Showing posts with label Metro Harian. Show all posts
Showing posts with label Metro Harian. Show all posts

Tuesday, February 4, 2014

Remaja perempuan kemaruk bertukar-tukar gambar bogel sesama jantina



Kuala Lumpur: Sepatutnya mereka menghabiskan masa menelaah pelajaran, tapi segelintir remaja perempuan bawah umur di negara ini lebih kemaruk bertukar-tukar gambar bogel sesama jantina menerusi telefon bimbit sebelum hubungan songsang mereka berakhir di ranjang.

Lebih membimbangkan, gejala tidak sihat itu membabitkan pelajar sekolah seawal usia 13 tahun dengan aplikasi telefon pintar seperti WeChat dan Line sebagai medan mencari pasangan songsang.

Mendedahkan perkara itu, seorang wanita mahu dikenali sebagai Mia, 25, berkata, dia dipelawa hampir 30 wanita,termasuk gadis bawah umur, yang berminat menjadikannya pasangan songsang selepas berhubung melalui WeChat.

“Saya pasti semua mereka lesbian. Walaupun baru dua hari berkenalan, mereka tanpa segan silu menghantar gambar bogel mereka kepada saya dan meminta saya menghantar gambar sama kepada mereka.

“Selepas itu ada yang ajak saya ke hotel untuk melakukan hubungan seks songsang,” katanya ketika ditemui Metro Ahad disini.

Sumber: Harian Metro

Pencuri rogol patung di pusat beli-belah



SUSPEK (tengah) enggan menjelaskan mengapa dia tergamak memuaskan nafsu pada patung.

Brasilia: Seorang pencuri dirakamkan cuba mengadakan hubungan seks dengan patung peraga pakaian selepas memecah masuk sebuah pusat beli-belah di Jaragua, lapor media semalam.

Aksi lelaki terbabit terdedah selepas pengawal keselamatan di pusat beli-belah itu menyemak rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di premis berkenaan untuk mencari maklumat mengenai beberapa kejadian curi di situ.


Melalui rakaman CCTV itu pengawal keselamatan melihat seorang lelaki mencuri beberapa pasang pakaian.

Pada satu ketika lelaki terbabit dilihat menegakkan sebuah patung di dinding sebelum mencium ‘payudara’ dan melakukan aksi lucah.


Lelaki itu yang menutup mukanya menggunakan kemeja-T dipakai kemudian memakai semula seluarnya sebelum beredar.


Rakaman itu dimuat naik ke YouTube dan sudah dilihat beribu kali sehingga semalam.

Suspek akhirnya ditahan selepas pihak berkuasa dimaklumkan dan mereka mengenal pasti lelaki terbabit apabila dia kembali ke situ.


Pihak polis percaya suspek mencuri baju berkenaan untuk dijual bagi mendapatkan dadah.

Sementara itu, pengurus pusat beli-belah berkenaan Ricardo Carvalho menganggap kejadian itu “terlalu pelik.” “Bayangkan jika dia memecah masuk rumah orang, tidak mustahil dia melakukan perkara seperti itu terhadap seseorang,” katanya dalam satu kenyataan.


Suspek pula mendakwa dia memasuki pusat beli-belah itu kerana “tiada kerja lain.” Bagaimanapun, dia enggan mengulas perbuatan lucahnya itu. - Agensi
Sumber: Harian Metro

Sunday, February 2, 2014

Ibu Tunggal ‘diratah’ anak saudara



Kuala Lumpur: Seorang ibu tunggal berusia 46 tahun mendakwa menjadi mangsa nafsu buas anak saudara lelakinya sendiri berusia 22 tahun dalam kejadian di sebuah rumah di ibu negara, kelmarin.

Lebih mengejutkan, suspek turut membawa rakannya untuk merogol mangsa selain merakam gambar bogel mangsa untuk simpanannya serta mengugut mangsa untuk terus melayan nafsunya jika tidak mahu gambar bogel berkenaan disebarkan.

Menceritakan semula kejadian malang itu, mangsa dikenali sebagai Siti, seorang pekerja am berkata, dia tinggal serumah dengan anak saudaranya itu sejak kematian suami dua tahun lalu tidak pernah menyangka anak saudaranya itu tergamak melakukan perbuatan itu terhadapnya.

Menurutnya, anak saudaranya itu dipelihara seperti anak sendiri.

“Bagaimanapun, minggu lalu, saya menemui klip video lucah dalam telefon bimbitnya dan apabila ditegur dia marah kepada saya sebelum hanya mendiamkan diri selepas itu.

“Kelmarin, ketika kami berdua sedang menonton televisyen di rumah, dia yang baru pulang selepas melepak bersama rakan-rakannya tiba-tiba meminta maaf dengan saya atas kelakuannya tempoh hari sebelum membawa air minuman berkarbonat untuk saya,” katanya.

Katanya, selepas meminum air yang diberikan anak saudaranya itu, tiba-tiba dia berasa pening sebelum tidak sedarkan diri dan apabila tersedar selepas beberapa jam selepas itu mendapati dirinya berada di sebuah rumah lain dan lebih mengejutkan, dia turut tidur bersama anak saudaranya serta rakan lelakinya.

“Ketika itu, baru saya sedar menjadi mangsa nafsu buas kedua-dua lelaki itu dan apabila saya memarahinya, dia menunjukkan gambar bogel saya yang dirakam ketika saya dalam keadaan tidak sedarkan diri.

“Dia turut mengugut saya supaya melayan nafsunya lagi jika tidak mahu dicederakan dan bimbang dengan keselamatan diri, saya membuat aduan di Balai Polis Salak Selatan,” katanya.

Sumber: Harian Metro

Bala ilmu penunduk



Kuala Lumpur: Bimbang suami ingin berkahwin lain atau lebih mengambil berat terhadap ibu kandung, dua wanita ini sanggup melakukan amalan syirik dengan menggunakan sihir atau ilmu penunduk menggunakan benda kotor dan jampi serapah untuk menjinakkan suami.

Jumma, 38, berbuat demikian kerana suaminya mahu berkahwin dengan seorang janda berikutan belum dikurniakan anak selepas lapan tahun mendirikan rumah tangga, manakala Ani, 45, menggunakan ilmu penunduk terhadap suami kerana cemburukan ibu mentuanya sendiri.

Kedua-dua wanita itu adalah contoh segelintir golongan isteri di negara ini yang sanggup menyihir suami demi kepentingan diri. Agama diketepikan asalkan suami ikut telunjuk hasil bantuan elemen syirik.

Diuji tanpa zuriat selepas lapan tahun mendirikan rumah tangga, wanita ini tergamak menggunakan benda kotor termasuk kain kafan bagi mengelap peluhnya sebagai antara ramuan ilmu penunduk bagi menjinakkan suaminya yang hangat bercinta dengan seorang janda muda.
BEKAS minyak air mata duyung yang sudah dimasukkan gumpalan rambut suami, kain kafan, minyak air mata duyung dan jarum.
Bahan itu kemudian dicampur minyak air mata duyung, jarum serta rambut suami untuk dijadikan minyak guna-guna oleh seorang bomoh di Malaysia Timur yang diupah Jumma, 38, bertujuan mengembalikan kebahagiaan rumah tangganya.




Dapatkan akhbar Metro Ahad untuk berita selanjutnya.

Saturday, October 19, 2013

Wanita Dinoda Lepas Disamun Dalam Lif

Gambar Hiasan

Petaling Jaya: Seorang wanita bukan saja disamun, malah dirogol seorang lelaki dipercayai warga asing di kondominium miliknya di Damansara Perdana, di sini Rabu lalu.

Difahamkan, dalam kejadian jam 11 malam itu, mangsa yang juga warga tempatan berusia 38 tahun sedang menaiki lif sebelum diekori lelaki terbabit yang berusia 30-an.



Lelaki terbabit kemudian mengikat tangan dan mengambil wang tunai berjumlah RM800 berserta telefon bimbit yang terletak di dalam beg tangan mangsa.

Mangsa turut diugut sebelum ditolak masuk ke dalam rumah dan dirogol sebelum melarikan diri.


Ketua Polis Daerah Petaling Jaya Asisten Komisioner Arjunaidi Mohamed berkata, siasatan awal polis berjaya menahan seorang lelaki warga asing berusia 40 tahun bagi membantu siasatan.


Katanya, lelaki terbabit ditahan di Cheras pagi semalam bagi membantu polis memburu suspek sebenar yang merogol mangsa.

“Hasil siasatan awal, polis mengesyaki suspek telah menjual telefon bimbit mangsa kepada lelaki lain.

“Polis juga percaya perbuatan ini dilakukan penyewa atau penduduk di situ kerana sistem kawalan keselamatan kondominium dikawal rapi 24 jam dan pelawat memerlukan kad akses untuk masuk ke dalam bangunan,” katanya.

Menurut Arjunaidi, polis masih menyiasat lanjut berhubung perkara itu dan lelaki terbabit direman bermula semalam.

Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan kerana merogol dan Seksyen 394 Kanun Keseksaan kerana sengaja menyebabkan kecederaan dengan melakukan rompakan.HARIAN METRO

Wanita Dinoda Lepas Disamun Dalam Lif

Gambar Hiasan

Petaling Jaya: Seorang wanita bukan saja disamun, malah dirogol seorang lelaki dipercayai warga asing di kondominium miliknya di Damansara Perdana, di sini Rabu lalu.

Difahamkan, dalam kejadian jam 11 malam itu, mangsa yang juga warga tempatan berusia 38 tahun sedang menaiki lif sebelum diekori lelaki terbabit yang berusia 30-an.



Lelaki terbabit kemudian mengikat tangan dan mengambil wang tunai berjumlah RM800 berserta telefon bimbit yang terletak di dalam beg tangan mangsa.

Mangsa turut diugut sebelum ditolak masuk ke dalam rumah dan dirogol sebelum melarikan diri.


Ketua Polis Daerah Petaling Jaya Asisten Komisioner Arjunaidi Mohamed berkata, siasatan awal polis berjaya menahan seorang lelaki warga asing berusia 40 tahun bagi membantu siasatan.


Katanya, lelaki terbabit ditahan di Cheras pagi semalam bagi membantu polis memburu suspek sebenar yang merogol mangsa.

“Hasil siasatan awal, polis mengesyaki suspek telah menjual telefon bimbit mangsa kepada lelaki lain.

“Polis juga percaya perbuatan ini dilakukan penyewa atau penduduk di situ kerana sistem kawalan keselamatan kondominium dikawal rapi 24 jam dan pelawat memerlukan kad akses untuk masuk ke dalam bangunan,” katanya.

Menurut Arjunaidi, polis masih menyiasat lanjut berhubung perkara itu dan lelaki terbabit direman bermula semalam.

Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan kerana merogol dan Seksyen 394 Kanun Keseksaan kerana sengaja menyebabkan kecederaan dengan melakukan rompakan.HARIAN METRO

Tuesday, October 8, 2013

Lelaki pegang punggung wanita ‘reda sakit’ tangan



MURNI bersama laporan polis dibuatnya selepas dicabul pesakit.

Segamat: Seorang lelaki berusia 40-an yang menerima rawatan di sebuah klinik di Labis, di sini, akibat bengkak di telapak tangan kanan sempat mencabul seorang kakitangan wanita pusat perubatan berkenaan, kelmarin.

Dalam kejadian jam 3.30 petang itu, lelaki terbabit mendakwa tangannya itu amat sakit dan kesakitan berkenaan hanya mampu diredakan dengan memegang objek lembut saja.

Ketika mendedahkan perkara itu, mangsa yang hanya dikenali sebagai Murni, 29, berkata, dia lalu di sebelah lelaki terbabit sebelum terasa ada sesuatu di punggungnya.

“Lelaki terbabit sedang mendapatkan rawatan daripada doktor ketika saya berjalan di sebelahnya. Pada mulanya, saya menyangka seluar jean dipakai terkena pada bucu meja doktor.

“Bagaimanapun, saya terkejut mendapati ia perbuatan lelaki itu yang meletakkan tangannya pada punggung kiri saya.


“Saya segera menepis tangannya dan terus memarahi lelaki terbabit. Doktor yang ketika itu sedang menulis laporan berkaitan penyakit lelaki berkenaan turut memarahinya,” katanya, semalam.

Menurut Murni, ketika ditanya, lelaki terbabit memberi alasan bahawa dia melakukannya bagi meredakan kesakitan pada tangannya.

Murni berkata, lelaki terbabit juga tidak menunjukkan sebarang reaksi ketika dimarahi.

“Lelaki terbabit kemudiannya berlari keluar dari bilik rawatan. Ini kali pertama pesakit melakukan perkara kurang sopan terhadap kakitangan klinik ini,” katanya.

Murni kemudian melaporkan kejadian di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Segamat pada hari kejadian.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Superintendan Mohd Kamil Sukarmi ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan dibuat mangsa berkaitan kejadian.

“Suspek masih dikesan dan dia dipercayai menghilangkan diri sejurus kejadian,” katanya.


MyMetro

Saturday, October 5, 2013

Terima kehadiran cucu walau hasil diperkosa




Gambar hiasan. Foto: Google
Sepang: “Walaupun saya mendapat cucu dengan cara begini, saya tetap sayangkan Adam. Saya anggap dia pengganti arwah isteri saya genap setahun lalu. Keletahnya setiap hari menyebabkan saya terlupa dia tidak mempunyai bapa.

“Saya terima dengan hati terbuka keadaan ini biarpun anak saya, Aina baru berusia 15 tahun ketika melahirkannya lebih setahun lalu. Hidup kami bahagia, namun sebagai bapa, saya mahu ibu Adam kembali ke sekolah seperti biasa,” kata seorang bapa yang hanya mahu dikenali sebagai Man, 44.


Menurutnya, hati bapa mana tidak tersentuh mengenangkan nasib anaknya yang menjadi mangsa rogol lima rakan sekolah dan kemudian diperkosa warga Bangladesh berhampiran rumah, namun ia bukanlah penghalang untuk dia menyayangi bayi berkenaan.

Baginya, dia menganggap kejadian itu takdir Ilahi walaupun terpaksa berdepan pelbagai cemuhan dan pandangan serong jiran tetangga, namun dia perlu meneruskan kehidupan sebagai bapa tunggal untuk menjaga lima anaknya dan seorang cucu.


“Selepas kejadian pertama, saya dan arwah isteri nekad menjaga cucu kami, namun dia hanya sempat melihat wajah Adam selama dua bulan sebelum meninggal dunia. “Sejak itu, bebanan terletak di bahu saya seorang. Pada mulanya, saya agak terumbang-ambing kerana tiada siapa menjaga anak dan cucu yang baru dilahirkan,” katanya memberitahu ia tidak menghalang niatnya untuk membesarkan cucunya itu. Katanya, arwah isteri meninggal dunia pada 28 September tahun lalu dalam van ketika menunggu anak pulang dari sekolah kerana penyakit darah tinggi.


“Kematian isteri hanya disedari sebaik anak dan rakan sekolahnya menghampiri van berkenaan. Saya rasa isteri mengalami tekanan memikirkan nasib keluarga kami, tambahan pula cemuhan masyarakat.

“Dalam keadaan kelam kabut itulah, seorang lelaki warga Bangladesh mengambil kesempatan memperkosa anak saya itu beberapa hari lalu.


“Biarpun berat, saya terima juga ketentuan Tuhan. Mungkin sudah nasib saya begini,” katanya yang membuat laporan di Balai Polis Dengkil mengenai kejadian itu, Isnin lalu.

MyMetro


Friday, October 4, 2013

Lelaki maut diurut tujuh wanita



Al-Ain: Tujuh wanita Bangladesh berdepan tuduhan membunuh seorang lelaki senegara mereka selepas mencekik mangsa ketika berpura-pura mengurutnya.

Menurut sumber, tujuh wanita terbabit mengaku melakukan jenayah itu, tetapi berkata, mereka bertindak demikian selepas mangsa merampas pasport dan memaksa mereka menjadi pelacur.


Tertuduh memberitahu pendakwa raya, lelaki terbabit yang juga pemandu peribadi membawa mereka dari Ajman ke Al-Ain dengan janji untuk mendapatkan pekerjaan. Bagaimanapun, selepas tiba di bandar oasis itu, dia merampas pasport dan mengurung tertuduh selain memaksa mereka menjadi pelacur.

 “Seorang daripada wanita terbabit berpura-pura menawar untuk mengurut mangsa dan apabila dia bersetuju, enam wanita yang lain masuk ke dalam bilik berkenaan dan mencekik mangsa dengan sehelai kain hingga mati,” lapor sumber berkenaan.

MyMetro

Friday, September 13, 2013

Aksi Pengantin Baru: Aksi lagak ngeri di hari persandingan.

Ipoh: Aksi lagak ngeri mencuri tumpuan pada hari bersejarah pasangan pengantin, Sharifudin Shahrin, 28, dan isteri, Nurhafizah Fakhrudin, 27, pada majlis perkahwinan di Kampung Sri Kinta, di sini, semalam.



Dalam cuaca panas terik, pengantin lelaki, Sharifudin atau dikenali dengan panggilan Dino membuat aksi unik itu di perkarangan rumah keluarga pengantin.


Pada majlis itu Sharifudin menunjukkan aksi 'dough nut' (memusing bulatan) dan 'wheelie' selama hampir 20 minit.


Dia yang juga bekas 'mat rempit' membuka bengkel motosikal di bandar raya ini sebagai juruteknik manakala isterinya bertugas sebagai kerani bank.

metro

Sunday, August 25, 2013

Penjual Ikan Maut Kena Tujuh Das


Gambar Hiasan






Temerloh: Seorang lelaki ditemui mati dengan tujuh kesan tembakan termasuk dua di kepala dalam kejadian di Kampung Buntut Pulau, di sini, kelmarin.

Mayat mangsa, Abd Majid Abd Rahman, 47, beralamat di Taman Setia, di sini, yang juga seorang penjual ikan ditemui orang awam di kawasan pam pasir kampung berkenaan jam 9.05 malam sebelum melaporkan kejadian itu kepada polis.


Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Pahang Senior Asisten Komisioner Mohd Zakaria Ahmad berkata, mangsa dipercayai ditembak dari jarak dekat dan meninggal dunia akibat tembakan di kepala dan dada.

Katanya, anggotanya bergegas ke lokasi kejadian selepas dimaklumkan penemuan itu dan mayat mangsa kemudian dibawa ke Hospital Sultan Haji Ahmad Shah (HOSHAS), di sini, untuk bedah siasat.


Beliau berkata, hasil bedah siasat dijalankan mendapati mangsa meninggal dunia akibat terkena tujuh das tembakan iaitu dua di kepala, dada, bahu kiri, bahu kanan, belakang paha kiri dan kanan.


“Isteri mangsa memaklumkan suaminya keluar dari rumah mereka pada 18 Ogos (Ahad) lalu.

“Dia (isteri) kemudian mencari suaminya itu dan menemui kereta jenis Proton Perdana milik mangsa di kawasan pam pasir itu pada 21 Ogos lalu,” katanya ketika dihubungi, di sini, semalam.


Mohd Zakaria berkata, isteri mangsa kemudian membuat satu laporan polis berhubung kehilangan Abd Majid di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Temerloh pada hari sama sebelum mayat mangsa ditemui malam kelmarin.


“Polis masih menjalankan siasatan lanjut berhubung kejadian itu dan kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan,” katanya.harian metro

Saturday, August 24, 2013

Tiada pelajar kita ditahan


Oleh Siti A’isyah Sukaimi
Sepang: “Jika berlaku sebarang perkara yang tidak diingini, kita tidak akan bertanggungjawab kerana kita sudah beritahu dari awal lagi supaya jangan terbabit dengan konflik yang berlaku di Mesir,” kata Timbalan Menteri Luar Datuk Hamzah Zainuddin menolak spekulasi kononnya pelajar Malaysia ditahan di Mesir kerana mempunyai kaitan dengan kumpulan pemberontak.
Menurutnya, Kementerian Luar melalui Kedutaan Malaysia di Mesir sudah menasihatkan rakyat termasuk pelajar Malaysia yang berada di negara bergolak itu supaya tidak campur tangan dengan pergolakan di sana. 
“Jika dilaporkan ada yang ditahan dan berlaku sebarang perkara kepada mereka, kita tidak akan bertanggungjawab kerana kita sudah mengeluarkan kenyataan tegas dan memberitahu mereka dari awal lagi supaya jangan sesekali campur tangan dengan konflik di sana. 

“Manusia biasa ini kadangkala ada perasaan kononnya mereka lebih mengetahui berbanding orang lain dan sebab itu masalah seperti ini timbul. Mengapa kita sebagai rakyat yang bukan dari negara itu campur tangan dan membuat demonstrasi bersama kumpulan di sana,” katanya ketika ditemui media selepas menyambut kepulangan pelajar Malaysia di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di sini, semalam.
Foto
KAMALANATHAN dan Zaini (tengah) bersama sebahagian rakyat Malaysia termasuk pelajar yang pulang menaiki pesawat AirAsia X tiba di KLIA, pagi semalam.

Hadir sama Timbalan Menteri Pendidikan II P Kamalanathan, Menteri Besar Kelantan Datuk Ahmad Yakob dan Ketua Setiausaha II Kementerian Pendidikan Datuk Seri Dr Zaini Ujang.

Adaptasi hidup sebagai suami

Kritikan pedas dan komen negatif yang pernah singgah mengenai perkahwinannya tidak lama dulu sudah pelakon dan penyanyi bergelar Izzue Islam ini lempar jauh-jauh.

Bagi Izzue yang juga anggota kumpulan Forteen, jika digusarkan setiap kata-kata orang, ia hanya memakan diri sendiri.
Jelas pemuda berusia 23 tahun ini, daripada fikirannya semak dengan isu remeh jarak usianya dan isteri, Nurinafilah Waharudin atau Awin yang berusia 31 tahun, lebih baik ia jangan dilayan.

Izzue atau nama sebenarnya Muhammad Izzul Islam Mazlan mengakui, bahtera perkahwinan yang dilayari sejak 2 Jun lalu cukup indah dan membahagiakan.
Foto

"Saya tak nak toleh ke belakang dan terus bercakap mengenai hal remeh-temeh yang seolah mempertikaikan urusan jodoh.

‘Adam rindu mama’

Oleh Arifin Salleh

Alor Gajah: Biarpun dipisahkan kematian, kasih mendalam terhadap ibunya membuatkan seorang kanak-kanak berusia lima tahun sanggup mengunjungi pusara ibu setiap hari sejak lapan bulan lalu di Taman Sebang Gemilang, dekat sini.
Setiap kali berkunjung ke pusara ibunya, kanak-kanak itu Adam Noramzar Syahrizal akan ‘memberitahu’ ibunya bahawa dia datang menziarah sambil mengucup batu nisan.
Malah, setiap kali melangkah keluar meninggalkan tanah perkuburan itu, air mata pasti berlinangan di pipi Adam selepas memanjatkan doa untuk arwah ibunya, Noorzalina Ismail, 31, yang pergi menghadap Ilahi kerana penyakit radang paru-paru, Januari lalu.

Kanak-kanak itu bergelar yatim piatu kerana bapanya, Syahrizal Ibrahim, 29, terlebih dulu pergi menghadap Ilahi akibat penyakit misteri, hampir lima tahun lalu.
Foto
ADAM mengunjungi pusara ibunya pada hari raya lalu.

Adam berkata, saban hari dia merindui ibunya dan atas alasan itulah ke pusara pada waktu petang.

Tuesday, August 20, 2013

Sukar dibeza

Dannok (Selatan Thailand): “Ramai orang Malaysia datang beli macam-macam pistol seperti jenis Glock dan Sig Sauer di kedai saya. Memang ia pistol tiruan tapi kalau diletak bersebelahan pistol sebenar, sukar nak bezakan.
“Mudah saja nak bawa pistol ini masuk ke Malaysia. Selepas beli, simpan di pekan ini dua tiga hari sebelum datang balik naik kereta lain dan membawanya masuk Malaysia.” 
Demikian kata seorang peniaga pistol angin atau ‘airsoft gun’ di pekan ini ketika mendedahkan mengenai pembelian senjata tiruan itu oleh ramai rakyat Malaysia yang datang melancong.

Lelaki berusia 30-an itu yang mahu dikenali sebagai Sam berkata, pistol ituyang didakwanya dibuat di Taiwan dan China dijual dengan harga RM700 hingga RM950 mengikut jenis dan kelengkapan dikehendaki.
Foto
PISTOL angin mudah dibeli di pekan Dannok.

“Harga pistol angin mahal sikit sebab diperbuat daripada besi, tahan lasak. Selain pistol, saya juga menjual peluru atau palet pistol diperbuat daripada bebola besi, serta aksesori pistol angin termasuk teropong mirip penembak tepat serta gas mampatan,” katanya.