Penjagaan muka sering kali
dikaitkan dengan wanita. Tetapi lelaki juga sepatutnya menitik beratkan
penjagaan muka. Supaya muka kita nampak bersih, tidak berminyak dan sentiasa
terjaga. Peliharalah nikmat kecantikan yang Allah sudah bagi. Setiap insan suka
memandang akan kecantikan, tidak menjadi suatu isu jika kita sentiasa menitik
beratkan nilai kecantikan selagi kita mengikut batas-batas yang telah
ditetapkan dalam Islam.
Tips-tips di bawah merupakan cara
tradisional atau alternatif yang boleh anda gunakan untuk menjaga kecantikan
wajah anda. Selamat mencuba!
Petua mencerah menghalus dan
melicin kan kulit
Cara pertama, sebiji timun di buang
kulitkemudian di ‘blend’kan. Selepas itu tapiskan hasil ‘blend’ tersebut dan
sapukan pada kulit muka. Biarkan selama 20 minit supaya ia dapat meresap jauh
ke dalam kulit. Seelok-eloknya dilakukan sebelum tidur.
Antara cara lain ialah dengan
menggunakan air nasi. Ambil air nasi yang ditanak sebelum ia kering sebanyak 2
sudu. Semasa ia masih suam lumurkan pada muka. Tunggu sehingga muka anda kering
dan kemudian bilas.
Atau anda boleh menggunakan kentang
sebagai salah satu teknik untuk melicinkan muka anda. Ambil sebiji kentang yang
telah dibuang kulitnya. Campurkan dengan kuning telur dan lumurkan pada muka anda.
Tunggu sehingga kering kemudian bilas dengan air suam.
Tangani masalah jerawat
Ambil sebatang daun lidah buaya yang sudah dibersihkan. Rebuskan daun lidah buaya tersebut dengan menggunakan api yang kecil sahaja. Lendir dari daun tersebut dikeluarkan dan disapukan pada bahagian muka yang mempunyai jerawat. Lakukannya sebelum anda tidur.
Kulit kering dan penyeri wajah
Ambil air embun bunga mawar.
Sapukan pada muka dan sebaiknya berselawat. Ambil bunga tersebut dan ramas
sehingga lumat. Letakkan pada muka anda dan tidak perlu dibilas.
Kurangkan parut jerawat
Jangan sekali-kali anda picit
jerawat kerana ia akan menyebabkan jangkitan kuman. Dan kulit akan menjadi
bertambah teruk dan menyebabkan jerawat bertambah pada muka anda.
Anda hanya perlu mengambil sebiji
timun yang sudah dibuang kulitnya. Kisar dan tapis. Hampasnya digunakan dan
ditempekkan pada muka. Tunggu selama 30 minit dan kemudian bilas. Lakukan 3
kali setiap minggu.
Kaedah yang digunakan di atas
adalah kaedah tradisional yang boleh anda lakukan dalam kehidupan seharian
anda. Sekiranya anda tidak yakin dengan produk-produk yang dihasilkan di
pasaran, tidak salah anda menggunakan kaedah yang telah lama nenek moyang kita
gunakan.
Nur Syazwani Abdul Wahab merupakan
pelajar perubatan tahun tiga perubatan di Universiti Malaya.
Perkongsian yang sangat menarik ni. Memang bermanfaat untuk mereka yang ada kulit bermasalah.
ReplyDelete