Thursday, September 12, 2013

Pin It

Widgets

Bayi Enam Bulan Retak Tengkorak Didera Pengasuh

fff
Seorang bayi perempuan berumur enam bulan dimasukkan ke hospital selepas mengalami pendarahan otak selain retak tengkorak serta lebam pada dahi dan kedua-dua lutut, dipercayai didera pengasuh.
Nur Sofea Insyirah Mohd Sharil dilaporkan tidak sedarkan diri dan kini dirawat di Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR), Klang. Bayi itu mulanya dihantar ke Hospital Pantai oleh pengasuhnya kira-kira jam 4.30 petang kelmarin selepas sesak nafas, sebelum dirujuk ke HTAR untuk rawatan lanjut.
etua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Mohamad Mat Yusop, berkata polis menerima laporan kejadian itu daripada bapa mangsa, Mohd Sharil Ahamad, 28, yang bekerja sebagai posmen pada jam 9.59 malam kelmarin.
“Sharil ketika itu berada di Pulau Indah kerana urusan kerja, dihubungi pengasuh anaknya untuk memaklumkan kejadian berkenaan. Dia kemudian menghubungi isterinya yang bekerja sebagai kerani di Pos Laju di Jalan Raya Timur, di sini, juga untuk memberitahu perkara sama,” katanya ketika dihubungi, semalam.
Beri keterangan

Mohamad berkata, pengasuh itu sudah dipanggil untuk memberi keterangan dan akan direman untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 31 (1) (a) Akta Kanak-Kanak 2001 jika kecederaan mangsa mempunyai kaitan dengan unsur jenayah.
Sementara itu, nenek mangsa yang hanya mahu dikenali sebagai Umi, 61, berkata cucunya kini kritikal dan dimasukkan ke Wad Jagaan Rapi Unit Pediatrik, HTAR kerana darah beku dalam kepala akibat hentakan kuat.
“Sebelum ini, cucu pernah luka dan lebam di kepala, namun anak serta menantu tak syak apa-apa sehinggalah dia sukar untuk bernafas, semalam (kelmarin). Saya tak sangka perkara ini berlaku kepada cucu sulung saya itu, tambahan pula pengasuh berkenaan kenalan rapat keluarga,” katanya.
Difahamkan, pengasuh itu ialah isteri rakan sekerja bapa mangsa.

No comments:

Post a Comment