Showing posts with label Kereta Mewah. Show all posts
Showing posts with label Kereta Mewah. Show all posts

Monday, October 7, 2013

Menantu Liat Bayar Hutang' Mertua letak Kereta Atas Bumbung



Kerana kesal, seorang ibu di Lishui , Zhejiang , China , rela menyewa sebuah kren hanya untuk menyimpan kereta Audi sedan milik menantunya di loteng rumah .

Bukan tanpa alasan, Wang Qin sewa kren. Sebab, suami anaknya tersebut tidak mengembalikan wang yang telah dipinjamnya.

Langkah ekstrem ini sengaja dilakukan Wang, kerana dia bosan menunggu anak menantunya yang tak kunjung membayar hutang.

Menurut Wang, dia telah meminjamkan kepada menantunya hampir setengah juta yuan. Ketika ingin meminjam, si menantu mengaku memerlukan wang untuk melabur kerana sedang menjalankan perniagaan.

Setelah dipinjamkan, Wang mula mencium gelagat aneh dari menantunya. Dia cuba mengelak dan menunduk ketika di minta.

Keana lama tidak membayar, ia merampas Audi menantunya sebagai barang jaminan. Namun, kerana pinjaman yang tak kunjung dibayar, Wang diam-diam menyewa sebuah kereta Crane untuk mengangkat kereta buatan Jerman itu dari kaki lima ke atap rumah.

Friday, September 20, 2013

Lelaki Ini Hancurkan Kereta Mewah BMW Kerana Bengang


Seorang pemilik BMW M6, memusnahkan kereta mewahnya di depan tempat penyelenggaran Frankfurt Motor Show 2013. pekara ini dilakukan, kerana pemilik ini kesal dengan layanan terhadap keretanya.

Dengan menggunakan kapak dan tukul, pemilik "Hadi Pourmohseni" yang dibantu oleh kawannya Kumpel Thomas Brunner menghancurkan seluruh bahagian kereta mewah Jerman tersebut. Demikian dipetik dari Worldcarfans, (18/9/2013).

Aksi protes yang dilakukan lelaki dari Itali ini menjadi tontonan awan. Pemilik memang dengan sengaja menghancurkan kereta miliknya, sebagai bentuk protes terhadap BMW kerana telah menolak perbaikan atas kerosakan keretanya tersebut.

Perniaga kelahiran Iran ini pada awalnya membeli BMW M6 dari sebuah diler BMW di Itali. Tidak lama selepas pembelian, Hadi merasakan kerosakan serius pada keretanya dan telah membawa kereta mewahnya tersebut ke pusat service BMW di Itali sebanyak 10 kali, namun kerosakan pada keretanya tidak dapat diselesaikan.

Pemilik mengatakan aksi protesnya ini tidak akan berhenti di Frankfurt saja. Kereta yang telah dihancurkan ini akan kembali diperbaikinya dan akan kembali melakukan aksi gilanya ini di depan bangunan parlimen Jerman, agar BMW benar-benar mendengar keluhannya.