Sunday, September 15, 2013

Pin It

Widgets

Menggelikan!!Pasar Daging Yang Paling Pelik Aneh Dan Rare

Pasar Beriman Tomohon di Sulawesi Utara, sekilas pandang kelihatan seperti pasar tradisional seperti kebiasaannya. Ada yang menjual daging , ikan , sayur- sayuran , serta bahan makanan dan barang dapur . Namun apabila kita melangkahkan kaki lebih jauh lagi ke dalam pasar , kita akan menemui peniaga-peniaga yang menjual binatang pelik yang tidak patut dimakan.

Bandar Tomohon yang jarak perjalanannya sekitar satu jam dari bandar Manado ini merupakan salah satu tarikan di Sulawesi Utara kerana alamnya yang indah. Bandar ini terletak di antara Gunung Mahawu dan Gunung Lokon .

Pasar Beriman Tomohon adalah salah satu destinasi pelancongan . Pasar ini selalunya ramai pembeli setiap hari dan intensitasnya akan meningkat saat akhir seperti Sabtu- Ahad. Pada Sabtu dan Ahad biasanya jalan menuju pasar akan penuh sesak kerana banyaknya pengangkutan awam dan kereta yang bergerak menuju pasar ini.

Apa yang menarik dari pasar ini? Di samping menjual pelbagai keperluan sehari -hari, pasar ini juga menjual pelbagai jenis daging binatang. Dan binatang yang dijual tidak akan anda dapati di pasar - pasar tradisional lain. Binatang- binatang ini , baik yang dijual dalam keadaan hidup atau sudah mati , biasa dijadikan santapan bagi penduduk sekitar Tomohon .
Apabila anda melangkah masuk ke pasar maka anda akan melihat longgokan tikus yang telah dibakar. Nampaknya tikus menjadi salah satu barang dagangan yang cukup laris, kerana banyak peniaga yang menjajakan binatang ini.babi hutan pun dijual di pasar ini. Berbeza dengan babi ternakan yang ukurannya besar dan berwarna putih , saiz babi hutan lebih kecil dengan bulu berwarna hitam. Sebahagian sudah di buang kulit, dan sebagian lainnya masih segar.

Ada pula satu peniaga yang menjual ular sawa. Kelihatan beberapa pembeli tengah menunggu daging ular yang dipotong dan ditimbang . 
Menurut masyarakat setempat, hanya babi dan anjing yang cukup umum digunakan di wilayah Sulawesi Utara. Kucing dan tikus merupakan bahan masakan khas Tomohon saja . " Kebanyakan yang makan kucing adalah anak muda. Setiap suku dan daerah memang mempunyai makanan khas yang dan kebudayaan yang berbeza-beza. Dan inilah yang membuat Indonesia sangat kaya dengan makanan yang pelik dan unik . lihat video di bawah




No comments:

Post a Comment