Setiap bulan, kira-kira 100
wanita dan lelaki mengunjungi salun rawatan kulit Shizuka tidak jauh
dari Fifth Avenue di Manhattan bagi mendapatkan perkhidmatan berkenaan.
Pengamalnya
mendakwa najis burung itu mampu mengekalkan kelembutan serta kehalusan
kulit melalui enzim yang ada pada najis berkenaan.
Pemilik spa
itu, Shizuka Bernstein berkata proses rawatan digelarnya sebagai
Rawatan Muka Geisha bermula sejak lima tahun lalu. “Saya cuba membawa
rahsia kecantikan Jepun ke AS selepas mempelajari teknik rawatan ini
daripada ibu saya,” katanya. Walaupun secara relatif jarang didapati di
AS, rawatan itu sebenarnya biasa di Jepun dan mula diamalkan sejak
1600-an di kalangan pelakon dan geisha.
Kerana itu, kata
pemilik spa sekihatan Ten Thousand Waves di Santa Fe, New Mexico, Duke
Klauck, golongan warga emas Jepun tetap memiliki kulit yang cantik
walaupun sudah berusia lewat. Rawatan di spa Shizuka itu bermula dengan
proses membuka liang roma kulit melalui pendedahan kepada wap panas.
Kemudian krim disapu sebelum najis burung dilumurkan pada kulit. Najis
burung itu dicampur dengan beras dan disapu ke kulit.
Sementara itu, salah seorang pelanggan spa mewah berkenaan berkata, bahan itu berbau seperti “beras dipanggang.” – AP

No comments:
Post a Comment