Showing posts with label Malaysia. Show all posts
Showing posts with label Malaysia. Show all posts

Saturday, February 15, 2014

tasha shila sambut besday



tasha Shilla memang seringkali dikaitkan dengan ramai lelaki di luar sana. Kalau dulu pemain bola sepak kebangsaan, Mahali Jasuli dikatakan bercinta dengannya, kini seorang peninju Muay Thai pula dikatakan mempunyai hubungan dengan si cantik manis ini. Menariknya kali ini Tasha Shilla tidak segan silu berkongsi gambar dengan si peninju yang bernama Hans ini menerusi akaun Instagramnya.

Malah ketika menjalani penggambaran di Korea baru-baru ini, Tasha Shilla telah berkongsi gambar di bawah dengan caption yang menampakkan sedikit kejiwangan. Adakah Tasha Shilla memang benar-benar bercinta dengan Hans atau sekadar teman tapi mesra? Caption yang ditulis ialah:-
Sometimes the people who are thousands of miles away from you can make you feel better then people right beside u

Di dalam gambar sambutan hari jadinya baru-baru ini juga, Hans hadir dan kelihatan sangat mesra dengan Tasha Shilla. Malah ketika mengikuti aktiviti senaman di taman KLCC, lelaki ini turut dipeluk mesra oleh Tasha. Nampak gaya memang mereka berdua dalam fasa percintaan. Sama-samalah kita nantikan pengakuan. Lagi beberapa gambar dengan membaca artikel ini sepenuhnya.




















Sunday, February 2, 2014

Ibu Tunggal ‘diratah’ anak saudara



Kuala Lumpur: Seorang ibu tunggal berusia 46 tahun mendakwa menjadi mangsa nafsu buas anak saudara lelakinya sendiri berusia 22 tahun dalam kejadian di sebuah rumah di ibu negara, kelmarin.

Lebih mengejutkan, suspek turut membawa rakannya untuk merogol mangsa selain merakam gambar bogel mangsa untuk simpanannya serta mengugut mangsa untuk terus melayan nafsunya jika tidak mahu gambar bogel berkenaan disebarkan.

Menceritakan semula kejadian malang itu, mangsa dikenali sebagai Siti, seorang pekerja am berkata, dia tinggal serumah dengan anak saudaranya itu sejak kematian suami dua tahun lalu tidak pernah menyangka anak saudaranya itu tergamak melakukan perbuatan itu terhadapnya.

Menurutnya, anak saudaranya itu dipelihara seperti anak sendiri.

“Bagaimanapun, minggu lalu, saya menemui klip video lucah dalam telefon bimbitnya dan apabila ditegur dia marah kepada saya sebelum hanya mendiamkan diri selepas itu.

“Kelmarin, ketika kami berdua sedang menonton televisyen di rumah, dia yang baru pulang selepas melepak bersama rakan-rakannya tiba-tiba meminta maaf dengan saya atas kelakuannya tempoh hari sebelum membawa air minuman berkarbonat untuk saya,” katanya.

Katanya, selepas meminum air yang diberikan anak saudaranya itu, tiba-tiba dia berasa pening sebelum tidak sedarkan diri dan apabila tersedar selepas beberapa jam selepas itu mendapati dirinya berada di sebuah rumah lain dan lebih mengejutkan, dia turut tidur bersama anak saudaranya serta rakan lelakinya.

“Ketika itu, baru saya sedar menjadi mangsa nafsu buas kedua-dua lelaki itu dan apabila saya memarahinya, dia menunjukkan gambar bogel saya yang dirakam ketika saya dalam keadaan tidak sedarkan diri.

“Dia turut mengugut saya supaya melayan nafsunya lagi jika tidak mahu dicederakan dan bimbang dengan keselamatan diri, saya membuat aduan di Balai Polis Salak Selatan,” katanya.

Sumber: Harian Metro

Bala ilmu penunduk



Kuala Lumpur: Bimbang suami ingin berkahwin lain atau lebih mengambil berat terhadap ibu kandung, dua wanita ini sanggup melakukan amalan syirik dengan menggunakan sihir atau ilmu penunduk menggunakan benda kotor dan jampi serapah untuk menjinakkan suami.

Jumma, 38, berbuat demikian kerana suaminya mahu berkahwin dengan seorang janda berikutan belum dikurniakan anak selepas lapan tahun mendirikan rumah tangga, manakala Ani, 45, menggunakan ilmu penunduk terhadap suami kerana cemburukan ibu mentuanya sendiri.

Kedua-dua wanita itu adalah contoh segelintir golongan isteri di negara ini yang sanggup menyihir suami demi kepentingan diri. Agama diketepikan asalkan suami ikut telunjuk hasil bantuan elemen syirik.

Diuji tanpa zuriat selepas lapan tahun mendirikan rumah tangga, wanita ini tergamak menggunakan benda kotor termasuk kain kafan bagi mengelap peluhnya sebagai antara ramuan ilmu penunduk bagi menjinakkan suaminya yang hangat bercinta dengan seorang janda muda.
BEKAS minyak air mata duyung yang sudah dimasukkan gumpalan rambut suami, kain kafan, minyak air mata duyung dan jarum.
Bahan itu kemudian dicampur minyak air mata duyung, jarum serta rambut suami untuk dijadikan minyak guna-guna oleh seorang bomoh di Malaysia Timur yang diupah Jumma, 38, bertujuan mengembalikan kebahagiaan rumah tangganya.




Dapatkan akhbar Metro Ahad untuk berita selanjutnya.

Kamera dalam tandas kakitangan wanita Hospital Bentong angkara siapa?



 Gambar hiasan. Image: Google
Kuantan: Tindakan tidak bertanggungjawab pihak yang meletakkan tiga kamera tersembunyi berbentuk penyangkut baju dan kotak hitam berukuran kira-kira 10 sentimeter di tandas kakitangan wanita Hospital Bentong, baru-baru ini, berkemungkinan didalangi orang dalam.

Pengarah Kesihatan Negeri Datuk Dr Norhizan Ismail berkata, tandas berkenaan yang berada di bahagian unit rawatan kecemasan hanya boleh digunakan oleh kakitangan hospital saja malah orang awam tidak dibenarkan sama sekali memasukinya bagi mengelak kesesakan atau mengganggu privasi doktor atau jururawat yang bertugas.


Katanya, perbuatan meletakkan kamera di bawah sinki dan berbentuk penyangkut baju disedari apabila seorang kakitangan wanita hospital ternampak cahaya merah seolah-olah sedang merakam gambar.

“Kita tidak menolak ada pembabitan daripada orang dalam berikutan tandas itu hanya boleh digunakan oleh kakitangan wanita saja manakala orang awam tidak dibenarkan.


“Kami menyerahkan kepada polis untuk melakukan siasatan terperinci dan sekiranya didapati ada kakitangan hospital berkenaan terbabit, pihak kami akan mengambil tindakan tegas,” katanya, ketika dihubungi di sini, semalam.


Sebelum ini, seorang kakitangan hospital berkenaan menjumpai tiga kamera tersembunyi berbentuk penyangkut baju dan kotak hitam berukuran kira-kira 10 Sentimeter di tandas kakitangan wanita sekali gus mengundang pelbagai persoalan masyarakat seterusnya menjadi perbualan hangat di laman sosial.

Antara pihak yang menyebarkan perkara itu adalah badan pemantau jenayah, MyWatch, menerusi twitternya turut berkongsi gambar yang dimuat naik seorang individu dipercayai kakitangan hospital itu menerusi akaun Facebooknya.

Sumber: Harian Metro

Tuesday, September 17, 2013

10 GAMBAR MENARIK ERRA FAZIRA YANG ‘SOLO’

erra-Fazira
Cantikkan Kak Erra, posing macam mana pun tetap cantik, ni gambar yang kak Erra kongsikan menerusi laman sosial instagram miliknya.Gambar yang kat bawah ni,gambar kak Erra berdekatan perahu romantik yang digelar Gondola di Venetian Canals, Venice, Itali.
Gondola.. Romantic tapi tak sempat naik.. Save it for the “real moment”.. ;) kata kak Erra.
Peminat kak Erra Jom kita layan gambar solo kak erra yang cantik tauu..Enjoice!!!
erra-Fazira1
erra-Fazira2
erra-Fazira3
erra-Fazira4
erra-Fazira5
erra-Fazira6
erra-Fazira7
erra-Fazira8
erra-Fazira9

KEK KAHWIN PALING POWER DI MALAYSIA


Ini memang kek majlis pernikahan melayu paling epik! Kalah Epic Meal Time. Kami suspek pengantin lelaki adalah tauke burger atau brader kedai burger jalan yang awesome! Malaysia boleh! 


Sunday, September 15, 2013

Biadap!!Cubaan Meragut Dan Mencabul Ketika Solat Di Masjid



Biadap!!Cubaan Meragut Dan Mencabul Ketika Solat Di Masjid | KUALA TERENGGANU - Sebelum ini, kita hanya mendengar duit tabung masjid dicuri, beg tangan dan barang berharga milik jemaah dilarikan ketika sedang solat, tetapi kejadian berbeza dialami seorang jemaah wanita di sebuah masjid di Chendering, di sini.

Dalam kejadian Sabtu lalu, kira-kira jam 8.40 malam, ibu empat anak itu nyaris menjadi mangsa ragut oleh penjenayah yang menutup muka dengan tuala ketika sedang menunaikan solat Isyak berjemaah di masjid berkenaan.

Menurutnya yang hanya mahu dikenali sebagai Kak Ani, 52, ketika kejadian, dia bersama tujuh lagi jemaah wanita sedang bersolat di ruang solat tingkat bawah, manakala jemaah lelaki di ruang solat tingkat atas masjid.

“Disebabkan jemaah tidak ramai, jadi kami hanya membuat satu saf sahaja dan saya mengambil tempat di kedudukan paling tengah.

“Semasa kejadian, imam sedang membaca surah al-Fatihah untuk rakaat kedua. Ketika sedang khusyuk itu, tiba-tiba bahu saya sebelah kiri dicengkam dengan kuat sebelum leher diraba oleh penjenayah yang muncul dari arah belakang,” katanya ketika ditemui di rumahnya di Taman Permint Jaya, Chendering, di sini, semalam.

Kak Ani berkata, terkejut dengan situasi itu, dia terus memalingkan muka dan mendapati seorang lelaki bertubuh sasa yang menutup muka dengan sehelai tuala berdiri di belakangnya.

“Saya menjerit sekuat hati kerana terkejut dan disebabkan jeritan saya itu, semua jemaah wanita terpaksa memberhentikan solat untuk membantu.

“Malah dua daripada mereka bertindak berani cuba mengejar penjenayah terbabit  tetapi gagal,” katanya.

Jelasnya lagi, penjenayah yang mengenakan baju T dan berseluar jeans itu mungkin bukan sahaja berhasrat hendak meragut rantai leher dipakainya, tetapi turut mempunyai niat mengambil kesempatan untuk mencabul.

“Ini kerana, ketika dia mencengkam bahu, perbuatan awalnya lebih kepada meraba dada sebelum bertindak menarik rantai di leher.

“Tetapi apa yang saya musykilkan, bagaimana penjenayah itu tahu saya memakai rantai sedangkan semasa pergi ke masjid, saya terus memakai telekung sembahyang dan sememangnya tidak akan nampak barang kemas dipakai,” katanya.

Menurutnya lagi, walaupun insiden itu sudah berlalu beberapa hari, namun dia masih trauma.

“Setiap kali hendak solat, saya merasakan seperti ada orang di belakang walaupun hanya solat di rumah.

“Selepas kejadian, saya masih tidak berani  ke masjid dan insyaALLAH, selepas semangat saya pulih dalam beberapa hari nanti, saya pasti akan menjadi salah seorang jemaah di masjid itu lagi,” katanya.- Kredit

Gempar!!Pelajar Bersalin Di Dalam Bilik Asrama!!



Gempar!!Pelajar Bersalin Di Dalam Bilik Asrama!!

Apa nak jadila dengan anak muda sekarang.Budak-budak sekolah pun dah pandai.Apakah yang terjadi sebenarnya?Siapa yang patut dipersalahkan??

SETIU - Guru dan pelajar sebuah sekolah menengah di daerah ini gempar apabila seorang pelajar dipercayai bersalin di dalam bilik asrama sekolah berkenaan, pagi kelmarin.

Ketua Polis Daerah Setiu, Deputi Superintendan Ab Rahman Raja Mohamed berkata, kehadiran bayi lelaki itu disedari penyelia asrama kira-kira jam 8 pagi di dalam sebuah bilik asrama perempuan sekolah berkenaan.

Menurutnya, ketika melakukan pemeriksaan di dalam sebuah bilik, penyelia itu terkejut apabila mendapati seorang pelajar perempuan berusia 18 tahun terbaring lesu bersama bayi yang masih bertali pusat.

"Penyelia itu segera memaklumkan kejadian berkenaan kepada pengurusan sekolah, sebelum kedua-duanya dihantar ke Hospital Setiu untuk mendapatkan rawatan.

"Ketika ditemui, bayi lelaki dalam keadaan sempurna itu masih bernyawa, tetapi mengalami kecacatan otak dan keadaannya ketika itu agak lemah sebelum dirujuk ke Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ), Kuala Terengganu dan tiba di HSNZ kira-kira jam 1.15 petang untuk rawatan lanjut," katanya.

Ab Rahman berkata lagi, bagaimanapun bayi malang itu disahkan meninggal dunia kira-kira jam 1.40 petang kerana kecacatan tersebut.

Menurutnya, pemeriksaan lanjut mendapati tiada unsur jenayah atau kecederaan akibat dera pada bayi itu sebelum mayatnya diserahkan kepada keluarga untuk urusan pengebumian.

Katanya, ibu bayi itu masih dirawat di Hospital Setiu dan pihaknya akan mengambil keterangannya sebaik pulih bagi membantu siasatan.

"Ibu bapa pelajar terbabit sudah dimaklumkan mengenai kejadian ini. Buat masa ini, kes disiasat mengikut Seksyen 318 Kanun Keseksaan kerana menyembunyikan kelahiran dengan jalan membuang mayat secara sulit," katanya.

Difahamkan, pelajar terbabit amat sedih dengan berita kematian anaknya selepas polis memaklumkan bayinya tidak dapat diselamatkan dan dia mengandung dipercayai hasil hubungan sulit dengan teman lelakinya.


Sumber