Monday, September 16, 2013

Pin It

Widgets

Kampung Terpaksa Guna Cahaya Matahari Buatan


Di Itali, ada sebuah desa yang menarik pelancong kerana keunikannya. Bayangkan, desa yang ada di dalam lembah ini mempunyai matahari sendiri.

Viganella adalah sebuah desa yang terdapat di dasar lembah yang ada di Piedmont, Provinsi Verbano-Cusio-Ossola, Itali. Hampir sepanjang tahun, desa ini tidak pernah disinari oleh matahari seperti kawasan-kawasan lain di dunia. Pada ketika musim sejuk datang, masyarakat Viganella boleh merasakan sejuk yang luar biasa.

Idea kreatif muncul dari kepala Giacomo Bonzani, arkitek yang cuba membuatk matahari untuk Viganella. Pada awalnya, banyak dikalangan mereka yang membatah idea arkitek itu kerana dikatakan mustahil. Namun, Giacomo telah membuktikannya dengan mewujudkan semua yang ada di kepalanya tersebut.

"Tapi saya yakin. Saya percaya pada ilmu fizik," ungkap Bonzani.

Bonzani membuat cermin raksasa yang boleh memantulkan cahaya matahari ke arah desa yang ada di dasar lembah. Cermin raksasa ini kemudian diberi nama oleh masyarakat Viganella sebagai matahari buatan.

Cermin tersebut dikendalikan oleh perisian komputer agar dapat mengesan di mana sumber matahari dan boleh memantulkannya secara automatik ke arah kampung. Tidak hanya masyarakat Viganella saja yang boleh merasakan kesan dari sinar matahari tersebut, tapi juga para pelancong yang ingin tahu idea kreatif ini.

Selain berfungsi menyinari desa, ternyata matahari buatan iini juga sudah menjadi destinasi pelancongan. Pengunjung yang datang tidak hanya dari Itali saja, tapi juga dari pelbagai negara. Lembah ini mempunyai pemandangan yang sangat cantik lengkap dengan hawanya yang sejuk. Masyarakat Viganella juga sangat ramah dengan para pengunjung yang datang


No comments:

Post a Comment