
Belum kering air liur yang tersembur keluar dari mulut Menteri jaga barang-barang keperluan beri amaran "keras" akan ambil tindakan tegas kepada mana mana peniaga menaikkan harga barang sewenang-wenangnya ... tetiba secara terus terang para peniaga restoran mamak mengumumkan harga teh tarik naik 20 sen segelas dan harga roti canai naik 20 sen juga sekeping.
Nak tanya kepada Pak Menteri yang beri amaran keras ini ....Bila nak ambil tindakan? .. Atau amaran itu sekadar peluru kapor atau meriam bulu ke? .. Bunyinya amat kuat berdentum tapi debu sikit pun tak melekat!!!
Kepada para pembela dan pengampu Najib ... masih mau mempertahankan tindakan zalim Najib menaikkan RON95 dan Diesel sebanyak 20 sen seliter dan RON97 15 sen seliter?
Masih mau menafikan kenaikan itu bakal diekori dengan susulan rantaian yang bertindih-tindih yang memedihkan?
Bangunlah dari dibuai mimpi hanya disebabkan kalian menganut anutan politik yang sama ... cuitkan sedikit minda anda .. Rakyat kini sedang menjerit kerana keperitan hidup yang semakin menghimpit.
Ikut hukum logik kalau harga minyak mentah didunia turun sepatutnya harga minyak di pam turut juga turun.
Tapi di Malaysia berlainan sikit .. jenis bersongsang dengan hukum akal logik ... lagi murah minyak mentah lagi dinaikkan harga minya dipam.
Kalau alasan terpaksa harga minyak dipam dinaikkan kerana harga minyak mentah turun munasabah dan bolehlah rakyat terima.
RON95 dan Disel dinaikkan kerana nak kurang subsidi .. Tapi RON97 yang ditetapkan harga mengikut harga pasaran minyak apa pula ceritanya?
Lagi sekali kerajaan UMNO/BN pimpinan Najib Razak sudah terkantoi tergigit lidah terkedu nak berikan jawapan!!!!
APA LAGI UMNO NAK TIPU RAKYAT!!!!!

Mulai 3 September 2013, harga petrol RON 95 dinaikkan sebanyak 20 sen dan harga minyak diesel pula dinaikkan sebanyak 20 sen. PM menyatakan kenaikan harga petrol tersebut adalah untuk mengelakkan masalah kepada kedudukan kewangan negara. Kata PM: "Ini mungkin akan jadi bebanan sikit kepada rakyat, tetapi kalau kedudukan kewangan (negara) keseluruhan terjejas, ia akan merosakkan seluruh negara."
Saya tidak segera mengulas kenaikan harga minyak tersebut kerana mahu melupakan sementara hal-hal negara untuk memberi tumpuan kepada tugasan akademik yang banyak tertangguh. Namun, apabila kelmarin Timbalan Menteri (TM) Kewangan menyatakan harga minyak Malaysia adalah yang kelapan termurah di dunia selepas Venezuela, Arab Saudi, Kuwait, Mesir, UAE, Iran dan Nigeria, hati saya segera terpanggil untuk memberikan sedikit ulasan. Ini kerana jiwa saya menolak pemberian fakta yang tidak tepat dan kenyataan yang menafikan intelek rakyat.
Jika setakat tujuh negara di atas, apakah kita hendak menafikan fakta bahawasanya harga minyak petrol di Brunei, Qatar, Bahrain, Algeria, Sudan, Libya dan Oman adalah lebih murah dari Malaysia? Kenapa TM Kewangan tidak menyatakan juga harga minyak di negara tersebut? Mengapa memberikan hujah yang salah atau berhujah dengan menyembunyikan fakta yang nyata?
Bagi membuktikan harga minyak di Malaysia adalah kelapan termurah di dunia, maka TM Kewangan pun mengumumkan harga RON 95 dan diesel di negara jiran kita. Antaranya ialah Thailand RM4.74 dan RM3.06, Singapura (RM5.56 dan RM4.32), Indonesia (RM3.05 dan RM3.43) dan Filipina (RM5.44 dan RM4.32). Kenapa kita bandingkan dengan negara kita yang tidak ada minyak ata sedikit sumber petroleumnya? Kenapa tidak kita bandingkan dengan harga minyak petrol di Brunei, UAE, Libya, Bahrain, Qatar, Oman dan lainnya yang harga minyak mereka jauh lebih murah daripada negara kita? Inilah yang saya katakan sebagai kenyataan yang menyembunyikan fakta untuk mengelirukan rakyat, jikapun tidak untuk membodohkan rakyat.
Untuk pengetahuan TM Kewangan, dalam konteks harga barangan ini, ada aspek yang kita boleh bandingkan dengan negara lain dan ada perkara yang kita tidak boleh bandingkan dengan negara lain. Misalnya, kenapa tidak kita bandingkan harga kereta di Malaysia dengan di Singapura atau Indonesia? Di Indonesia misalnya, jika setakat kereta Toyota Vios, mereka buat teksi sahaja. Jika di Finland dan Sweden, teksi mereka semuanya terdiri dari kereta mewah—lebih dari separuh teksi mereka menggunakan kereta Mercedes dan selebihnya BMW, Audi dan Volkswagen.
Itu belum lagi kita bincangkan tentang harga rumah. Dengan kos harga rumah kita yang ‘over priced’ dan kenaikannya tidak terkawal, apakah harga rumah di negara kita masih yang termurah di dunia? Begitu juga dengan hutang isi rumah rakyat di negara kita. Data menunjukkan lebih enam juta isi rumah rakyat di negara ini kini menanggung hutang berjumlah RM653 bilion. Secara purata, ini bermakna setiap isi rumah di negara ini tidak kira pangkat, status dan usia mempunyai hutang kira-kira RM108,000 seorang.
Kadar hutang ini adalah amat membimbangkan, apatah lagi peningkatan nisbah hutang isi rumah Malaysia kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) meningkat setiap tahun dari 63.9% pada tahun 2008 kepada 76.6% tahun 2009, 75.8% tahun 2010, 76.6% tahun 2011 dan 80.5% pada tahun 2012. Rekod terkini hutang isi rumah Malaysia untuk tahun 2013 berada pada kadar 83.0% dari KDNK yang menyebabkan amaran untuk berwaspada daripada penganalisis kewangan di rantau ini.
Melihat kepada data hutang isi rumah di atas, apakah kita hendak menyatakan kadar hutang isi rumah rakyat di negara kita adalah antara kelapan terendah di dunia atau harga kereta dan rumah kita juga antara terendah di dunia? Saya berhujah begini untuk menunjukkan saya menolak data tidak masuk akal yang diberikan oleh TM Kewangan kita tentang harga minyak kita yang kelapan termurah di dunia.
Saya juga tertarik dengan alasan yang diberikan oleh TM Kewangan yang menyatakan kenaikan harga minyak adalah untuk membolehkan kerajaan memberikan BRIM kepada rakyat. Katanya: "Bantuan subsidi seharusnya disalurkan kepada yang benar-benar memerlukan dan melalui pemotongan subsidi (kenaikan harga petrol) ini kerajaan kemudian menyalurkan Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) untuk rakyat yang berpendapatan rendah."
Saya tidak faham kaitan antara kenaikan harga minyak dengan bantuan BRIM yang diberi oleh kerajaan kepada rakyat. Pemberian BR1M ini untuk apa? Sebagai umpan untuk menggula-gulakan rakyat atau benar-benar untuk menolong rakyat? Jika untuk menolong rakyat miskin, kenapa pula BR1M yang diberikan itu diambil semula dalam bentuk menaikkan harga minyak petrol? Tidakkah kerajaan sedar dengan kenaikan harga petrol ini, BRIM yang diberikan kepada rakyat tidak dapat menampung beban kehidupan mereka kerana kenaikan harga petrol tersebut tentulah datangnya bersama dengan kenaikan kos hidup dan kos barangan keperluan harian? Tidakkah ini tidak boleh difikirkan oleh kerajaan?
Oleh sebab itulah, saya menolak kenyataan TM Kewangan ini sebab hujahnya tidak tepat dan hujah inilah yang sentiasa diberikan secara berulang-ulang setiap kali harga minyak naik. Carilah alasan yang boleh diterima umum seperti demi kesihatan ekonomi negara, bagi mengurangkan defisit fiskal, kita terbeban dengan hutang luar, bagi faedah ekonomi negara jangka masa panjang, bagi mengurangkan jumlah subsidi kerajaan yang semakin meningkat, akibat kenaikan harga minyak di pasaran dunia ataupun sebahagian daripada proses rasionalisasi bagi membantu menstabilkan ekonomi negara.
Jikapun hendak memberikan analisis perbandingan dengan negara lain, berilah analisis perbandingan yang sesuai, bukannya untuk sesuaikan data dengan keperluan dan hujah kita. Analisis akademik menuntut kejujuran kita memberikan data yang tepat. Begitulah!


Ini adalah bukti jelas betapa kata-kata pihak yang membantah kenaikkan harga RON95 dan Diesel sebanyak 20 sen seliter langsung tidak mengakibatk kenaikan harga barangan dan pekhidmatan .. Itu semua adalah fitnah dan dkyah pihak Pakatan Rakyat saja.
Ini semua satu hasutan semata-mata agar rakyat benci dengan Najib Razak dan kerajaan UMNO/BN pimpinannya.
Pakatan Rakyat memang dengki dan iri hati dengan kehebatan dan kejayaan Najib mengurus ekonomi negara.
Mana mungkin sekadar 20 sen boleh manikkan harga barang dan perkhidmatan.
Lebih-lebih pun mereka akan naik 20 sen juga .. Lagi pun bukankah Menteri yang begitu hebat dan pintar bernama Hassan Malek yang berasal dari Kuala Pilah, Negeri Sembilan telah memberi amaran dengan tegas, barang siapa yang sewenang-wenangnya menaikkan harga barang akan diambil tindakan tegas.
Habis menggeletarlah kepala lutut para peniaga yang nak naikkan harga barang dan perkhidmatan mereka.
Cuba baca betul-betul satu surat notis kepada ibua bapa/penjaga dari sebuah syarikat bas sekolah tentang kenaikan harga tambas yang baru yang berkuat kuasa serta merta setelah Najib umumkan kenaikkan harga RON95 dan Diesel sebanyak 20 sen seliter.
Surat itu bertarikh 4hb September. .. Kenaikan dikenakan ialah sebanyak sebanyak RM25 seorang .. Jika tambang sebelum ini berharga RM60 sebulan terus menjadi RM85 sebulan .. Jika RM50 sebulan terus melonjak ke RM75 sebulan .. Kenaikkan sehingga 50% sedangkan kenaikkan harga petrol RON95 dan Diesel sekadar tak sampai 11% .... Tetapiu mengapa ibu bapa dibebankan kenaikkan sampai 50%?
Najib Razak jangkakan sekadar kenaikkan 0.01% jer.
Jelas sekali apa yang Najib laungkan kepada rakyat adalah penipuan semata-mata...Rakyat terus terbeban dengan begitu teruk sekali.
Yang menggunakan perkhidmatan bas sekolah untuk hantar anak-anak kesekolah sudah pasti bukan golongan yang kaya raya. ..Jadi rakyat berpendapatan rendah dan menengahlah kelompok yang majoriti tertekan dan terkesan.
Kalau si Hasan Malek Pilah itu ingat para peniaga gentar dengan dia .. Ini Jawapan Omak Kau.. Malam sikit!!!!!!!
APAKAH SELEPAS INI HASAN MALEK PILAH AKAN GESA IBU BAPA SUPAYA BOIKOT MENGGUNAKAN PERKHIDMATAN BAS SEKOLAH DAN SURUH ANAK-ANAK MEREKA BERJALAN KAKI BERKILO-KILOMETER KE SEKOLAH JIKA DIAMBIL KIRA SARANAN BELIAU YANG BIJAK PINTAR MEMBOIKOT AYAM JIKA HARGA AYAM MAHAL.
WAHAI NAJIB DAN PARA PEMIMPIN UMNO/BN...HENTIKAN TERUS MENERUS MENIPU DAN MENYEKSA RAKYAT!!!