Showing posts with label Resepi. Show all posts
Showing posts with label Resepi. Show all posts

Sunday, September 15, 2013

Petua Dan Cara-cara Tanak Nasi Dengan Betul

Sukatan air dan beras
Sukatan air hanya perlu disukat menggunakan ruas jari. Sebenarnya setelah beras dibasuh dan diletak air, anda hanya perlu meletakkan jari telunjuk atau hantu anda di atas permukaan beras.
Sukat air sehingga mencecah ruas jari pertama anda dan ia menandakan sukatan airnya sudah mencukupi. Pasti nasi yang ditanak peroi dan elok masaknya.
Anda boleh juga menggunakan sukatan cawan, jika satu cawan beras yang digunakan adalah bersamaan dengan 1¼ cawan untuk airnya. Sekiranya anda menanak nasi yang banyak, saya lebih suka mencadangkan anda menyukat dengan sukatan cawan.
Sukatan air dengan jari hanya bersesuaian untuk kuantiti beras yang sedikit. Berbeza pula dengan beras beriani sukatan airnya adalah bersamaan dengan sukatan beras. Sekiranya 1 cawan mangkuk beras adalah bersamaan 1 mangkuk sukatan air juga.
Nasi peroi
Anda perlu mengikut sukatan air yang betul dan sekiranya nasi itu telah kering biarkan seketika beberapa minit. Kemudian, buka tudung periuk dan kais serta gembur beras itu.
Gembur nasi itu seketika sahaja kerana khuatir nasi akan hancur pula nanti. Cara ini akan mengurangkan lekatan pada nasi di dalam periuk apabila ia mengeras nanti jadi nasi akan peroi selepas masak.
Tutup semula dan biarkan lebih kurang 10 minit dan anda akan dapati nasi itu kering dengan elok dan bolehlah disenduk untuk dimakan.
Tip nasi tidak cepat basi
Pastikan beras dibasuh bersih dan airnya hampir jernih. Ini akan melambatkan nasi menjadi cepat basi. Orang tua-tua pernah berpesan kepada saya jika beras yang dicuci tiga kali ia lebih bersih. Jika ada lebihan nasi yang tidak habis dimakan, simpanlah nasi di dalam peti sejuk kerana lebihan itu boleh dicampur kembali apabila menanak nasi nanti.
Lebihan nasi yang disimpan juga boleh digunakan untuk membuat nasi goreng tetapi nasi itu tidak terlalu lembik kerana nasi yang terlalu lembik tidak sesuai untuk dibuat nasi goreng.
SELAMAT MENCUBA!




Cara-cara petua