Sukatan air dan beras
Sukatan air hanya perlu disukat menggunakan ruas jari. Sebenarnya
setelah beras dibasuh dan diletak air, anda hanya perlu meletakkan jari
telunjuk atau hantu anda di atas permukaan beras.
Sukat air sehingga mencecah ruas jari pertama anda dan ia menandakan
sukatan airnya sudah mencukupi. Pasti nasi yang ditanak peroi dan elok
masaknya.
Anda boleh juga menggunakan sukatan cawan, jika satu cawan beras yang
digunakan adalah bersamaan dengan 1¼ cawan untuk airnya. Sekiranya anda
menanak nasi yang banyak, saya lebih suka mencadangkan anda menyukat
dengan sukatan cawan.
Sukatan air dengan jari hanya bersesuaian untuk kuantiti beras yang
sedikit. Berbeza pula dengan beras beriani sukatan airnya adalah
bersamaan dengan sukatan beras. Sekiranya 1 cawan mangkuk beras adalah
bersamaan 1 mangkuk sukatan air juga.
Nasi peroi
Anda perlu mengikut sukatan air yang betul dan sekiranya nasi itu telah
kering biarkan seketika beberapa minit. Kemudian, buka tudung periuk dan
kais serta gembur beras itu.
Gembur nasi itu seketika sahaja kerana khuatir nasi akan hancur pula
nanti. Cara ini akan mengurangkan lekatan pada nasi di dalam periuk
apabila ia mengeras nanti jadi nasi akan peroi selepas masak.
Tutup semula dan biarkan lebih kurang 10 minit dan anda akan dapati nasi
itu kering dengan elok dan bolehlah disenduk untuk dimakan.
Tip nasi tidak cepat basi
Pastikan beras dibasuh bersih dan airnya hampir jernih. Ini akan
melambatkan nasi menjadi cepat basi. Orang tua-tua pernah berpesan
kepada saya jika beras yang dicuci tiga kali ia lebih bersih. Jika ada
lebihan nasi yang tidak habis dimakan, simpanlah nasi di dalam peti
sejuk kerana lebihan itu boleh dicampur kembali apabila menanak nasi
nanti.
Lebihan nasi yang disimpan juga boleh digunakan untuk membuat nasi
goreng tetapi nasi itu tidak terlalu lembik kerana nasi yang terlalu
lembik tidak sesuai untuk dibuat nasi goreng.
SELAMAT MENCUBA!
Cara-cara petua
No comments:
Post a Comment