Cerita Disebalik Kemalangan Nabila Huda & Anaknya Di Karak
– Saya tidak mengalami sebarang kecederaan serius, hanya luka kecil di
bawah telapak kaki dan sudahpun menerima jahitan di Hospital Bentong,
petang tadi (semalam).
“Maaf saya tidak boleh ingat berapa jarum
jahitan yang diberikan doktor kerana saya lebih risaukan keadaan anak
saya sekarang,” kata pemegang trofi Pelakon TV Wanita Popular, Anugerah
Bintang Popular Berita Harian 2012 (ABPBH2012), Nabila Huda Suhaimi, 29.
Nabila dihubungi semalam mengesahkan
kemalangan yang menimpanya kira-kira jam 4 petang itu. Dia dan anaknya
Keisha Laila, 4 tahun, serta pelakon Shazwan Zulkifli dalam perjalanan
pulang ke Kuala Lumpur selepas menghadiri acara Karnival Planet Gempak
Astro yang diadakan di Kuantan, Pahang.
Sewaktu memintanya menceritakan
pengalaman mencemaskan itu, Nabila berkata, kejadian berlaku sepantas
kilat malah tidak dapat mengingatinya kerana sedang tidur.
“Saya duduk di bangku penumpang.
Bagaimanapun ketika kejadian berlaku saya sedang tidur. “Rakan artis,
Shazwan Zulkifli yang memandu kereta berkenaan. Saya menumpang keretanya
kerana kami sama-sama terbabit dalam promosi drama Jodoh Itu Milik Kita
untuk saluran Mustika HD di Karnival Planet Gempak Astro. “Saya terjaga
selepas mendengar dentuman berlaku dan menyedari anak saya tercampak
keluar. Saya keluar dari kereta dan berlari mendapatkan Keisha (anak).
Mujurlah semua kenderaan berhenti ketika itu,” kata Nabila dengan nada
sebak.
Sambungnya lagi, “Keisha mengalami
bengkak di tangan dan luka di kepala. Yang merisaukan saya adalah Keisha
kerana dia mungkin mengalami hentakan di kepala selain terdapat banyak
luka kecil ekoran cermin belakang kereta pecah. “Sekarang ini saya masih
menantikan keputusan X-Ray ang dibuat dibahagian kepala Keisha.
Sementara, X-Ray di badan sudah dilakukan dan doktor memaklumkan Keisha
tidak apa-apa,” katanya.
Selepas mendapatkan rawatan pesakit luar
di Hospital Bentong, Nabila membawa anaknya pulang untuk mendapatkan
rawatan lanjut di Hospital Damansara Specialist dengan bantuan seorang
teman yang membawanya pulang ke Kuala Lumpur.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Bentong
Superintendan Mohd Mansor Mohd Noor berkata, kejadian terbabit berlaku
di Kilometer 71 Lebuhraya Pantai Timur dari arah Kuantan menghala ke
Kuala Lumpur.
“Kenderaan yang dinaiki pelakon berusia 29 tahun terbabit dipercayai hilang kawalan sebelum terbabas.
“Ketiga-tiga mangsa dikejarkan ke
hospital berhampiran dan dilaporkan tidak mengalami kecederaan serius,”
katanya ketika dihubungi Harian Metro, semalam.
Suami pelakon itu, Zaidi Zailani menerusi
laman Twitternya memaklumkan anak perempuan mereka kini menerima
rawatan di sebuah hospital swasta di Damansara, di sini, dan dilaporkan
stabil.
Gambar daripada Twitter bekas suami Nabila, Zaidi Zailani menunjukkan Keisha Laila, 4, cedera dan dirawat di hospital swasta.
Sumber myMetro
No comments:
Post a Comment