
Bukan
saja mencipta sejarah baru, Eravaganza yang dianjurkan pada 31 Ogos
lepas telah meninggalkan memori indah buat artis yang terlibat.
Sebagai portal rasmi Eravaganza, murai.com.my berkongsi corat-coret
yang berlaku sebelum dan selepas Eravaganza yang berlangsung di Stadium
Hang Jebat, Melaka.
Lebih istimewa lagi, video travelog
murai.com.my juga akan disiarkan di Murai TV pada minggu ini yang mana
ia merangkumi detik-detik persiapan selebriti bermain bola sehinggalah
ke penghujung konsert Eravaganza.
Berikut adalah corat-coret Eravaganza:
1. Sepanjang berada di Ayer Keroh, Melaka, pihak media telah dihidangkan dengan menu masakan asam pedas.
2. Sejak dari Hotel lagi, Soo Winci telah bersemangat dengan memakai
pakaian sukan lengkap stokin panjang berkasut bola Adidas F50 berwarna
hijau. Semua orang tengok kakinya yang putih gebu dengan sinari warna
hijau cerah itu.
3. Jersi hijau semasa perlawanan yang dipakai
Era FC, sebenar jersi pemanas badan. Jersi sepatutnya kebetulan sama
warna dengan Arena All-Stars iaitu warna kuning.
4. Secara kebetulan Ultras Melaka telah hadir menyokong ERA FC kerana persamaan warna jersi.
5. Legenda bola sepak negara, Dato' Soh Chin Aun masih cergas lagi
untuk beraksi sepanjang 25 minit separuh masa kedua walaupun pada usia
63 tahun.
6. Sebilangan orang Melaka menyifatkan Eravaganza
telah mencipta satu sejarah baru apabila mampu dipenuhi hampir separuh
ruang kerusi di Stadium Hang Jebat berbanding perlawanan yang melibat
pasukan Melaka.
7. Ketika Soo Winci diberi tugas menjadi
penjaga gol bagi sesi bersama peminat, ramai lelaki terlopong dan kagum
melihat keberaniannya itu.
8. Selain artis yang terlibat,
peminat juga berpusu-pusu untuk bergambar bersama pemain Harimau Muda
iaitu Irfan Fazail dan Izham Tarmizi.
9. Selepas tamat
perlawanan, beberapa wakil pengurusan artis tersipu-sipu malu dalam
bilik persalinan kerana melihat pemain negara yang selamba buka baju di
hadapannya memandangkan tidak biasa dengan keadaan tersebut.
10.Tempat Azrul Raja Lawak yang sepatutnya bermain dalam pasukan Arena All-Star digantikan pada saat akhir oleh Ajak Shiro.
11.Mungkin ramai tidak tahu, pada mulanya Man Raja Lawak tidak
dibenarkan masuk ke dalam stadium kerana tidak mempunyai pas. Namun, Man
tidak kisah dan akhirnya masuk dibahagian peminat demi semata-mata
menyokong rakannya seperti Jep yang bermain dalam pasukan Arena
All-Star.
12.Artis dan media yang terlibat dalam Eravaganza
terpegun melihat kecantikan penaja lokasi Eravaganza iaitu Philea Resort
& Spa, Ayer Keroh, Melaka.
13.Kerana terpesona dengan
keindahan Philea Resort & Spa, pihak pengurusan Faizal Tahir
berminat untuk membuat sesi penggambaran dan video muzik di situ.
14.Fiq Mentor lambat sampai ke Stadium Hang Jebat kerana tertinggal bas yang disediakan pihak penganjur.
15.Sepanjang perlawanan, isteri Zahid sangat romantik sehingga tidak
terlepas pandang dengan memberikan sorakan kepada suaminya yang bermain
dalam pasukan ERA FC.
16.Selain isteri Zahid, isteri kepada
Izzue Islam iaitu Awin juga tidak ketinggalan menyokong. Namun,
sepanjang Izzue di padang, Awin menjalankan tugas menguruskan dua ahli
Forteen yang tidak bermain iaitu One dan Rizuone.
17.Krew
Eravaganza hampir hilang kawalan kerana peminat berpusu-pusu untuk turun
padang bergambar dengan selebriti yang hadir sebaik saja tamat
permainan.
18.Jurulatih Ong Kim Swee nampak lebih popular
berbanding segelintir artis. Malah, Ong Kim Swee tak menang tangan
melayan penonton yang mahu bergambar dengannya.
19.Sebelum berangkat ke stadium, pihak Philea Resort & Spa membuat kejutan dengan membuat flashmobe lagu Tanggal 31.
20.Sebaik saja tamat perlawanan, hujan telah turun dengan lebat sehingga konsert terpaksa ditangguhkan sejam lewat.
Filem 1: BERAK KHAS THE MOVIE
Filem
ini mengisahkan sekumpulan polis yang suka makan rasuah dan suka
mengacau anak dara ketua kampung. Kecerempetan polis-polis ini amatlah
memalukan sehingga mereka tanpa segan silu melakukan aksi-aksi kurang
ajar menyebabkan mereka dibuang kerja beramai-ramai. Filem ini
diharamkan kerana menayangkan aksi polis-polis tersebut berak di depan
opis mereka setelah dibuang kerja.
Filem 2: PUTERI GUNUNG LADANG-Sebuah Cinta Jagung
Hang
Buah telah ditugaskan oleh Sultan untuk pergi meminang Puteri Gunung
Ladang di sebuah ladang ternakan itik yang menjadi tempat tinggal puteri
tersebut. Didalam perjalanan untuk peminangan, Hang Buah telah
mengalami beberapa kejadian dasyat seperti diserang biawak tropika,
terlanggar tunggul kayu, terjatuh semasa mengambil konar baring,
termengorat nenek tua yang sedang 'melepas' dan akhir sekali tersepak
kura-kura yang sedang melintas. Apabila Hang Buah sampai di ladang
tersebut alangkah terkejutnya kerana Puteri tersebut telah meletakkan
syarat-syarat peminangan yang dasyat sehingga Hang Buah mati akibat dari
rasa terkejut. Filem ini diharamkan kerana memaparkan aksi Hang Buah
mengorek hidung kemudian dicalitkan di tangan Puteri tersebut.
Filem 3: BERMOTOR KE LANGIT
Filem
arahan Badu Hj Azmu ini mengisahkan seorang mamat yang suka lepak
ditepi laut sehinggalah dia menemui seekor ikan dugung kemudian dia
memelihara dugung tersebut. Selepas 5 tahun dia memelihara dugung itu
dia pun melepaskan dugung itu kembali ke laut. Kemudian cerita ni pun
habis. Filem ini diharamkan kerana pihak FINAS tak paham langsung apa
sebenarnya motif filem ini.
Filem 4: TAK ORI TAPI PIRATE (TOPI)
Filem
ini diharamkan terus sebelum memulakan rakaman kerana ia memaparkan
kisah P.Ramlee(lakonan Ramli Beger)menjual CD pirate kepada Haji
Bakul(lakonan Udo Ocean) kemudian Hj Bakul menengok CD tersebut bersama
Labu(lakonan sapa ntah) sehinggalah A.R Trompet(lakonan A.R Badut)
perasan yang CD itu adalah CD cetak rompak yang dijual oleh P.Ramlee...
Cerita ini berpusing-pusing selama 2 jam sehinggalah anda akan melihat
satu babak yang menjijikkan iaitu babak Naza Aziz (lakonan Naza Aziz)
menguap sambil ternganga.
Membayangkan
boleh duduk di taman tengah bandar dengan alam terbuka sudah biasa.
Tapi bagaimana dengan taman di bawah tanah? Semua itu boleh pelancong
rasakan sendiri di Taman Bawah Tanah Forestiere , AS .
Taman unik
dan luar biasa ini boleh pelancong dapati di Fresno, California AS .
Keberadaannya pun bukan tanpa sebab. Semua bermula dari idea seorang
pendatang dari Sicily, Baldasare Forestiere .
Ideanya berawal
ketika ia mengenal Katakomba , perkuburan bawah tanah di Rom .
Forestiere pun mengagumi seni bina Katakomba . Ia lantas mencipta sebuah
taman di bawah tanah.
Tidak seperti Katakomba yang cenderung
gelap, taman bawah tanah ini direka agar tetap terang. Meskipon sesekali
cahaya yang masuk sedikit menerangkan ruang didalam , anda tetap boleh
melihat dengan jelas di sana.

Taman Bawah Tanah Forestiere , AS
Uniknya
, Forestiere membuat taman ini hanya bermodalkan alat pertanian. Ia
menggunakan spade, penyodok , dan alat pertanian yang lain.
Tidak
hairan jika hasil kerjayanya memakan masa sehingga puluhan tahun.
Dikutip dari laman Underground Gardens , Forestiere menghabiskan masa
selama 40 tahun, yakni dari tahun 1906-1946 .
Forestiere menghabiskan masa selama 40 tahun, yakni dari tahun 1906-1946
Mirip
dengan Katakomba , taman bawah tanah buatan Forestiere yang dibuat
dengan beberapa ruang. Secara keseluruhan, taman ini membentuk kompleks
bawah tanah, yang dihubungkan dengan lorong- lorong.
Secara keseluruhan, taman ini membentuk kompleks bawah tanah
Ada pula lorong- lorong
Masuk
ke dalam, pelancong boleh melihat beberapa stuktur ruangan bawah tanah
yang ada di taman tersebut . Ada 3 tingkat serta bilik- bilik dan jalan
penghubung, dengan tempat tidur musim panas dan sejuk.
Forestiere
pun menanam pelbagai jenis tanaman . Beberapa di antaranya adalah
tanaman buah, seperti oren , anggur, dan masih banyak lagi.
Taman bawah tanah ini juga diisi oleh pelbagai jenis tumbuhan
Sama
seperti taman lain, taman bawah tanah ini juga ditanam pelbagai jenis
tumbuhan. Bahkan beberapa di antaranya telah berusia lebih dari 100
tahun. Semua tumbuhan ini boleh tetap bertahan berkat struktur taman
yang boleh melindungi dari cuaca panas dan sejuk.

Ada
sebuah pokok di London yang sangat terkenal kerana keunikannya. Pokok
yang terletak di dekat gereja St Pancras ini berdiri diatas ratusan batu
nisan yang bertindih.
Keberadaan pokok yang sudah sangat tua
dengan beratus-ratus batu nisan dibawahnya, tentunya mengundang
pertanyaan di hati banyak orang. Bagaimana ceritanya?
Kisah di
sebalik pohon tersebut bermula pada masa revolusi industri di Britian,
saat kawasan industri dibina secara besar-besaran di London. Pembangunan
juga termasuk membina pusat rel kereta api untuk memudahkan
pengangkutan bahan-bahan mentah industri. Trek rel kereta api yang akan
dibina rupanya melewati kawasan perkuburan yang berada di dekat gereja
St Pancras.
Makam-makam
yang ada perlu dipindahkan agar boleh digunakan sebagai trek rel kereta
api. Maka, semua jenazah yang ada kemudian diangkut dan dipindahkan
dari makamnya, lalu dibakar dan ditempatkan dalam satu tempat di bawah
pokok. Sementara batu nisan ditanam begitu saja berhampiran pokok.
Dulu
pokok tersebut masih kecil. Namun, seiring dengan peredaran masa pokok
tersebut tumbuh, batu-batu nisan yang ada disampingnya kemudian
'ditelan' dan menjadi satu dengan pohon tersebut.

Saat
sedang menyelam di kawqasan selam yang terpencil, seorang penyelam
mencari gua dengan menemui pintu gua menyerupai tengkorak.
Lebih
seram lagi, di tempat ini sering dijadikan tempat membunuh diri. Gua
yang dianggap markas iblis ini terletak di Hodge Close Quarry di
Britian.
Kolam tempat menyelam ini boleh diakses melalui terowong
sepanjang 25 meter. Tempat yang sudah terkenal di kalangan penyelam ini
telah menelan banyak mangsa selama tiga tahun terakhir.
"Gambar
ini diambil di Hodge Close berhampiran Coniston di Lake District.
Penyelam maut di terowong bawah lautnya dan para pendaki pun bernasib
sama. Saat memutarnya foto kearah 90 darjah, gua ini akan kelihatan
seperti tengkorak. Menyeramkan," kata jurugambar Peter Bardsley.
Saya menyedari bentuk tengkorak ini setelah sampai di rumah,
kata jurugambar Peter Bardsley.
"Para
pengunjung sebaiknya mempertimbangkan tahap latihan sebelum masuk ke
tempat ini. Sebanyak tiga penyelam tak berpengalaman maut disini '.
Amaran tertulis di papan peringatan laman lokasi gua tengkorak ini.

Apabila Belanda mempunyai bunga tulip, maka New Zealand punya bunga
lupin. Seperti bunga tulip, bunga lupin juga mempunyai aneka warna
seperti merah, kuning, ungu, biru, jingga, merah jambu, bahkan yang
terbaru mempunyai dua warna dalam satu tangkai.
Sepintas bunga
lupin mirip dengan bunga lavender, namun sebenarnya mereka adalah dua
spesies yang berbeza. Bunga lupin (Lupinus polyphyllus) berasal dari
Amerika Utara yang tumbuh liar di kawasan-kawasan lembap seperti ditepi
sungai atau tasik.
Pada tahun 1950an, bunga ini diperkenalkan di
New Zealand oleh Connie Scoot. Orang New Zealand kemudian menyebut bunga
tersebut sebagai bunga Russel Lupin, merujuk pada jenis varietasnya
(Lupinus X Russellii Hort) yang merupakan hasil kacukan dihasilkan oleh
George Russell di eropah pada tahun 1920an.
Sayangnya di New
Zealand bunga ini dianggap sebagai perosak kerana tahap pertumbuhannya
yang cepat dan mencerencatkan pertumbuhan tumbuhan lain. Kini setiap
musim semi, bunga lupin mekar dengan indahnya ditepi-tepi sungai dan
tasik di New Zealand.








