Azhar,
30-an berkata, dia sangat menyenangi sifat manja Ella itu yang
dirasakannya dapat mengeratkan lagi hubungan mereka suami-isteri.
“Mungkin
ada orang kata dia gedik dan sebagainya tetapi itu adalah dirinya.
Sikap itu sebenarnya tidak keterlaluan berbanding ketika dia berada di
rumah bersama saya.
“Saya langsung tidak melihat ia sebagai
satu masalah kerana ia mengeratkan hubungan kami suami isteri dalam
banyak perkara,” katanya kepada mStar Online.
Ella atau nama
sebenarnya Norzila Aminudin, 46 dan Azhar iaitu seorang juruterbang
syarikat Firefly berkahwin pada 7 Julai 2012 di rumah keluarga penyanyi
lagu Layar Impian itu di Teluk Gadong, Klang, Selangor.
Dalam
pada itu, Ella berkata, dia sangat bertuah dapat bersuamikan Azhar dan
menyifatkan lelaki itu sebagai budiman dan rajin membantunya jika berada
di rumah.
Jelas Ella, mereka suami isteri juga sering
bermuhasabah jika timbul sebarang masalah dan menyifatkan cara itu
memberi kesan baik.
“Jika tidak bekerja Azhar rajin membantu
saya di rumah sama ada mengemas, memasak dan sebagainya. Selepas setahun
berkahwin kami lebih mengenali hati budi masing-masing dengan lebih
baik,” ujarnya.
Sementara itu, Ella berkata, dia dan suaminya
akan menyambut Hari Raya Aidilfitri pada tahun ini di kampung halaman
suaminya di Muar, Johor.
Kata Ella, dia sangat teruja setiap kali dapat balik ke kampung suaminya kerana sukakan suasana desa yang tenang dan damai.
“Berhari
raya di kampung lebih meriah dan dapat berkenalan dengan sanak saudara
sebelah suami namun kami hanya akan pulang selama beberapa hari sahaja
kerana komitmen kerja,” ujarnya.
Bercakap mengenai
perkembangan kerjayanya, Ella berkata, dia bakal muncul dengan sebuah
konsert solo di tiga lokasi bermula September hingga Disember depan.
Bagaimanapun lokasi konsert tersebut masih belum diputuskan oleh pihak penganjur.
“Saya
juga akan terlibat dengan sebuah konsert akustik di Dewan Filharmonik
Petronas (DFP) pada September ini sebelum sibuk dengan konsert solo itu
nanti.
“Sudah tentu saya teruja dengan perancangan tersebut
kerana sudah lama tidak muncul dengan konsert solo. Harap peminat akan
ramai-ramai menghadiri persembahan itu nanti,” katanya. – mstar Online

No comments:
Post a Comment