Friday, September 13, 2013

Pin It

Widgets

Tips & Petua Menangani Suami Anda Yang Kuat Merajuk!

Petua Menangani Suami Anda Yang Merajuk      Biasanya suami tidak merajuk. Kerana yang merajuk hanyalah orang perempuan yang menggunakan emosi dan bahasa badan untuk menyampaikan mesej kepada orang lain terutama sekali kepada orang yang disayangi. Merajuk terjadi apabila usaha seseorang wanita untuk menyampaikan sesuatu mesej melalui lisan sudah tidak berkesan. Maka dia gunakan strategi bahasa badan dengan menyendiri atau "boikot" sesuatu aktiviti dengan harapan pasangan itu sedar, faham dan datang menyatakan kemaafan.   Peringkat perempuan mendiamkan diri, tidak mahu bercakap ini adalah peringkat yang sudah parah. Tetapi masih ada lagi harapan jika pasangan itu sedar dan kembali dengan kemaafan. Peringkat yang teramat parah dan tidak boleh disembuh lagi ialah apabila wanita ini sudah tidak kisah lagi kemana dia pergi, apa dia nak buat, dan dengan siapa dia ingin berjumpa.  Jadi, bagaimana lelaki "merajuk"? Lelaki memang kurang menggunakan emosinya. Dia lebih menggunakan panas barannya untuk bertindak. Larinya suami ini bukan bererti dia merajuk.  Tujuannya ialah:  1. Untuk menenangkan kemarahan dalam dirinya, jika dia tunggu, dikhuatiri dia akan lebih marah.  2. Untuk menenangkan fikiran isterinya. Ini berdasarkan minda lelaki sebagaimana dia memisahkan dirinya daripada keadaan yang tegang itu. Memang perempuan akan terus bercakap untuk menenangkan fikiran. Tetapi kefahaman lelaki berbeza.  3. Jika dia marah, biasanya keupayaan lisannya terhenti. Dia membisu. Dia tidak mampu untuk berkata-kata semasa dia marah. Dia hanya mampu untuk membalas kata-kata atau dengan menjawab menggunakan tindakan yang extreme seperti penampar, penumbuk atau sepak terajang.  Apa peranan isteri kalau suami merajuk dan tinggalkan anda semasa anda sedang marah atau berleter?  1. Positiflah kepadanya. Dia sedang menenangkan fikirannya.  2. Bersyukurlah kerana jika dia tunggu juga, dia akan membelasah anda.  3. Beritahu dia awal-awal, yang anda ingin mendengar sekejap hasrat di hati dan ingin menyampaikan sesuatu padanya. Skripnya demikian "Abang, saya nak mengadu satu hal, saya minta abang dengar aje. Saya minta hanya 10 minit aje.. Ok, kalau abang dah bersedia.. beritahu saya ya". Pasti dia sanggup mendengarnya.  4. Kalau dia kembali semula, sediakan minuman kegemarannya. Bawa cerita lain dahulu. Biarkan suami sendiri yang memulakan isu yang dia merajuk itu. Jika terlama sangat dia tidak membawa isu itu, anda bolehlah buka semula semasa dia dalam keadaan atau mood yang baik dan bersedia menerima teguran.   "Suami merajuk jangan pujuk Egonya sukar untuk ditunduk Bebaskan saja di mana duduk Biarkan hatinya sendiri sejuk."  "Beri tumpuan seperti biasa Tumpah belaian usah ketara Sediakan ruang berikan masa Buatlah seperti tiada apa-apa."  "Jangan ditanya perasaan lelaki Gelora rasa terpendam di hati Merajuknya tambah menjadi-jadi Itu peluangnya melangkah kaki.:"
Biasanya suami tidak merajuk. Kerana yang merajuk hanyalah orang perempuan yang menggunakan emosi dan bahasa badan untuk menyampaikan mesej kepada orang lain terutama sekali kepada orang yang disayangi. Merajuk terjadi apabila usaha seseorang wanita untuk menyampaikan sesuatu mesej melalui lisan sudah tidak berkesan. Maka dia gunakan strategi bahasa badan dengan menyendiri atau "boikot" sesuatu aktiviti dengan harapan pasangan itu sedar, faham dan datang menyatakan kemaafan.

Peringkat perempuan mendiamkan diri, tidak mahu bercakap ini adalah peringkat yang sudah parah. Tetapi masih ada lagi harapan jika pasangan itu sedar dan kembali dengan kemaafan. Peringkat yang teramat parah dan tidak boleh disembuh lagi ialah apabila wanita ini sudah tidak kisah lagi kemana dia pergi, apa dia nak buat, dan dengan siapa dia ingin berjumpa.

Jadi, bagaimana lelaki "merajuk"? Lelaki memang kurang menggunakan emosinya. Dia lebih menggunakan panas barannya untuk bertindak. Larinya suami ini bukan bererti dia merajuk.

Tujuannya ialah:

1. Untuk menenangkan kemarahan dalam dirinya, jika dia tunggu, dikhuatiri dia akan lebih marah.

2. Untuk menenangkan fikiran isterinya. Ini berdasarkan minda lelaki sebagaimana dia memisahkan dirinya daripada keadaan yang tegang itu. Memang perempuan akan terus bercakap untuk menenangkan fikiran. Tetapi kefahaman lelaki berbeza.

3. Jika dia marah, biasanya keupayaan lisannya terhenti. Dia membisu. Dia tidak mampu untuk berkata-kata semasa dia marah. Dia hanya mampu untuk membalas kata-kata atau dengan menjawab menggunakan tindakan yang extreme seperti penampar, penumbuk atau sepak terajang.

Apa peranan isteri kalau suami merajuk dan tinggalkan anda semasa anda sedang marah atau berleter?

1. Positiflah kepadanya. Dia sedang menenangkan fikirannya.

2. Bersyukurlah kerana jika dia tunggu juga, dia akan membelasah anda.

3. Beritahu dia awal-awal, yang anda ingin mendengar sekejap hasrat di hati dan ingin menyampaikan sesuatu padanya. Skripnya demikian "Abang, saya nak mengadu satu hal, saya minta abang dengar aje. Saya minta hanya 10 minit aje.. Ok, kalau abang dah bersedia.. beritahu saya ya". Pasti dia sanggup mendengarnya.

4. Kalau dia kembali semula, sediakan minuman kegemarannya. Bawa cerita lain dahulu. Biarkan suami sendiri yang memulakan isu yang dia merajuk itu. Jika terlama sangat dia tidak membawa isu itu, anda bolehlah buka semula semasa dia dalam keadaan atau mood yang baik dan bersedia menerima teguran.


"Suami merajuk jangan pujuk
Egonya sukar untuk ditunduk
Bebaskan saja di mana duduk
Biarkan hatinya sendiri sejuk."

"Beri tumpuan seperti biasa
Tumpah belaian usah ketara
Sediakan ruang berikan masa
Buatlah seperti tiada apa-apa."

"Jangan ditanya perasaan lelaki
Gelora rasa terpendam di hati
Merajuknya tambah menjadi-jadi
Itu peluangnya melangkah kaki.:"

No comments:

Post a Comment