Kejadian itu dilaporkan berlaku
kira-kira jam 1.05 tengah hari semalam dan menyebabkan kematian
seorang warga emas, Isnah Kuayah, 73, manakala dua lagi individu lelaki
mengalami kecederaan akibat terkena renjatan elektrik dan tergelincir
ketika membuat operasi.
Menurut
Ketua Zon Balai Bomba dan Penyelamat Sandakan, Ordine Gilu, pihak bomba
menerima panggilan pada jam 1.18 tengah hari sebelum menghantar 15
anggota bersama tujuh jentera. Mereka turut dibantu 15 anggota bomba
sukarela dari Karamunting selain anggota Jabatan Pertahanan Awam
Malaysia (JPAM).
"Ketika bomba sampai, kebakaran sudah merebak. Kami terpaksa membuat pintasan bagi mengelak lebih banyak rumah musnah. Kebakaran hanya dapat dikawal kira-kira 30 minit selepas itu."
No comments:
Post a Comment