Showing posts with label Harimau. Show all posts

Tuesday, October 1, 2013

Pengunjung zoo lawan tarik tali dengan harimau

Daily Mail

Hunan: Gambar perlawanan tarik tali antara pengunjung zoo dengan harimau Amur di Zoo Changsha Ecological di Hunan yang tersebar di Internet mencetus kemarahan orang ramai, lapor berita China.

Acara berkenaan diadakan sebagai percubaan sebelum perlawanan sebenar diadakan di zoo itu sempena Hari Kebangsaan China.

Seekor ayam dletakkan dalam guni diikat pada hujung tali sebagai umpan menarik perhatian harimau itu. Beberapa peserta kemudian menarik tali itu dari sebalik cermin kaca apabila menyaksikan guni itu diterkam haiwan berkenaan.

Mengikut laporan media, satu kumpulan daripada tujuh peserta terdiri daripada pengunjung zoo ditewaskan harimau berusia empat tahun itu.

Menurut jurucakap zoo, acara berkenaan bertujuan membantu haiwan terbabit bergerak aktif dan mengelak daripada sakit disebabkan pergerakan yang terbatas dalam kandang.

Pertunjukan menggunakan haiwan adalah dilarang mengikut undang-undang 2010, tetapi zoo termasuk Taman Haiwan Liar milik Shanghai kerap melanggar peraturan itu.

MyMetro

Monday, September 16, 2013

Liger! Kacukan Harimau Dan Singa Paling Besar Di Dunia

Seekor liger bernama Hercules dicatat di dalam buku rekod Guinness sebagai liger terbesar di dunia dengan berat badan hampir setengah tan atau 418 kilogram.Hercules yang kini hidup di taman safari Mytle Beach Carolina Selatan AS mempunyai tubuh sepanjang 332 sentimeter dan hampir setinggi bahu manusia ketika berjalan. Hercules ini adalah seekor liger besar kacukan singa dan harimau. Pengumuman Guinness World Record ini diterbitkan Kamis (12/9/2013) seperti dipetik dari The State.

Pemilik 'Mytle Beach, Bhagavan "Doc" Antle adalah pencinta haiwan dan pengumpul dana untuk kelestarian haiwan luar biasa (www.rarespeciesfund.org) yang ditubuhkan pada 1982. Hercules telah beberapa kali dibawa mengelilinggi dunia demi dana untuk institusi yang ditubuhkan Antle.

Species Liger yang tidak ada di alam liar, boleh membesar dua kali saiz induknya dan mempunyai lebih berat dari harimau atau singa. Hercules punya kebiasaan berdiam diri jika dia tidak bersetuju atas perintah yang diberikan padanya.