Ekoran itu, Eina yang merupakan teman wanita Afiq Muiz telah dikritik hebat oleh peminat selepas dia mengeluarkan kenyataan kurang matang yang menganggap ibu kepada pelakon lelaki itu sebagai gila kerana berkeras tidak mahu meminta maaf kepadanya.
Dalam perkembangan sama, Eina turut meberitahu bahawa dia ingin menyaman ibu Afiq jika gagal menyatakan permohonan maaf dalam tempoh tujuh hari.
Setelah
tiga bulan kontroversi itu menyepi dan semakin dilupakan, timbul pula
kenyataan terbaru Eina Azman menerusi laporan Sinar Harian yang
mendakwa tidak mahu lagi dirinya dikaitkan dengan Afiq Muiz dan
mengakui kini bosan dan serik dengan perkara yang telah berlaku.
"Kalau
boleh Eina tak mahu lagi dikaitkan dengan Afiq. Kalau ada pertanyaan
mengenai diri dia, tanyalah sendiri pada tuan punya badan. Eina agak
serik setelah apa yang berlaku sebelum ini."
"Eina akui ada kata-kata Eina kadangkala terikut perasaan. Eina pun masih muda, kadangkala apa yang Eina katakan tidak sama dengan apa yang Eina maksudkan tetapi orang mudah salah faham dan menghukum Eina."

No comments:
Post a Comment