Tuesday, September 3, 2013

Pin It

Widgets

Petua Merawat Kulit Terbakar Dan Langkah Mengatasinya


Petua Merawat Kulit Terbakar Dan Langkah Mengatasinya
Kulit terbakar sering kali terjadi apabila kita terdedah kepada sinaran matahari. Mahupun sedang berkelah di pantai bersama keluarga, kita perlu memastikan kulit kita terhindar terus kepada sinaran UV. Di sini Puteri ada Petua Merawat Kulit Terbakar Dan Langkah Mengatasinya. Harap dapat dipraktikkan oleh semua pembaca. Menghindar lebih baik daripda merawat tau.. =)
sun protection hat2 200x300 Petua Merawat Kulit Terbakar Dan Langkah Mengatasinya
Langkah-langkah perlindungan dari cahaya matahari:
  1. Menggunakan pakaian berlengan panjang dan menutup bahagian-bahagian lain yang selalunya terdedah kepada cahaya matahari.
  2. Penggunaan pakaian dari kain woven adalah yang terbaik. Pakaian pula hendaklah longgar.
  3. Pakaian yang berwarna gelap memberikan perlindungan yang lebih berbanding pakaian yang berwarna cerah.
  4. Makan VITAMIN.
  5. Amalkan penggunaan cermin mata yang boleh menyaring cahaya UV untuk mencegah cataracts.
  6. Sentiasa mencari tempat-tempat redup. Bagaimanapun, perlu juga diingat bahawa pantulan cahaya matahari dari pasir, bangunan dsb masih boleh mencapai kulit anda, oleh itu penggunaan sunblock masih juga disyorkan walaupun anda berada di tempat yang redup atau semasa langit berawan tebal.
  7. Gunakan lipscreen dengan SPF sakurang-kurangnya 15 untuk melindungi bibir anda.
  8. Pakai topi.
  9. Sapu losyen sunblock anda mengikut waktu yang ditetapkan atau disyorkan oleh pembuatnya, contohnya setiap sejam, dsb.
aloe vera pimples 300x201 Petua Merawat Kulit Terbakar Dan Langkah Mengatasinya
Dibawah ini pula, petua tradisional untuk merawat kulit terbakar oleh sinaran matahari.
Petua 1: Sapukan isi aloe vera dan sapukan ke seluruh muka. Amalkan setiap hari dan lihat hasilnya selepas beberapa hari.
Petua 2: Campurkan sedikit tepung gandum dengan sedikit madu, putih telur dan air limau nipis. Selepas itu, sapukan seluruh bahagian muka kecuali mata dan mulut. Biarkan sehingga kering baharulah dibilas dengan air.
Petua 3: Kisar 6 biji timun dan campurkan dengan 2 sudu besar susu tepung. Kemudian sapukan pada kulit wajah yang terbakar dan biarkan sehingga kering. Seterusnya bilas muka sehingga bersih dengan air suam.
Petua 4: Belah 2 biji tomato kemudian gosokkan pada kulit wajah selama 5 – 10 minit dan tunggu sehingga benar-benar kering. Bilas dengan air suam.

No comments:

Post a Comment