradabel tidak beraroma bertidak sebagai pelembab.

Dia mendapatkan idea untuk membuat jel itu kerana rakanya di kampungnya yang ada di daerah pedalaman mengatakan bahawa mandi ketika musim sejuk sangat menyusahkan, dan jadi makin menyusahkan kerana tidak ada air panas.

Ia kemudian mencari maklumat untuk membuat formula yang dia inginkan dari Google dan Wikipedia menggunakan telefon bimbitnya. Dan enam bulan kemudian ia berjaya menemui formula DryBath dan mendapatkan paten untuk produk yang kini dibuat secara komersial.

Pelanggan utama produk itu adalah syarikat penerbangan global yang melakukan penerbangan jarak jauh serta kerajaan, untuk keperluan tentera.

Tuesday, September 10, 2013

Menarik ! Kereta Buatan Korea Selatan Boleh Dilipat-lipat




DAEJEON, Korea Selatan - Dengan hanya satu klik pada telefon pintar anda, kereta prototaip elektrik, Armadillo-T buatan Korea Selatan mampu memarkir dan melipatkan dirinya di ruang tempat letak kereta, sekali gus memberi lebih ruang di bandar-bandar yang sesak.

Kereta unik berkapasiti dua tempat duduk itu dinamakan sempena nama tenggiling.

Prototaip itu bagaimanapun mungkin tidak dikeluarkan. Ia dihasilkan sebagai sebahagian daripada trend pembangunan kenderaan mesra alam untuk kawasan bandar.

Kereta tersebut mampu bergerak sejauh 100 kilometer selepas dicaj selama 10 minit dan boleh memecut selaju 60 kilometer sejam.

Apabila hendak diparkir, bahagian hadapan Armadillo-T mampu melipatkan diri sehingga mencecah ukuran 1.65 meter.

"Kereta ini boleh diletakkan di setiap sudut di jalan raya dan bangunan sama ada pangsapuri, pusat beli-belah atau pasar raya," kata Profesor Suh In-soo dari Institut Sains dan Teknologi Lanjutan Korea yang mengetuai pembangunan kereta berkenaan.

In-soo menggantikan cermin sisi dengan beberapa buah kamera digital kecil yang memaparkan bahagian belakang dan sisi kereta.

Satu sistem komputer berasaskan aplikasi Windows akan berkomunikasi dengan telefon pintar pemandu. Ini membolehkan kereta unik itu meletakkan dirinya di tempat letak kereta yang disediaka
n