Showing posts with label Rakyatnews. Show all posts
Showing posts with label Rakyatnews. Show all posts

Wednesday, September 4, 2013

A.Samad Said Dikehendaki Polis


alt
KUALA LUMPUR 3 Spet - Aktivis politik A Samad Said dikehendaki polis bagi membantu siasatan berhubung isu pengibaran bendera Sang Saka Malaysa pada ambang kemerdekaan baru-baru ini.

Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Ibrahim berkata, dua lagi aktivis politik, Hishamuddin Rais dan Adam Adli kini berada dalam tahanan polis atas dakwaan sama.

Pada malam 30 Ogos lalu, Rakyatnews menyiarkan video di laman Youtube memaparkan ketiga-tiga aktivis tersebut mengibarkan bendera Sang Saka Malaya di Dataran Merdeka sambil melaungkan Jalur Gemilang bukanlah bendera kebangsaan sebenar.

Dakwa mereka, jalur Gemilang adalah hasil ciplak daripada bendera Amerika Syarikat dan bendera Sang Saka Malaya merupakan bendera kebangsaan sebenar.

Menurut Khalid, kesemua yang ditahan akan disiasat mengikut Akta Hasutan.

Masterchef 'Batu Loncatan' Buat Syura


alt
 
Menjadi juara MasterChef Selebriti Malaysia Musim Kedua merupakan 'batu loncatan' buat penyanyi yang terkenal dengan lagu-lagu tradisional, Syura kerana mengembalikan ingatan peminat kepadanya.
 
Pemilik nama Zuraidah Badron, 27 tidak menafikan Masterchef menjadi batu loncatan kepadanya kerana membuatkan peminat kembali mengingatinya selepas lima tahun sunyi dalam bidang nyanyian.
 
"Setelah lima tahun senyap (dalam bidang nyanyian), kemudian saya sertai Masterchef dan ada rezeki di situ (menjadi juara), saya tak nafikan ia sebagai batu loncatan buat saya.
 
"Tak sia-sia saya sertai rancangan tersebut, selain dapat menyumbang kepada badan kebajikan yang saya wakili, saya mula dikenali semula," katanya kepada RakyatNews ketika ditemui pada Majlis Rumah Terbuka Raya Trio Lan Kristal, Siti Nordiana dan Syura di Restoran Makan Stesen di sini.
 
alt
 
Pada Masterchef Musim Kedua, Syura menewaskan Celina Khor apabila menu bertemakan ‘Sajian Sehangat Bintang’ ciptaannya berjaya memikat hati juri.
 
Dengan hasil kemenangannya itu, Syura menyumbang RM60,500 kepada badan kebajikan yang diwakilinya iaitu Pertubuhan Kebajikan Kanser Payudara Persekutuan.
 
Syura mengakui pada mulanya teragak-agak untuk menyertai rancangan tersebut, namun dia percaya, setiap ilmu yang diperolehi sepanjang rancangan itu berlangsung tidak mampu diperolehi di mana-mana.
 
"Pada mulanya, memang 50-50 nak sertai rancangan itu, tapi teruskan juga. Saya percaya ilmu yang saya dapat, tidak akan dapat di tempat lain,"  tambahnya.
 
Ditanya adakah beliau mendapat halangan daripada keluarga setelah kembali dikenali dan ingin mengaktifkan diri semula dalam bidang nyanyian, Syura berkata tidak pernah dihalang untuk meneruskan minatnya itu.
 
"Saya tak pernah dapat halangan dari mana-mana pihak sama ada dari keluarga, suami mahupun pihak mertua. Mereka semua memberi semangat dan sokongan dengan apa yang saya buat. Alhamdulillah," katanya.
 
Sebelum ini, Syura berkata bidang nyanyian masih kuat di hati dan jiwanya.
 
"Bidang nyanyian merupakan bidang yang paling saya minat dan saya masih sayangkan bidang ini," katanya.

Mustapa : Rakyat Diminta Bersabar Kenaikan Harga Minyak


alt
 
NANNING 3 Sept - Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed meminta rakyat supaya bersabar dan memahami bahawa tindakan kerajaan mengurangkan subsidi bertujuan mengelak kesan yang lebih buruk atau "meletup" pada masa depan.
 
"Rakyat kena bersabar dan faham apa yang kita buat, semuanya semata-mata untuk kebaikan rakyat dan kerajaan. Kalau kita teruskan (subsidi), akan bagi kesan yang lebih serius kepada negara," katanya.
 
Beliau berkata, kerajaan memberi subsidi untuk barangan keperluan seperti tepung, minyak masak, tong gas dan sebagainya, namun kerajaan mesti mengawal defisit yang boleh menjejaskan penarafan kredit Malaysia.
 
"Apabila defisit kita bertambah, penarafan kita menurun, persepsi negara negatif, dan ini akan menjejas pelaburan masa depan dan menyusahkan cucu-cicit kita," kata Mustapa pada sidang media selepas perbincangan dengan peserta pameran Malaysia pada Ekspo China-Asean ke-10 (CAEXPO).
 
Semalam, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan kenaikan harga petrol RON95 dan diesel sebanyak 20 sen seliter berkuat kuasa pada Selasa.
 
Mustapa berharap tindakan mengurangkan subsidi ini tidak memberi kesan yang terlalu besar kepada rakyat.
 
"Kita akan mengurangkannya secara perlahan-lahan," katanya.
 
Beliau berkata, kerajaan membelanjakan RM20 bilion setahun ke atas subsidi minyak dan gas, yang merupakan angka yang besar.
 
"Kita bukannya tak boleh beri subsidi... kerajaan akan terus bagi subsidi, namun jumlahnya kena dikawal," katanya.
 
Pada Julai, agensi penarafan dunia Fitch Ratings menyemak unjuran penarafan kredit Malaysia daripada stabil kepada negatif.- Bernama

Mahkamah Tinggi Benarkan Syabas Ubah Tarif Air


alt
KUALA LUMPUR 3 Sept - Mahkamah Tinggi membenarkan Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (Syabas) untuk mebuat perubahan terhadap tarif air dibawah Perjanjian Konsesi.

Penasihat Kewangan Syabas Thein Kwee Sim berkata, perubahan tarif diperincikan secara tegas menurut tatacara dan formula yang diberikan menerusi Perjanjian Konsesi.

"Dibawah perjanjian Konsesi, harga yang dikenakan plaintif (Syabas) kepada pengguna untuk membekalkan air terawat layak untuk melakukan perubahan pada setiap perubahan tarikh tarif," katanya ketika membuat pengakuan di Mahkamah Tinggi pada perbicaraan saman Syabas terhadap Kerajaan Selangor, semalam.

Menurutnya lagi, menurut terma dibawah Perjanjian Konsesi, sekiranya Syabas ingin melakukan perubahan kepada tarifnya, Syabas perlu mengemukakan Dokumen Semakan mengikut tarikh perubahan tarif bagi menyokong permintaan meningkatkan harga air daripada tarif yang digazetkan kepada tarif yang dipersetujui.

"Defendan (Kerajaan Selangor) perlu membalas Dokumen Semakan dalam tempoh enam bulan dari tarikh menerima Dokumen Semakan.

"Klausa 11.3 Perjanjian Konsesi menyebut bahawa dalam hal pihak ketiga dan/atau defendan memutuskan untuk melaksanakan tarif yang lebih rendah daripada Tarif Dipersutujui atau menangguhkan pelaksanakan penggazetan Tarif Dipersutujui, maka defendan perlu membayar ganti rugi kepada plaintif bagi perbezaan antara Tarif Dipersutuji dan tarif lebih rendah yang dilaksanakan, atau kerugian perolehan kepada plaintif," katanya lagi.

Sola balas oleh Peguam Lua Ai Siew yang mewakili Syabas kepada anak guammnya di kamar Mahkamah samaada Kerajaan Selangor menyerahkan kembali dokumen atau membangkitkan apa-apa isu mengenai pelanggaran Perjanjian Konsesi kepada plaintif dalam tempoh enam bulan lalu, Thein membalas "Tidak."

"Tarif Dijanjikan adalah RM1.89 perkubik meter dan ia (Syabas) berhak mendapatkan RM1.05 bilion sebagai tarif gantirugi bagi tempoh dari 1 Jan 2009 hingga 31 Mac 2011 berdasarkan kadar yang ditetapkan," kata Lua.

Syabas memfailkan saman sivil terhadap Kerajaan Selangor pada 10 November 2011.

Perbicaraan persambung hari ini, diketuai oleh Komisioner Kehakiman Abu Bakar Jais.

Penunjuk Perasaan Maut Ditembak Di Thailand


alt
 
BANGKOK 3 Sept - Seorang penunjuk perasaan maut ditembak manakala seorang lagi cedera dalam insiden serangan di wilayah Nakhon Si Thammarat, kelmarin.
 
Memetik laporan AFP, Gabenor Viroj Jiravarungsan berkata,  polis gagal memasuki lokasi kejadian kerana dihalang kira-kira 300 penunjuk perasaan yang nekad melakukan protes kerana membantah keengganan kerajaan menaikkan harga getah sejak 23 Ogos lalu.
 
"Insiden serangan tersebut seperti sengaja mahu meningkatkan ketegangan kerana sebelum ini, kerajaan telah memberi arahan jelas bahawa tiada tindakan kekerasan akan digunakan terhadap kumpulan terbabit.
 
"Namun, kumpulan penunjuk perasaan itu terus berdegil," jelasnya.
 
Difahamkan, golongan petani tersebut menggesa tunjuk perasaan diadakan di Bangkok pada hari ini selepas kerajaan menolak tuntutan untuk menaikkan harga getah kepada 120 baht (RM12) sekilogram.

Tuesday, September 3, 2013

Mesir bakal Ubah Perlembagaan


alt

KAHERAH 2 Sept. - Pemangku Presiden Mesir, Adly Mansour mengumumkan senarai 50 ahli panel untuk mengkaji semula perlembagaan tetapi tanpa wakil Ikhwanul Muslimin yang enggan mengambil bahagian.

Jurucakap Mansour, Ehab al-Badaoui berkata, nama 50 ahli panel itu diumumkan pada sidang akhbar di Kaherah.

Draf perlembagaan ketika di bawah pemerintahan Morsi diluluskan pada Disember 2012 oleh perwakilan seramai 33 peratus.
 
alt

Sementara itu, tentera Mesir telah merobohkan 13 buah rumah di sepanjang sempadan Semenanjung Gaza bertujuan untuk membina zon penampan bagi mengurangkan penyeludupan senjata dan kemasukan anggota militan secara haram .

Pegawai Kerajaan Sinai Utara berkata, tentera membayangkan kewujudan zon penampan tanpa sebarang pokok sejauh 500 meter lebar dan 10 kilometer panjang bermula di sempadan Rafah.

Tambahnya, pihak tentera turut merobohkan rumah-rumah yang mempunya terowong bawah tanah sejak 10 hari lalu dalam usaha melaksanakan idea tersebut. Foto - AFP

KLCI Jatuh 0.38 Peratus Pada Awal Dagangan September


alt
KUALA LUMPUR 3 Sept - FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) merudum 6.56 mata kepada 1,721.02 mata pada awal dagangan pasaran mewah September.

164 kaunter rugi mengatasi 80 untung manakala 123 kaunter lain diniagakan tidak berubah dengan 91.11 juta saham bertukar tangan setakat jam 9.15 pagi tadi dengan nilai keseluruhan bernilai RM39.55 juta.

Tan Chong, Lafarge Malaysia, BAt, MAHB, POSK Properties, Genting Malaysia, KLFG dan AFG mendahului kaunter rugi.

Analisa pasaran BIMB Securities Research hari ini mendapati kebanyakan pelabur masih menanti keputusan mesyuarat FOMC dalam tempoh 2 minggu.

Jelas badan penyelidikan tersebut, pelabur juga akan mencari peluang data pelaburan serta pembangunan di Syria.

Jumaat lalu, Wall Street mengakhiri dagangan Ogos dengan lemah selepas indexnya jatuh 31 mata kepada 14,810 ekoran krisis serangan yang berlaku di negara Timur Tengah.

Sementara itu, pasaran Asian berada di tahap memberangsangkan ekoran kebanyakan keunter mengakhiri dagangan sedikit tinggi pada penghujung bulan lalu.

Menurut BIMB, FBM KLCI melonjak 23.8 mata kepada 1,727.58 ekoran sokongan daripada institusi tempatan

Isu Harga Minyak : PKR Dakwa Kerajaan Gagal Urus Ekonomi


alt

DAMANSARA 3 Sept. - Parti Keadilan Rakyat(PKR) menganggap keputusan kerajaan mengurangkan subsidi minyak petrol sebagai satu kegagalan menguruskan ekonomi dengan baik dan memberi implikasi membebankan rakyat.

Pengarah Strategik PKR, Rafizi Ramli berkata, kegagalan tersebut mengakibatkan hutang negara semakin meningkat selain tidak mencapai sasaran pertumbuhan ekonomi sejak 15 tahun lalu.

"Kenaikan ini membebankan rakyat dan dijadikan alasan untuk kerajaan menutup kegagalan mengurus ekonomi dengan baik," katanya kepada pemberita pada Sidang Media di Ibu Pejabat PKR di sini hari ini.

Rafizi menjelaskan, kerajaan tidak sepatutnya mengurangkan subsidi petrol tetapi perlu bertindak memotong subsidi korporat yang diberikan melalui subsidi gas kepada industri dan penjana bebas.

Katanya, kerajaan sepatutnya melakukan kajian secara terperinci dan tidak mengambil jalan mudah dengan mengurangkan subsidi yang akan memberi kesan kepada rakyat.
 
alt

"Tindakan menaikkan harga minyak petrol dan diesel tidak mampu memperbaiki keadaan ekonomi negara.

"Belanja subsidi lain lebih besar dan subsidi korporat wajar dipotong dahulu sebelum subsidi rakyat," katanya

Menurut beliau, tindakan kerajaan menaikkan harga petrol ketika pola carta harga minyak mentah mencatatkan penurunan juga dianggap mengejutkan.

Semalam, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan kenaikan harga petrol RON95 dan diesel sebanyak 20 sen seliter, berkuat kuasa pada 12 tengah malam 3 September.

Kerajaan memperuntukkan RM24.8 bilion untuk subsidi bahan api setahun dengan kadar subsidi sebanyak 83 sen bagi seliter petrol dan RM1 untuk seliter diesel.

Penjelasan PM Isu Kenaikan Harga Minyak


alt

PUTRAJAYA, 3 Sept - Kenaikan harga minyak merupakan satu proses pengukuhan ekonomi bagi jangka pendek dan sederhana, yang akhirnya bertujuan memberi kesan positif kepada kesejahteraan rakyat.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, sekiranya ekonomi negara terjejas, ia akan mendatangkan kesan buruk kepada rakyat sepertimana keadaan di sesetengah negara luar yang menerima kesan amat berat apabila mereka gagal menangani ekonomi mereka dengan baik.

"Komitmen kerajaan untuk melaksanakan konsolidasi fiskal akan diteruskan bagi mencapai sasaran defisit fiskal dalam lingkungan tiga peratus kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) pada 2015 dan belanjawan berimbang menjelang 2020.

"Kita mesti faham ini bukan soal politik, tapi soal masa depan negara, kalau ekonomi terjejas ia akan datangkan kesan buruk kepada rakyat," katanya kepada pemberita pada persidangan media di bangunan Perdana Putra di sini malam tadi.

Beliau yang juga Menteri Kewangan berkata merujuk kepada kenaikan harga RON95 dan diesel sebanyak 20 sen seliter yang diumumkannya berkuatkuasa hari ini.

Katanya, proses rasionalisasi subsidi sememangnya merupakan sebahagian daripada dasar kerajaan yang dimuktamadkan, namun kerajaan bertekad untuk melaksanakan secara berperingkat-peringkat bagi memastikan kesannya tidak membebankan.

"Kita nak tentukan bahawa kesan yang merupakan bebanan kepada rakyat ini, kita pastikan di tahap paling minimum dan kita akan besarkan lagi jaringan keselamatan sosial, seperti yang saya katakan tadi, termasuk kenaikan kadar pemberian Bantuan Rakyat 1Malaysia BR1M," katanya.

Najib juga menegaskan, kerajaan berusaha agar kesan kenaikan itu tidak membebankan rakyat, dan menurutnya jumlah kenaikan kadar BR1M akan diumumkan dalam ucapan Belanjawan 2014 nanti.

Tambahnya, kenaikan harga bahan api itu akan memberi kesan minimum dan seterusnya beliau berharap agar para peniaga tidak mengambil peluang ini untuk menaikkan harga barang tanpa mengambil kira kepentingan rakyat.

Siasatan Kematian Pegawai Kastam Temui Tanda Positif


alt

KUALA LUMPUR 28 Ogos - Polis mendapat beberapa petunjuk positif dalam siasatan terhadap kes pembunuhan Timbalan Ketua Pengarah Kastam, Datuk Shaharuddin Ibrahim pada 26 April lalu di Putrajaya.

Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Mohmad Salleh berkata, pihaknya masih menjalankan siasatan terperinci dan mendapat beberapa petunjuk positif berhubung kes itu.

"Hasil siasatan polis setakat ini menunjukkan perkembangan positif dan saya tidak boleh memberitahu apakah siasatan yang kami lakukan secara terbuka," katanya kepada pemberita di Ibu Pejabat Polis Daerah Sentul di sini, hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas laporan sebuah portal berita yang memetik anak lelaki mangsa, Mohd Akhtar mendakwa beliau kecewa dengan layanan dingin diberikan polis ke atas siasatan kes bapanya yang masih belum mendapat sebarang keputusan.

Pada April lalu, Shaharuddin mati ditembak ketika dalam perjalanan ke pejabatnya di Putrajaya.

Dua lelaki bermotosikal melepaskan tiga das tembakan ketika kenderaan yang dinaiki Shaharuddin berhenti di persimpangan lampu isyarat dari Lebuh Sentosa ke Lebuh Wawasan pada pukul 8.15 pagi.