Showing posts with label Berita Harian. Show all posts
Showing posts with label Berita Harian. Show all posts

Monday, October 14, 2013

Saintis ramal asteroid langgar bumi pada 16 Mac 2880


Gambaran artis mengenai asteroid yang bakal langgar bumi.

Washington: Sebuah asteroid diramal akan melanggar Bumi pada 16 Mac 2880, kata saintis.

Penyelidik Agensi Angkasa Lepas Amerika Syarikat (NASA), menyatakan, berdasarkan analisis radar di Makmal Jet Propulsion di Pasadena, California milik agensi itu, kemungkinan asteroid dikenali 1950 DA untuk merempuh bumi adalah 1 nisbah 300.

Laman web berita Mashable, melaporkan, asteroid 1950 DA kali pertama kali dikesan pada Februari 1950 dan mempunyai ukur lilit 1.1 kilometer. Ia berjaya dipantau selama 17 hari sebelum menghilang selama 50 tahun.


Kali terakhir asteroid itu dilihat semula pada 31 Disember 2000 dan Mac 2001.

Kejayaan mengesan semula 1950 DA pada malam tahun baru itu berlaku 200 tahun selepas saintis berjaya kesan asteroid pertama dikenali sebagai Ceres.

“Saintis mendapati 1950 DA akan melintas pada kedudukan paling hampir dengan bumi selama 20 minit pada 16 Mac 2880 dan kemungkinan ia merempuh bumi tidak boleh dinafikan,” kata laman web itu. - AGENSI

BH

Saturday, September 14, 2013

Romeo Pakistan perdaya wanita kena cekup

Seorang lelaki warga Pakistan ditahan imigresen kerana menggunakan taktik berkahwin wanita tempatan untuk mendapatkan pas lawatan sosial jangka panjang namun tidak menjaga kebajikan isterinya.

Seremban: Seorang lelaki warga Pakistan ditahan anggota Jabatan Imigresen selepas didapati mengahwini wanita tempatan semata-mata untuk mendapat pas lawatan sosial jangka panjang.

Lelaki itu ditahan ketika ingin memperbaharui pas berkenaan dan siasatan mendapati suspek berusia 36 tahun itu meninggalkan isterinya yang berusia 21 tahun selepas mendapat pas itu. Pengarah Imigresen negeri, Faizal Fazri Othman, berkata lelaki itu mengahwini isterinya, Januari lalu dan sejak itu tidak pernah menjenguk isterinya.


Hilangkan diri lepas kahwin

Katanya, warga Pakistan yang dipercayai peniaga itu memperalatkan isterinya untuk mendapatkan pas itu yang membolehkannya tinggal di negara ini melebihi enam bulan.

“Bagaimanapun, nama dia dimasukkan dalam senarai warga asing dikehendaki selepas pegawai jabatan yang membuat pemeriksaan susulan di rumah isterinya di sini, mendapati dia sudah lama menghilangkan diri selepas berkahwin.

“Apabila dia datang untuk memperbaharui pas, pada jam 1.30 tengah hari kelmarin, kami segera menahannya. Kes itu disiasat mengikut Seksyen 39(b) Peraturan-Peraturan Imigresen 1963.

“Dia boleh dipenjara hingga enam bulan atau denda hingga RM1,000 atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan, manakala pas lawatannya boleh dibatalkan dan diusir pulang ke negara asal.

Faizal berkata, kes seumpama itu keempat tahun ini dan pihaknya ingin menasihat wanita tempatan supaya tidak mudah mempercayai warga asing bagi mengelakkan kes sama berulang.

“Wanita tempatan perlu berhati-hati dengan sesetengah warga asing yang tidak mencintai mereka, tetapi berkahwin kerana mempunyai muslihat, iaitu untuk tinggal lebih lama di negara ini,” katanya.

Sehubungan itu, beliau menasihat wanita tempatan yang berdepan masalah sama membuat laporan supaya tindakan boleh diambil sebelum kejadian tidak diingini berlaku.

BH

Seram! Benarkah Laluan Di Lebuhraya Bukit Grik Ini ‘Keras’


Seram! Benarkah Laluan Di Lebuhraya Bukit Grik Ini ‘Keras’? 
Banyak kisah seram melibatkan pengalaman memandu kereta di jalan lebuhraya semenanjung Malaysia. Antara kisah seram yang sering disebut-sebut adalah di Karak. Kisah dipercayai benar sehingga ada pihak menerbitkan Filem Karak bagi mendapatkan gambaran sebenar. 
Kali ini pula adalah tentang cerita yang dialami oleh sebuah keluarga yang berhadapan detik seram ketika melalui lebuhraya Bukit Grik. Adakah anda pernah merasai pengalaman seram di lebuhraya ini?
Pada 16-18 May 2008 kami sekeluarga dapat berita adik Ipar aku kecelakaan motor dgn kereta kat Kg di Kuala Terengganu. Jadi kami sekeluarga diminta untuk balik malam itu juga… Tetapi dalam perjalanan (baru nak masuk Baling) kami dapat call, adik kesayangan kami dah pulang ke Rahmahtullah… Allah lebih sayangkan dia… Al-Fatihah buat arwah… Jadi kami teruskan juga perjalanan ke Terengganu dengan hati yang tabah.
Setelah semuanya selesai, Ahad malam Isnin kami kena pulang ke Penang sebab aku ada kerja yang perlu disiapkan, dan kami bertolak dari Kuala Terengganu dalam 10.30 malam… Mula masuk Lebuhraya Bukit Grik dalam 1.30 pagi… dan sepanjang perjalanan, aku rasa macam biasa, cuma bini aku cakap dia pening dan rasa nak muntah..mungkin sebab jalan yang bengkang-bengkok.
Alhamdulillah, kami sampai ke Grik dlm kul 4.10 pagi, dan kami stop kat R&R sebab aku nak buat urusan kat toilet… Macam biasa aku lock kereta kalau aku tinggal sat anak bini aku, tapi alhamdulillah mlm tu aku tergerak nak kasi on alarm… Tiba-tiba kereta aku bunyi alarm, then aku bergegas pi tengok kereta aku, tak ada apa2 berlaku…Then aku pi dapatkan bini aku, dia nampak mcm takut… Aku tanya kenapa? Dia kata ada orang lalu mundar-mandir depan kereta aku tu, tengok direct kat mereka dlm keta. Then, masa tu kereta aku berbunyi, tiba-tiba orang tu hilang…
So aku pujuk bini cakap maybe orang tu driver lorry dekat-dekat situ yang lepak sama…. Then kami teruskan perjalanan ke Penang… start nak masuk Lebuhraya baru Grik-Baling dalam pukul 4.30 pagi… Aku nampak kabus tebal… Rasa berat hati nak teruskan, ingat nak U-turn… jadi aku plan nanti kalau kat depan ada lampu jalan aku nak U-turn… Tapi bila terus…still takder lampu jalan, sebab bateri solar untuk lampu tu dah habis kot. So aku make desicion teruskan perjalanan…
Tiba-tiba aku rasa semacam jer… Then bini aku tiba-tiba macam terkejut! Aku pesan kat dia baca apa yg patut…Aku pun sama baca apa yg patut… Then aku rasa kereta aku macam berat… aku tekan minyak juga (masa tu gear 5 dan turun bukit!) Then aku tak puas hati aku drop gear 4… masa tu turun bukit! Korang bayangkan turun bukit guna gear 4 . Utk pengetahuan, bila kereta dah bergerak lama, pick-up dia ada skit… Sebelum tu, aku belasah gear 5 naik bukit… Tapi ini turun bukit gear 4.
Alhamdulillah depan kami ada lori balak, rasa ringan semula… Bila aku dah overtake lori tu, tak lama aku rasa berat balik. Macam tadi gak, turun bukit aku henyak gear 4…Aku nekad. Aku mesti lawan balik demi anak bini aku…. Sepanjang nak keluar Lebuhraya tu nak sampai ke Baling, dalam 3-4 kali aku rasa macam tu. Kadang-kadang aku macam terasa nak tengok tepi cermin. Tapi bila tengok takder apa-apa.
Alhamdulillah, kami dpt kuar dari Lebuhraya tu dan sampai ke Baling… Then takder rasa apa-apa. Lepas tu ada bukit-bukit nak menghala ke Kulim tu selamba jer aku naik bukit guna gear 5….
Then sampai ke BKE Kulim, aku stop kat Petronas tu nak rest aku cakap kat bini aku… (Sebenarnya aku saja nak stop, tak nak balik terus kot-kot kalau ada benda ikut, dia akan stay kat situ…) Lepas aku cakap kat bini aku, barulah bini aku rasa beban yg dia rasa tadi hilang tiba-tiba… rasa lega.
Kami selamat sampai rumah kat Seberang Jaya dalam pukul 7.30 pagi… itu pun aku sempat lagi pi beli nasi kandar kat Jalil bagan… Sampai rumah baru kami bincang pasal apa yg berlaku… Bini aku cakap, masa perjalanan nak ke Kuala Terengganu pun dah ada nampak benda pelik… 
Dia nampak macam orang tua lelaki kat tepi jln kat atas bukit Grik lambai tangan sambil senyum kat dia.
Then masa nak balik ke Penang, still orang yang sama lambai tangan kat dia, tapi kali ni tak senyum. Then dia kata masa kat Highway Grik Baling tu orang tua tu ada follow keta kami! Bini aku nampak. Dia lawan juga dengan beranikan diri buat tak tahu jer… Kuat juga bini aku. Tahniah!
Then masa kereta kami rasa berat tu, dia pun rasa berat juga…Ingatkan aku jer as driver rasa kereta berat… Dia ada nampak macam benda putih follow kereta kami… Nauzhubillah..! Tapi Alhamdulillah, kami selamat sampai rumah….Then kami cerita benda tu kat family kat kampung, adik ipar aku yang sorang tu cerita, dalam bulan lepas, member dia terbabas kereta kat Highway Baling Grik sebab rasa benda yang sama.. kereta rasa berat, then lost control terbabas… Dia kata kami Alhamdulillah kuat juga dapat lawan….
Jadi aku pesan kat korang, kalau nak lalu Highway Baling grik tu, kalau boleh jangan lewat sangat. Tunggu sat kat Pekan Grik tu…dah masuk subuh, baru la boleh tempoh jln tu… Tapi kalau kuat, belasah jer…
Wallahu’alam….

Friday, September 6, 2013

Mangsa cabul balas dendam, dua orang pencabul telah ditembak mati


Sanak saudara 12 orang diculik menyuarakan pandangan mereka ketika satu sesi berdoa di sebuah gereja di daerah Tepito, Mexico City ketika kejadian jenayah berleluasa di negara itu.

Ciudad Juarez: Pihak berkuasa menyiasat dakwaan bahawa seorang wanita membunuh dua pemandu bas minggu lalu di sini kerana membalas dendam perbuatan mereka mencabul penumpang.

Dakwaan itu dibuat dalam satu emel daripada 'pemburu pemandu bas' yang mendapat perhatian ramai di sini kerana ramai wanita menjadi mangsa keganasan seks dalam bas.

Penyerang memakai rambut palsu berwarna perang atau mengecat rambutnya menaiki sebuah bas seakan bas sekolah yang menjadi pengangkutan biasa di Ciudad Juarez yang terletak tidak jauh dari El Paso, Texas, pagi Rabu lalu.


Dia mendekati pemandu sebelum mengacu pistol, menembak kepala mangsa dan keluar dari bas.

Pemburu pemandu bas

Pada keesokannya, orang yang sama dipercayai bertindak sekali lagi ke atas seorang lagi pemandu bas di laluan sama.

Minggu lalu, media mula menerima beberapa emel memperkenal penghantar sebagai 'Diana pemburu pemandu bas.’
“Saya sendiri dan wanita lain menjadi mangsa tanpa dapat berbuat apa-apa tetapi kami tidak akan berdiam diri lagi.

“Kami adalah mangsa keganasan seks oleh pemandu ketika balik dari tempat kerja di waktu malam. Saya membalas dendam untuk mangsa,” kata emel berkenaan.

Akhbar Diario de Juarez melaporkan, seorang saksi memetik penyerang sebagai memberitahu mangsa kedua sebelum menembaknya: “Kamu fikir kami tunjuk kegagahan kamu, begitu”

Lakaran suspek

Pihak berkuasa belum mengesahkan ketulenan emel itu atau satu laman web Facebook menggunakan nama sama sejak 31 Ogos lalu.

Pihak berkuasa mengumumkan akan menempatkan polis preman di beberapa bas dan melakukan pemeriksaan senjata bagi menyekat pembunuhan berulang.

“Kami ada lakaran suspek dan sedang mencarinya,” kata jurucakap polis, Adrian Sanchez.

Ramai di kalangan 100 wanita yang dibunuh di sini pada 1990-an dan awal 2000 hilang selepas menaiki bas.

Mayat mereka ditemui beberapa minggu atau bulan kemudian dan disahkan dirogol, dicekik dan dicampak ke kawasan padang pasir atau tempat letak kereta. - AP

BH

Tuesday, September 3, 2013

Kakak Sanggup Redah Api Selamatkan Adik



Kakak Sanggup Redah Api Selamatkan Adik

Di PASIR PUTEH
 | Tindakan berani seorang kakak yang meredah api bagi menyelamatkan adik bongsunya yang sedang nyenyak tidur dalam kebakaran rumah di Kampung Pantai Dalam Rhu, Semerak dekat sini, petang kelmarin wajar dipuji.
Dalam kebakaran jam 3.30 petang itu, Nurul Wani Salleh, 20, nekad meredah api tanpa memikirkan risiko bahaya menanti demi kasih kepada adiknya, Mohd Idham Iskandar, 3.
Bapa mereka, Salleh Awang Hitam, 42, berkata, kejadian itu berlaku ketika lima anaknya termasuk Nurul Fatihah, 12, Mohd Asrol, 13, dan Mohd Asraf, 7, berada di dalam rumah papan tersebut.
“Saya menyedari kebakaran berlaku ketika balik ke rumah apabila melihat api marak dan membakar separuh daripada rumah saya.
“Saya bimbang keselamatan anak-anak saya, alhamdulillah semuanya selamat termasuk anak bongsu yang dikatakan sedang tidur ketika kejadian itu berlaku,” katanya.
Salleh berkata, tragedi lebih buruk pasti menimpa keluarganya sekiranya tiada siapa yang berani meredah api.
Bapa tunggal miskin tegar itu sedih apabila kesemua pakaian raya anak-anak yang dibeli hasil tabungan wang upah bekerja sebagai buruh kasar di kedai pembekal bahan binaan berdekatan rumahnya turut hangus.
Katanya, antara barang berharga lain yang turut musnah adalah dokumen penting, buku teks dan pakaian sekolah anak-anak nya.
Salleh berkata, belas ihsan jiran membolehkan dia sekeluarga berbuka puasa di rumah mereka sementara mendapat bantuan untuk membina semula rumah bagi menggantikan rumah papan yang hanya berukuran 10 meter persegi itu.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Pasir Puteh, Wan Baijuri Wan Hassan ketika ditemui di lokasi kejadian berkata, bomba dengan kekuatan 14 anggota dari Besut, Terengganu dan Pasir Puteh dengan dua jentera berkejar ke tempat kejadian sejurus menerima panggilan kecemasan.
Beliau berkata, rumah mangsa di tepi pantai dan terdedah angin kencang itu menyebabkan api marak dengan pantas.
“Kebakaran berjaya dikawal daripada merebak ke rumah berdekatan sementara punca kebakaran dan jumlah kerugian masih dalam siasatan,” katanya.
Sementara itu, Adun Semerak, Zawawi Othman yang melawat tempat kejadian berkata, bantuan kecemasan sebanyak RM1,000 dihulurkan bagi meringankan beban mangsa, sekurang-kurangnya dapat menjalani baki ibadat puasa dengan baik.
Beliau berkata, pihaknya akan memastikan bapa tunggal miskin yang sudah didaftarkan dalam e-Kasih mendapat gantian rumah baharu dalam masa terdekat.
“Kami akan usahakan supaya keluarga ini mendapat rumah di bawah Program Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT) bagi membolehkan mereka anak beranak berhari raya dalam keadaan yang selesa,” katanya. – Sinar Harian
- See more at: http://fuh.my/kakak-sanggup-redah-api-selamatkan-adik/#sthash.HkPgJ8Yw.dpuf

Empat Maut Kereta Kelisa Dihempap Runtuhan Jambatan Kedua Pulau Pinang


Penyambung Jambatan Kedua Pulau Pinang Runtuh, Empat Maut Runtuhan Jambatan KEdua Pulau Pinang, MAngsa Runtuhan Jambatan Kedua Pulau Pinang
Anggota bomba dan penyelamat meneruskan kerja untuk mengeluarkan mangsa yang terperangkap dalam runtuhan struktur penyambung antara Jambatan Kedua Pulau Pinang dengan Lebuhraya Tun Dr Lim Chong Eu di Batu Maung, dekat sini.
Mangsa yang menaiki kereta dipercayai jenis Perodua Kelisa maut selepas dihempap runtuhan struktur Jambatan Kedua Pulau Pinang di Jalan Batu Maung dalam kejadian petang semalam.
Keadaan sebuah kereta dipercayai jenis Perodua Kelisa remuk selepas dihempap runtuhan struktur Jambatan Kedua Pulau Pinang di Jalan Batu Maung dalam kejadian petang semalam.
Polis mengesahkan empat mangsa yang menaiki kereta jenis Perodua Kelisa maut dihempap runtuhan sebahagian rangka susur masuk Jambatan Kedua Pulau Pinang di sini, semalam.
Sehingga jam 5.30 pagi tadi, mangsa yang disahkan terperangkap dalam sebuah kereta dipercayai Perodua Kelisa masih belum dapat dikeluarkan dari runtuhan terbabit.
Ia kerana anggota bomba dan penyelamat menghadapi kesukaran untuk mengalihkan bebanan seberat kira-kira 200 tan yang menghempap kawasan jalan raya sepanjang 50 meter.
Kren seberat 300 tan yang tiba di lokasi kejadian kira-kira jam 11.30 malam semalam digunakan dalam operasi yang diserta 110 anggota bomba dan penyelamat itu.
- Berita Harian

Sunday, August 25, 2013

Peserta Islam nekad tanding ratu cantik


4 wanita dakwa hanya pakai baju sukan

Kuala Lumpur: Empat peserta Islam pertandingan ratu cantik Malaysia yang dibatalkan penyertaannya, tetap berkeras untuk terus bertanding bagi merebut gelaran Miss World Malaysia 2013 pada 2 Ogos ini. 

Seorang daripada mereka, Sara Amelia Muhamad Bernard, 20, berkata dia kecewa dengan fatwa dikeluarkan Majlis Fatwa Kebangsaan yang mengharamkan penyertaan wanita Islam dalam pertandi-ngan ratu cantik. 

“Saya sedar umat Islam tidak dibenarkan memasuki pertandingan ratu cantik, tetapi saya dimaklumkan oleh pihak penganjur ia dibenarkan kerana kami tidak perlu memperagakan pakaian renang, sebaliknya hanya pakaian sukan,” katanya ketika dihubungi BH, semalam. 


Seorang lagi peserta, Wafa Johanna De Korte, 19, turut kecewa dengan keputusan pihak penganjur yang membatalkan penyertaan mereka. 

Mahu wakili Melayu 

“Saya terharu melihat pihak penganjur berusaha mempertahankan dan melihat potensi dalam diri kami untuk mewakili kaum Melayu di dalam pertandingan ratu cantik Malaysia. 

“Saya berbesar hati untuk meneruskan perjuangan di dalam pertandingan ini, jika masih ada peluang,” katanya. 
Sementara itu, penganjur Miss World Malaysia 2013, Datuk Anna Lim, berkata walaupun menarik balik penyertaan empat peserta Islam itu, pihaknya masih memberi peluang kepada mereka menyertai program itu. 

Dalam pada itu, Majlis Perunding Wanita Islam Malaysia (MPWIM) menggesa kerajaan mewujudkan Enakmen Jenayah Syariah berhubung penyertaan umat Islam dalam pertandingan ratu cantik.


* Sumber BH