Friday, September 13, 2013

Pin It

Widgets

Alat sulit lelaki jadi panjang hingga ke lutut akibat hubungan seksual dengan isteri orang

Jangan sekali-kali mengganggu rumah tangga orang . Seorang lelaki dari Zvishavane telah menerima akibatnya kerana berhubungan intim dengan isteri orang. Kelaminnya memanjang hingga ke lutut yang membuatnya kehilangan nyawanya

Lelaki yang tidak diketahui identitinya itu mengaku pernah berhubungan seksual dengan isteri ketua daerah Mazvihwa di Zvishavane , Wilayah Midlands, Zimbabwe.

Lelaki yang mengalami penyakit  misteri itu dibawa ke United Bulawayo Hospital ( UBH ) . Dan kehadirannya menarik perhatian pesakit , pengunjung dan kakitangan hospital. Dia dilaporkan sering menangis dan merintih kesakitan dan meninggal sebelum mendapat rawatan perubatan .

Seorang sumber di hospital mengatakan, sebelum mangsa menghembuskan nafas terakhirnya, dia mengaku berhubungan seks dengan isteri ketua daerah yang mungkin telah ` dipagari ` oleh suaminya. Sistem pagar itu dikenal dengan runyoka .

Secara tradisional, sistem pagar itu sebagai pengawal yang dilakukan lelaki dan wanita agar selalu setia.

Jika orang sudah dipagari oleh isteri atau suaminya, maka tak boleh lagi melakukan hubungan seksual dengan orang lain. Jika terlibat dengan hubungan seks dengan orang yang ` terkunci ` , maka orang itu boleh terkena penyakit yang tak boleh dijelaskan dan biasanya menyebabkan kematian.

Namun , beberapa sumber keluarga yang melakukan tradisi itu mengaku , jika seseorang menggunakan kondom saat berhubungan intim dengan orang yang ` terkunci ` maka sihir itu tak akan berfungsi .

"Ada drama hari ini ketika dia dibawa ke hospital, orang ramai berebut-rebut untuk melihat ` alat sulitnya ` ( kelamin yang memanjang ) . Doktor berusaha membantunya tapi dia meninggal ," kata sumber itu seperti dipetik Crazynews, Khamis ( 18/7/2013 ) .

" Bahkan jururawat yang cuba membantu dia sebelum meninggal mengatakan penyakitnya merupakan keadaan yang mereka tak fahami dalam istilah perubatan ," ujar sumber yang namanya tak ingin disebutkan .

Sebelum meninggal , sumber itu mengatakan mangsa menyesali tak mendengar nasihat saudaranya yang memperingatkannya untuk menjauhi isteri ketua daerah .

Semasa di hospital, jururawat cuba meletakkan ketulan ais untuk membuat organ intimnya menjadi lemas, tapi itu tak membantu .

health.liputan6.com

No comments:

Post a Comment