Pernahkah
anda mendengar tentang paleo diet? Diet ini adalah sebuah diet yang mengikuti
pola makan manusia gua. Manusia gua adalah manusia yang hidup di zaman
prasejarah dan belum mengenal tentang proses memasak makanan. Jadi , diet paleo
adalah jenis diet yang memerlukan anda memakan daging mentah setiap kali
makan.
Lelaki ini bernama Derek Nance . Berasa dari Kentucky , Amerika
Syarikat. Lima tahun yang lalu , Derek mengalami sakit perutnya. Gangguan
pencernaan ini mengakibatkan dia mengalami loya dan muntah berterusan tanpa
henti setiap selesai makan. Beliau lalu memutuskan untuk mula melakukan diet
untuk mengatasi hal ini. Awalnya dia menjadi seorang vegetarian . Namun gagal
kerana Derek masih tetap muntah dan sakit.
Setelah membaca buku , Derek
melakukan pekara ekstrem lain yaitu paleo diet ini. Beliau mula makan daging
mentah tanpa perasa dari haiwan yang dia sembelih sendiri . Dia juga mengambil
hampir semua bahagian haiwan yang di potong itu, termasuk organ dan lemaknya .
Dia yakin pola makannya ini mampu menyembuh dari sakitnya selama ini.
Ia
mengaku ketika ini dia merasa menjadi lebih kuat dan sihat. Pola makan ekstrem
-nya ini memang ditentang oleh ayahnya. Sedihnya, pola makan anehnya ini membuat
perkahwinannya hancur dan berakhir dengan perceraian.
Pola makan Derek
ini sudah didokumentasikan selama beberapa waktu terakhir ini. Sebuah rakaman
video yang dimuat naik di laman YouTube pada 2012 memperlihatkan bagaimana Derek
merobek kaki anak lembu yang telah disimpan di dalam peti ais dan menghisap
keluar sumsumnya.
LOS ANGELES - Wabak HIV melanda industri filem porno Amerika Syarikat
(AS). Empat pelakon filem porno mengaku mengidap HIV dalam satu bulan
ini.
"Bertambah satu lagi pelakon yang datang ke kami dan mengaku
mengidap HIV," ujar aktivis HIV / AIDS, Michael Weinstein, Selasa
(10/9/2013).
"Saya tidak tahu berapa ramai lagi pelakon yang sudah dijangkiti," lanjut Weinstein.
Aktivis
HIV / AIDS meminta syarikat filem porno AS menghentikan pengeluaran
untuk sementara. Aktiviti pengeluaran dapat dilanjutkan jika seluruh
pelakon sudah diperiksa.
Weinstein menyatakan, penyebaran HIV
sebenarnya boleh dielakkan jika para pelakon menggunakan kondom. Namun,
syarikat filem porno menolak cadangan tersebut. Mereka takut filmnya
tidak laku jika si pelakon kelihatan menggunakan kondom.
Industri
filem porno AS berpusat di Negeri California. Syarikat filem porno
mempunyai pengaruh besar dan kerap melakukan lobi kepada kerajaan
Inkontinens urinari bermakna anda tidak berupaya untuk mengawal pembuangan air kecil. Bukanlah sebahagian daripada penuaan yang semulajadi ataupun sesuatu yang normal di kalangan wanita disebabkan oleh proses bersalin atau menopaus.
Menurutnya, ramai wanita yang mengalami kebocoran air kencing pada masa-masa tertentu. Situasi-situasi yang memungkinkan mereka tidak dapat mengawal pengaliran air kencing adalah:
Apabila melakukan aktiviti fizikal seperti senaman
Tegasan tertentu seperti batuk berlebihan atau meneran
Persekitaran seperti apabila mendengar deruan air mengalir dan juga mungkin bila saja tersentuh dengan air
Semasa mengandung
Ada juga yang tidak boleh menahan sebaik sahaja rasa nak kencing.
Kenali Sistem Perkumuhan Air Kencing
Sistem perkumuhan wanita terdiri dan pada:
- Buah pinggang, menghasilkan air kencing
- Ureter/salur kencing, menyalurkan air kencing dan buah pinggang ke pundi kencing
- Pundi kencing, organ penyimpanan air kencing
- Uretra, salur yang mengeluarkan air kencing keluar dari pundi kencing
Pembuangan air kecil berlaku apabila isipadu air kencing dalam pundi kencing mencapai tahap di mana ia akan merangsang anda untuk kencing. Otot-otot di sekitar uretra akan melonggar manakala otot-otot pundi kencing pula akan berkontraksi (mengecut) menyebabkan air kencing dilepaskan keluar dan sebaliknya berlaku apabila pembuangan air kencing dihentikan.
Jenis Inkontinens Urinari
Ketegasan/ketegangan/stres. Berlaku pada wanita yang muda apabila tekanan di dalam pundi kencing melebihi tekanan di uretra menyebabkan kebocoran air kencing apabila anda bersin, batuk ataupun ketawa. Kebocoran mungkin juga berlaku semasa berjalan, berlari ataupun senaman aerobik. Puncanya, otot-otot pundi kencing ataupun otot-otot di uretra menjadi lemah.
Desakan. Berlaku mungkin kerana pundi kencing wanita terlampau aktif ataupun mungkin juga kerana saraf-saraf yang menghantar isyarat pada pundi kencing. Ini menyebabkan anda tidak sempat untuk ke bilik air apabila terasa hendak kencing.
Kombinasi. Apabila faktor ketidakupayaan bergabung di antara ketegasan dan desakan keterlaluan, jadi kebocoran berlaku sama ada pada satu fasa ataupun kedua-duanya sekali.
Limpahan/tumpahan. Berlaku apabila otot-otot pundi kencing tidak aktif ataupun berlakunya rintangan pada uretra, jadi pembuangan air kencing tidak lengkap dan tidak puas. Isipadu air kencing yang masih banyak menyebabkan kebocoran berlaku.
Faktor fungsian. Mungkin disebabkan oleh masalah kesihatan yang menghalang seseorang wanita dan bergegas ke bilik air dengan serta merta. Antara lain, permasalahan tersebut mungkin kerana penyakit sendi seperti artritis, strok, penyakit sistem saraf, masalah pergerakan dan koordinasi (contohnya, susah untuk berjalan).
Rungutan
Bergegas. Keinginan keterlaluan untuk kencing walaupun isipadu air kencing belum lagi mencukupi, kadang kala diikuti dengan rasa ketegangan pada pinggul.
Acap kali. Terpaksa ke bilik air berulang kali melebihi dari urutan normal anda, rasa seperti tidak puas kencing.
Nokturia. Terpaksa bangun malam beberapa kali untuk kencing.
Disuria. Mengalami proses pembuangan kencing yang menyakitkan.
Enuresis. Terkencing tanpa disedari semasa tidur.
Sumber : ekesihatan
Dengan Rawatan Mas Ayu:
Mas Dadih - RM 41.00
Untuk mengukuhkan kesihatan dan kekuatan sistem penghadaman dan pergerakan usus. Produk ini juga membantu menyelaraskan metabolisma lemak dan mengawal masalah cirit-birit.
Mas Semalu - RM 35.00
Untuk mencegah jangkitan di saluran kencing dan memperkuatkan alat kelamin wanita. Membantu dan memperbaiki penyembuhan di saluran kencing
Amirtha - RM 41.00
Melaraskan imbangan biokimia dan fisiologi tubuh. Membantu rawatan tambahan untuk penjagaan fungsi buah pinggang. Mengurangkan asid urik dan asid asid lain.