Saturday, February 15, 2014

Pin It

Widgets

Bukannya Cium! Bukannya Jilat! Tapi mereka sedang....


-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
Inilah keruntuhan akidah yang sedang berlaku kepada anak bangsa kita sekarang! Dari mana perkara ini bermula? Adakah daripada didikan dan cara ibu bapa besarkan anaknya dgn hiburan dan maksiat yg berpanjangan? atau ajakan daripada rakan2? Fikir2 kan lah! Sama2 kita doakan mereka2 ini kembali ke pangkal jalan. :'(
Ibu Bapa sila awasi anak anda! Sentiasa bersama mereka dan awasi gerak geri mereka. ANAK MUDA INI BERFIKIR TANPA MENGGUNAKAN AKAL FIKIRAN YANG WARAS! Sedih :'(

Laman Web Lucah: awasi anak remaja punca rosak iman”
Era kecanggihan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) mendedahkan satu lagi cabaran getir iaitu serangan bahan pornografi melalui laman web. Dahulunya, cara mendapatkan bahan-bahan tesebut adalah melalui majalah seperti Playboy. Kini ratusan ribu laman web sedia menghidangkan khidmat yang sama atau lebih mengghairahkan.
Dengan melihat paparan-paparan yang menggiurkan, pasti iman akan goyah. Umat Islam kini terdedah kepada satu lagi medium yang jika tidak dibendung seawalnya, akan merosakkan iman dan akhlak. Internet sepatutnya digunakan untuk mencari ilmu pengetahuan, bagi mendekatkan diri makluk kepada Khaliq (Pencipta). Namun jika gejala ini tidak ditangani dengan iman dan takwa, ia akan bertukar menjadi alat pemuas nafsu. Ia pasti mendatangkan kemurkaan Maha Pencipta.
Masalah dan kesan
Aktiviti menonton bahan lucah di internet sebenarnya mengundang permasalahan sosial yang jauh lebih serius daripada yang terduga. Peningkatan kes perzinaan, rogol dan sumbang mahram sedikit sebanyak adalah tempias kegiatan memuaskan mata dengan gambar-gambar dari laman lucah. Hakikat ini janganlah cuba kita nafikan.
Menurut seorang pakar Psikologi dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), mereka yang melayari internet akan berasa bahawa mereka seolah-olah berada dalam satu fantasi seksual ciptaaan sendiri. Mereka akan cuba membayangkan bahawa aksi-aksi atau imej siber itu seolah-olah gambaran mereka sendiri yang sedang menikmati aktiviti seks.
Jika perbuatan menikmati bahan-bahan lucah di internet sudah menjadi satu ketagihan, pasti seseorang akan lalai tentang tanggungjawabnya kepada Allah. Syaitan pula akan tersenyum lebar melihat manusia yang terpijak perangkap dosa ciptaan teknologi internet.
Statistik
Penularan penghantaran bahan multimedia berunsur lucah tidak sekadar melalui laman web semata-mata, telefon bimbit turut menjadi mangsa. Pada tahun 2004, terdapat 14.2 juta pengguna telefon bimbit di negara ini. 30 peratus daripada angka ini adalah remaja lingkungan 15 tahun.
Golongan umur yang sedang mencari kepuasan ini dengan mudah akan terjerumus. Telefon bimbit berteknologi 3G yang mampu menghantar dan menerima bahan lucah seperti klip video harus meningkatkan keresahan kita terhadap gejala ini. Dengan teknologi yang mudah dimiliki, hampir setiap penguna telefon terdedah kepada bahayanya.
Selain itu, menurut laporan syarikat Trend Micro pula, sehingga akhir 2006 hampir 80 peratus daripada e-mel yang beredar adalah berstatus spam (emel sampah). Pernahkan dalam kalangan kita yang tiba-tiba menerima e-mel yang terpapar gambar wanita separuh bogel tanpa dikenali penghantarnya?
Lebih merisaukan, kanak-kanak turut tidak terdedah kepada gejala perosak iman ini. Dalam satu kajiselidik oleh NetValue pada 2001, dilaporkan seorang dari lima kanak-kanak di Britain didapati mengunjungi laman-laman lucah.
Ciri-ciri penyedia bahan lucah yang sukar dijejaki memburukkan keadaan. Menurut Tabung Kanak-Kanak Bangsa-Bangsa Bersatu (UNICEF), pencarian bahan pornografi berkaitan kanak-kanak dengan enjin carian seperti Google merekodkan 450,000 pengguna setahun.
Kemudahan dan teknologi
Kemudahan internet kini mudah didapati di pusat-pusat siber. Kafe Siber walaupun merupakan tempat awan, turut dijadikan gelanggang melampias nafsu. Ada antara mereka yang sengaja memilih PC yang terletak di ceruk-ceruk supaya apa yang terpapar di skrin tidak mudah dijeling orang lain. Nafsu yang bergejolak memang begitu. Namun sedarlah bahawa Allah swt Maha Melihat.
Dalam pada itu, Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan dilaporkan sedang mengkaji sistem penapisan bahan lucah di Kafe Siber. Pihak berwajib mungkin akan mengarahkan semua pusat siber memasangnya dalam menangani masalah kandungan tidak sopan di internet daripada berleluasa.
Perintah menundukkan pandangan
Menurut Dr. Sidek Baba, menonton bahan-bahan lucah turut dijadikan kaedah mengisi kesunyian. Amalan sebegini akan menimbulkan ketagihan dalam kalangan remaja yang sentiasa berasa ingin terus mengulanginya. Para remaja paling mudah terjebak kerana mereka punya keinginan mencuba yang tinggi. Justeru kepada mereka yang pernah terjebak, sengaja atau tidak, lama atau sekejap, bertaubatlah sementara pintu rahmatNya masih terbuka luas.
Terdapat juga laporan kes terpencil yang membabitkan pelajar universiti yang tidak dapat meneruskan pengajian kerana telah dirosakkan oleh laman web pornografi. Tumpuannya pada pelajaran terjejas kerana asyik terkenangkan ‘benda’ yang dia sukar melupakannya.
Rasulullah SAW dilaporkan pernah bersabda (lebih kurang maksudnya) “Wahai pemuda, barangsiapa yang mampu dikalangan kamu maka hendaklah berkahwin kerana sesungguhnya perkahwinan itu menundukkan pandangan dan memelihara kemaluan dan barangsiapa tidak mampu maka hendaklah ia berpuasa kerana sesungguhnya puasa itu ada tutupan (menutup nafsu)”. Sudah tentu seseorang tidak akan merosakkan puasanya sambil melayari laman web haram sementara menunggu waktu berbuka.
Tanggungjawab siapa?
Dalam menghadapi gejala ini semua pihak akan terpalit jika tertimpa musibah daripada Allah SWT. Disarankan agar para pendakwah bahu-membahu bergabung dengan pakar ICT, memastikan usaha nahi mungkar dijalankan dengan betul. Keadaan semasa jelas menunjukkan kadar kerisauan terhadap penderitaan umat ini di kalangan kita masih berkurangan.
Selain itu, anak-anak kita yang menyiapkan tugasan sekolah mereka dengan melayari internet sebagai sumber pencarian bahan harus diawasi. Khuatir nanti ‘bahan’ yang mereka muat turun bukanlah bahan yang sepatutnya ditampal pada ‘buku skrap’ mereka. Untuk itu letakkan sahaja PC di ruang tamu supaya mudah kita mengawasi aktiviti online mereka.
Antara sedar atau tidak, sebenarnya gejala pornografi adalah perancangan rapi agenda Barat. Mereka mempunyai iltizam untuk merosakkan akhlak generasi Islam. Unsur-unsur lucah cuba ditanam pada minda belia agar nanti mereka membesar sebagai pemimpin yang tidak takutkan Allah. Di Indonesia, cadangan melaksanakan Rang Undang-Undang Pornografi dan Pornoaksi (RUU APP) panas dibahaskan. Bagaimana dengan kita di Malaysia? Tepuk dada tanya iman.
Kesimpulannya kepada mereka yang tidak dapat mengawal jiwa, cara terbaik adalah dengan tidak mengakses internet langsung. Elakkan daripada membuat sambungan talian internet jika anda merasakan diri anda tidak mampu dan iman anda lemah. Cubalah beristighfar dan kawal diri.
Melihat sahaja kepada Al-Quran sudah mendatangkan pahala, apatah lagi membacanya. Begitu juga, melihat sahaja pada gambar-gambar porno pada laman lucah sudah mengundang dosa

No comments:

Post a Comment