Showing posts with label Malaysiakini. Show all posts
Showing posts with label Malaysiakini. Show all posts

Saturday, September 21, 2013

Menara Eiffel Daripada 36000 Batang Mancis (12 Foto)

 

 

Menara Eiffel ialah menara besi yang dibina di atas Champ de Mars bersebelahan Sungai Seine di Paris, Perancis. Menara Eiffel adalah bangunan yang tertinggi dan paling menonjol di kota Paris dan dikenali di dunia sebagai simbol negara Perancis. Pada masa yang sama, terdapat sekumpulan individu yang berjaya membina Menara Eiffel dengan hanya menggunakan 36 000 batang mancis. Hasil kreatif ini telah dipersembahkan kepada khalayak ramai. Jom kita lihat gambar menarik Menara Eiffel yang diperbuat dari mancis di bawah ini.
sumber: melayukini.net

Friday, September 6, 2013

Caj kenderaan perdagangan naik 5 peratus hari ini




Persatuan Pengusaha Pengangkutan Perdagangan Wilayan Utara menaikkan caj perkhidmatan kenderaan perdagangan sebanyak lima peratus berkuatkuasa hari ini.

    
Presidennya Datuk Yusoff Ismail berkata kenaikan caj itu mendapat persetujuan daripada 1,000 anggotanya yang juga pengusaha kenderaan perdagangan berikutan kenaikan harga minyak diesel sebanyak 20 sen yang diumumkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, Ahad lepas.
    
Beliau berkata kenaikan caj itu mengambil kira kos tambahan yang perlu ditanggung antara RM130 hingga RM150 bagi setiap perjalanan dari Alor Setar ke Kuala Lumpur atau Singapura.
    
"Sebelum harga minyak naik setiap kenderaan perdagangan ini menggunakan antara 700 hingga 800 liter diesel pada kadar RM1.80 seliter. Tetapi kenaikan 20 sen ini akan menambahkan lagi kos, namun kadar lima peratus tersebut masih rendah," katanya kepada pemberita selepas mengadakan pertemuan dengan pengusaha lori di Kawasan Perindustrian Mergong di Alor Setar.
    
Yusoff berkata harga diesel di negara ini masih pada tahap terendah berbanding dengan Thailand iaitu RM3 dan caj pengangkutan yang dikenakan pihaknya adalah pada tahap berpatutan dan tidak membebankan orang ramai.
    
Yusoff yang juga Presiden Persatuan Pengguna Kedah (Cake) berkata kenaikan harga minyak sebanyak 20 sen turut memberi kesan kenaikan harga barangan lain tetapi bukan secara mendadak.
    
"Saya yakin kenaikan harga barangan runcit hanya akan naik sekitar satu hingga lima sen sahaja dan jika ada barangan itu melambung tinggi (tindakan) peniaga itu tidak adil dan mereka ambil kesempatan," katanya.
    
Sementara itu, pengusaha kenderaan perdagangan, Abdul Ghani Saud berkata  kenaikan caj berkenaan adalah paling minimum walaupun kos yang terpaksa ditanggung mereka amat tinggi.



Malaysiakini