Monday, October 7, 2013

Pin It

Widgets

Misteri Bukit Magnet Memandu Tanpa Menghidupkan Enjin



Spook Hill di Lake Wales , Florida. Dipetik dari Visit Central Florida, tempat ini adalah salah satu destinasi yang sering dikunjungi pelancong . Tidak hanya dari dalam negeri, pelancong dari pelbagai negara sering mengunjungi ke sini.

Di mata pengunjung, Spook Hill dikenali sebagai bukit anti graviti atau bukit magnet . Di sini kereta boleh berjalan sendiri tanpa perlu menghidupkan enjin kenderaan. pelik kan?

Biasanya , ketika berada di Spook Hill , pengunjung akan mematikan kereta sehingga garis yang di sediakan yang ada . Ketika itu kereta akan berjalan dengan pantas.

Uniknya , kereta tak berjalan menuruni ke bawah bukit, tapi sebaliknya mendaki . Ya , seolah-olah mempunyai magnet di puncak bukit menarik kencang kereta untuk mendaki ,dengan kelajuan tinggi.

Pelbagai cerita rakyat melatar belakangi keanehan ini . Legenda mengatakan dulu pemimpin suku Indian bertarung melawan buaya yang mengganas di kampung sana.

Pertarungan hebat pun terjadi. Baik pemimpin Indian mahupun buaya sama-sama tewas akibat pertempuran tersebut . Keduanya tepat meninggal di atas bukit. Konon , roh keduanya menghantui bukit dan mengakibatkan daya magnet yang besar . Percaya atau tidak percaya.

Tapi jika dilihat dari ilmu pengetahuan , peristiwa ini terjadi akibat besarnya medan magnet yang ada di sana. Jadi tidak hairanlah, kalau kereta dengan mematikan enjin pun boleh mendaki bukit dengan kelajuan tinggi.

No comments:

Post a Comment