Thursday, December 31, 2015

Pin It

Widgets

Rezeki bekas model pakaian dalam

Sebagai pendatang baru dalam dunia hiburan, bukan mudah untuk Samantha Katie melonjakkan nama dalam industri perfileman, dan ada kalanya banyak perkara perlu disesuaikan.
Antaranya, menurut jelitawan berusia 21 tahun itu, dia perlu memadamkan beberapa imej seksi yang pernah dimuat naik dalam akaun Instagramnya.
 “Apabila menjadi artis, peminat mahu mengikuti perkembangan seharian kita di media sosial.
 “Kebanyakan gambar saya sebelum bergelar pelakon mendedahkan susuk tubuh sesuai dengan kerjaya saya sebagai model.
"Saya mahu orang melihat dan menghargai bakat, dan bukan badan saya,” katanya ketika ditemui Malaysiakini selepas tayangan perdana filem seram Kastil Tua di Kafe Skrin, Hulu Kelang, Selangor baru-baru ini.
Samantha memulakan kariernya untuk iklan komersial televisyen ketika usianya mencecah 18 tahun.
Dia mula melangkah lebih jauh apabila sebuah agensi mengambilnya sebagai model di luar negara semasa dia baru berusia 19 tahun.
Selain Malaysia, wanita berwajah pan-Asia itu pernah menjadi model iklan untuk negara luar seperti India, Brazil, Thailand, Singapura dan Emiriah Arab Bersatu.
Di Malaysia pula, dia muncul untuk iklan seperti Malaysia Airlines, Digi, SunSilk, Panasonic, Honda.
Dan Samantha turut menjadi model peragaan pakaian dalam di pasaran tempatan dan antarabangsa.
Samantha adalah anak kepada pasangan wanita Cina dan lelaki Brazil.
Kastil Tua adalah filem pertama Samantha dan dia mengakui sudah mengidamkan peluang beraksi di depan kamera sejak lama dulu.
Treler Kastil Tua:
Impian Samantha itu akhirnya tercapai selepas menerima kiriman pesanan ringkas daripada ejen yang menawarkan watak Angie dalam Kastil Tua.
Angie digambarkan sebagai seorang gadis penakut dan tidak tetap pendirian.
Filem itu mengisahkan pelbagai kejadian tidak diingini yang menimpa empat sahabat selepas lama berpisah.
© muvila.com
Mereka ialah Tristan (lakonan Ajun Perwira), Sarah (Kimberly Rider), Mark (Josiah Hogan) dan Angie yang bersahabat karib sejak dari sekolah tinggi di Jakarta.
Mark dan Angie pulang ke Malaysia dan berjanji akan bertemu semula dengan Sarah dan Tristan untuk mengembara bersama.
Dalam pertemuan itu, mereka membuka kotak rahsia yang pernah ditanam sebelum ini dan merancang untuk pergi ke lokasi yang dipilih di Malaysia.
© muvila.com
Tanpa diduga, lokasi istana lama yang mereka lawati itu mempunyai pelbagai misteri yang perlu diselesaikan.
Sepanjang berada di istana itu pelbagai perkara tidak diingini terjadi hingga hampir meragut nyawa mereka berempat.
© muvila.com
Penggambaran filem arahan Chiska Doppert itu mengambil tempat di Kellie's Castle di Batu Gajah, Perak dan juga beberapa lokasi lain di Indonesia.
Filem yang dijangka ditayangkan pada 21 Januari 2016 itu turut mendapat sentuhan kreatif  Pengarah Malaysia iaitu Sabree Fadil.
Filem berdurasi sejam 20 minit itu diterbitkan oleh syarikat Fimtab Unik Sdn Bhd dan Capitol Entertainment (Indonesia).
© muvila.com
Samantha yang menjadi anak tunggal ibu bapanya berkata, cabaran paling besar semasa berlakon dalam Kastil Tua adalah perlu berdialog dalam bahasa Melayu.
Katanya, selepas tamat Sijil Pelajaran Malaysia di Sekolah Menengah Perempuan Bukit Kuda, Klang, dia jarang mempraktikkan bahasa itu.
“Apabila saya mengetahui skrip itu dalam bahasa Melayu, sedikit sebanyak saya khuatir.
“Tetapi saya bernasib baik apabila cepat belajar apabila bergaul dengan kru dan pelakon lain yang fasih, selain mendapat tunjuk ajar daripada Josiah,” katanya.
Bukan itu saja, kata Samantha. Selain bahasa dia turut mempunyai sedikit kekangan untuk mendapat tempat berlakon di negara ini kerana rupa parasnya.
“Kebanyakan orang Malaysia tidak tahu saya berasal dari sini.

“Kadang-kala ada yang bercakap bahasa Melayu di belakang saya seolah saya tidak memahaminya.
“Kemudian, saya akan memandang mereka dan memberitahu: Saya faham apa yang kamu kata,” ujarnya berseloroh.
Sementara itu mengenai rancangan masa depannya, Samantha mengakui memasang harapan tinggi untuk mengembangkan karier di dalam mahupun luar negara.
Untuk itu, dia tidak kisah sekiranya perlu ke luar negara untuk mencari peluang berkenaan.

“Kalau boleh saya ingin berlakon filem di Los Angeles atau di mana-mana negara sekalipun pun yang berminat menawarkan peluang untuk saya mengembangkan bakat,” katanya.

No comments:

Post a Comment