Tuesday, September 7, 2010

Pin It

Widgets

Dua maut akibat denggi minggu lalu


KUALA LUMPUR - Dua lagi kematian akibat demam denggi dilaporkan berlaku, masing-masing satu di Melaka dan Sarawak, dalam tempoh 22 hingga 28 Ogos lalu, kata Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Mohd Ismail Merican.

“Kes pertama melibatkan seorang suri rumah berumur 63 tahun dari Sri Aman, Sarawak, manakala kes kedua melibatkan seorang anggota polis berumur 42 tahun dari Melaka,” katanya dalam satu kenyataan semalam.

Mohd Ismail berkata, jumlah kes kematian akibat denggi juga meningkat 51 peratus atau 35 kematian, menjadikan jumlah keseluruhan 103 kematian dari Januari hingga 28 Ogos 2010, berbanding 68 dalam dalam tempoh yang sama tahun lalu.

Menurutnya, dalam tempoh seminggu bermula 22 Ogos lalu, 1,159 kes demam denggi dilaporkan, yang merupakan peningkatan 85 kes atau lapan peratus berbanding 1,074 kes pada minggu sebelumnya.

Sepuluh negeri menunjukkan peningkatan kes pada minggu lalu iaitu Kelantan meningkat 57 kes, Johor 34 kes, Sabah 15 kes, Pulau Pinang dan Wilayah Persekutuan/Putrajaya masing-masing 11 kes, Sarawak lapan kes, Perlis lima kes, Terengganu empat kes, manakala Kedah dan Negeri Sembilan masing-masing meningkat sebanyak satu kes.

“Dalam tempoh yang sama, 10 kes penyakit Chikungunya dilaporkan, iaitu peningkatan lima kes berbanding minggu sebelumnya,” katanya.

Mohd Ismail berkata, daripada jumlah itu, lapan kes berlaku di Sabah dan dua kes di Sarawak.

Sumber : Sinar Harian

*** Sampai bila Mas Ayu boleh masuk ke hospital secara terbuka, sekarang masuk jika pesakit yakin dengan produk Mas Ayu. Baru baru ini Mas Ayu mengadakan workshop berkaitan dengan kesihatan, sangat mengalakkan. Disini kami boleh bertukar tukar pendapat dan maklumat yang terkini dan ia juga bertujuan untuk pengetahuan. Dengan menggunakan produk MAs Ayu Chikungunya juga boleh pulih. dalam masa 24 - 48 jam. Ini kerana produk ini akan boost immunity dalam masa 24 jam. Mari kawan kawan sebarkan berita ini, jangan tunggu sakit baru nak cari ubat, elok kita mencegah dari merawat. Sekian

No comments:

Post a Comment