Samsung Electronics hari ini secara rasminya telah pun memperkenalkan phablet terbaru
mereka, iaitu Galaxy Note 3. Bersama-sama dengannya, ia turut
membawakan kemaskini kepada sokongan S-Pen dengan beberapa fungsi baru.
Dari segi spesifikasi terlebih dahulu, ia membawakan skrin bersaiz
5.7-inci dengan sokongan paparan HD penuh, dua pilihan cip pemprosesan
berdasarkan sokongan rangkaian (3G atau LTE), kamera belakang
13-megapixel, kamera hadapan 2-megapixel, dan turut didatangkan dengan
sokongan NFC, IR LED, dan bateri berkapasiti 3200mAh.
Dari segi rekabentuk, Samsung mengatakan ia membawakan rekaan yang
artistik dengan dilengkapi kerangka belakang yang lebih sedap untuk
dipegang ketika dikendalikan.
S-Pen dikemaskini dengan beberapa sokongan baru, termasuk AirCommand,
Action Memo, Scrapbook, Screen Write (rakam paparan skrin dan tulis
padanya), Pen Window (membuka tetingkap baru untuk tujuan multitasking)
dan beberapa yang lain.
Salah satu aplikasi baru yang turut disertakan adalah My Magazine,
membolehkan pengguna mengikuti pelbagai kemaskini semasa daripada
laman-laman berita dan juga rangkaian sosial. Samsung mengatakan ia
dibangunkan dengan kerjasama pihak Flipboard, dan diintegrasikan ke
Galaxy Note 3.
Beberapa fungsi lain yang turut disertakan adalah sokongan keselamatan Samsung KNOX, dan juga fungsi Find My Mobile.
Galaxy Note 3 dijangka akan ditawarkan ke pasaran global bermula penghujung September ini.
No comments:
Post a Comment