Tuesday, March 22, 2016

Pin It

Widgets

"MAK INI DUIT UPAH MENGASUH BULAN INI"!!!

"MAK INI DUIT UPAH MENGASUH BULAN INI"!!!


Anami
Sekadar Gambar Hiasan.
#$Saya terasa seperti nak menegur waktu itu juga, tetapi rasa tak sesuai. Seorang anak mengupah emak mengasuh anaknya adalah sesuatu yg teruk, tetapi banyak orang yg tidak terasa. Bukankah keadaan ini ibarat ibu sendiri menjadi pekerja kpd anak, ibu melahirkan tuannya. Teringat saya satu hadis yg panjang tapi saya petik sebahagian Daripada Umar bin al-Khattab r.a., ………… Jibrail bertanya kepada Rasulullah ., “Maka khabarkan kepada ku tentang hari qiamat?”. Lalu Nabi saw. menjawab, “Orang yang ditanya tiada lebih mengetahui daripada orang yang bertanya”. Maka Jibrail lalu berkata, “Kalau begitu cuba khabarkan kepada ku tanda-tandanya”, maka Nabi saw. menjawab, “Bahawa perempuan akan melahirkan tuannya …. (Riwayat Muslim).
Berapa ramai kini kita yg menjadikan ibubapa sebagai pekerja dg berselindung disebalik ibubapa suka cucu, ada yg kata susah dapat pengasuh yg dipercayai, ada yg kata emak bapa pandai mengasuh, emak bapa tak kerja apa. Hakikatnya kerana isteri nak kerja, nak tambah pendapatan. Sedangkan tanggungjawab mengasuh, mendidik dan membesarkan anak terletak kpd isteri dan isteri tidak dituntut utk bekerja hingga mengabai tanggungjawab kpd anak. Bila ditinggal anak kpd ibubapa, berlaku dua pengabaian iaitu pengabaian tanggungjawab kpd anak dan pengabaian tanggungjawab kpd ibubapa yg sepatutnya direhatkan setelah seumur hidup membela anak hingga berjaya. Jika ibu kita boleh memelihara kita dg tidak membuat kerja lain, menjadi surirumah sepenuh masa, dan ia berjaya menunai tanggungjawabnya, kenapa kita kena berbimbang takut tak cukup hidup jika tak bekerja.
Bila kes penderaan oleh pengasuh makin meningkat kini dan mewujud kebimbangan utk meninggalkan anak di rumah pengasuh, jangan ada yg berpatah balik menjadikan ibubapa sbg pengasuh, tetapi pertimbangkanlah utk mengorbankan jawatan demi anak. Rezeki ditangan tuhan, jika niat kita baik demi anak yg diamanahkan, tetaplah kita perolehi apa yg ditentukan tuhan. Ingatlah, tuhan memberi kpd kita anak sebagai amanah, dan bukan amanah itu diberi kpd ibubapa kita atau orang lain. Kita yg akan ditanya dihadapan tuhan, bukan ibubapa atau pengasuh anak kita. Bagaimana akhlak anak kita nanti, kita yg akan menanggungnya.
Rehatkanlah ibubapa kita. Berilah ruang utk mereka mempersiap diri dipenghujung usia, meskipun mereka menawar diri kerana sifat kasih sayang mereka.Jika kasih kpd ibu, lapangkan hidupnya, ringankan bebannya. KREDIT FB.

No comments:

Post a Comment