"Saya memegang watak sebagai Faizal dalam filem ini. Faizal merupakan seorang lelaki yang gemar memukul perempuan. Faizal sering memukul isterinya, Fathia, lakonan Nora. Walau begitu, secara realitinya, saya menentang 100 peratus keganasan kepada pihak wanita. Saya kurang gemar dengan karakter tersebut tapi sebagai pelakon, saya telah cuba merealisasikan watak Faizal dengan sebaik mungkin," jelas Farid ketika ditemui di majlis tayangan filem 'Bencinta' di TGV Sunway Pyramid pada Isnin.
"Cabaran watak ini sangat besar. Saya diberi mandat untuk memukul wanita yang juga merupakan isteri saya. Saya kena berhati-hati dalam melakonkan watak tersebut, lebih-lebih lagi ketika babak yang memerlukan saya memukul Nora. Apabila kami melakukan babak aksi pukul memukul, Nora telah memberikan sepenuh kerjasama untuk memenuhi tuntutan watak masing-masing," ujar Farid yang pernah bergandingan dengan Nora menerusi filem 'Cuti-Cuti Cinta'.
Dalam pada itu, mengulas mengenai perkembangan Majlis Khatam Al-Quran isterinya, Diana Danielle dan Kenduri Akikah anak sulungnya yang bakal disiarkan secara eksklusif menerusi Astro, Farid menjelaskan yang semuanya masih dalam proses persiapan. Mengenai tarikhnya, Farid menjelaskan perkara tersebut masih belum diputuskan oleh pihak MIG dan Astro.
Farid juga menjelaskan yang nama Muhammad hanya merupakan pangkal nama bagi anaknya.
"Nama Muhammad hanya merupakan pangkal nama sahaja. Nama penuh putera sulung saya akan diumumkan pada majlis itu kelak kerana saya ingin berikan kejutan kepada semua," tutur Farid lagi.
Ketika ditanya mengenai status ibu mertuanya yang masih belum bertemu dengan Diana dan cucunya, Farid menyatakan majlis yang sedang dirancang itu akan mempertemukan mereka semula. Ini kerana dia akan mengundang ibu mertuanya ke majlis tersebut.
http://www.gua.com.my
No comments:
Post a Comment