Petua Hilangkan Jeragat Atau Bintik Hitam | Masalah jeragat atau bintik hitam pada muka merupakan masalah yang tidak asing lagi dikalangan penduduk Malaysia. Masalah ini menimbulkan kerisauan terutamanya kepada para wanita yang sangat menitikberatkan penjagaan muka. Hari ni Dr Fuh nak share dengan anda semua petua untuk hilangakan jeragat. Petua untuk hilangkan jerawat Dr Fuh pernah kongsikan dah. Jom kita baca petua hilangkan jeragat pada muka di bawah ini.
Jeragat iaitu bintik-bintik hitam yang muncul pada permukaan kulit akibat kekurangan nutrien (terjadi apabila usia makin meningkat/ faktor genetik), pengambilan pil perancang, cuaca atau kesan pemakaian produk-produk kecantikan yang mengandungi bahan kimia.
Selain itu, terdapat sebab lain yang mempengaruhi masalah jeragat ini iaitu:
- Ia disebabkan oleh pancaran UV matahari yang menjadikan kelebihan pigmen.
- Hormon yang tidak seimbang disebabkan mengandung atau menopaus.
- Gelisah dan tidak cukup tidur.
- Menggunakan makeup yang tidak berkualiti dan bermutu rendah.
- Disebabkan oleh masalah pada limpa.
Petua Hilangkan Jeragat Atau Bintik Hitam (Moden)
Anda boleh mengurangkan dan memerangi jeragat sama ada dengan menggunakan petua rawatan moden dengan mengambil tindakan seperti berikut;
a. Lindungi kulit anda daripada matahari dengan menggunakan “skin care” dan barangan makeup yang mengandungi “sunscreen” iaitu bahan pelindung matahari. Tidur dengan cukup dan jauhi daripada kegelisahan.
b. Pastikan barangan makeup yang anda pakai bermutu tinggi. Urutan pada muka anda boleh merangsang peredaran darah dan mempercepatkan pemulihan.
Jika anda sangat meminati rawatan tradisional, anda boleh amalkan seperti dibawah;
Petua Hilangkan Jeragat Atau Bintik Hitam (Tradisional)
Petua 1 : Sapukan kulit pisang berangan ke jeragat. Biarkannya selama 5 minit dan bersihkan muka anda dengan air bersih.
Petua 2 : Ambil putih telur, rendam tisu dalam putih telur dan tekapkan pada muka anda sehingga tisu menjadi kering. Buang tisu tersebut dan cuci muka anda dengan air bersih.
Petua 3 : Kutip beberapa helai sireh muda dan simpan dalam peti sejuk. Setiap pagi ambil sehelai dan terus gosok di sekitar tempat jeragat tersebut.
Petua 4 : Ambil 2 inci daun betik, 1 genggam beras, air dan 1 inci kulit kayu manis. Rendam terlebih dahulu beras dengan air semalaman. Setelah ia kembang, kisar ataupun tumbuk dengan sedikit air bersama daun betik dan kulit kayu manis. Setelah siap, sapukan di seluruh muka anda dan biarkan ia kering lebih kurang 20 – 30 minit. Kemudian, lembabkan muka anda, gosok (seperti scrub) dan cuci. Bagi mendapatkan kesegaran, cuci muka anda dengan air suam.
Petua 5 : Ambil hampas kelapa dan gosokkan di seluruh muka anda. Biarkan selama 15 minit atau lebih. Amalkan selalu. Jeragat anda akan hilang dan kulit muka menjadi halus dan gebu.
No comments:
Post a Comment