Tuesday, September 3, 2013

Pin It

Widgets

Siasatan Kematian Pegawai Kastam Temui Tanda Positif


alt

KUALA LUMPUR 28 Ogos - Polis mendapat beberapa petunjuk positif dalam siasatan terhadap kes pembunuhan Timbalan Ketua Pengarah Kastam, Datuk Shaharuddin Ibrahim pada 26 April lalu di Putrajaya.

Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Mohmad Salleh berkata, pihaknya masih menjalankan siasatan terperinci dan mendapat beberapa petunjuk positif berhubung kes itu.

"Hasil siasatan polis setakat ini menunjukkan perkembangan positif dan saya tidak boleh memberitahu apakah siasatan yang kami lakukan secara terbuka," katanya kepada pemberita di Ibu Pejabat Polis Daerah Sentul di sini, hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas laporan sebuah portal berita yang memetik anak lelaki mangsa, Mohd Akhtar mendakwa beliau kecewa dengan layanan dingin diberikan polis ke atas siasatan kes bapanya yang masih belum mendapat sebarang keputusan.

Pada April lalu, Shaharuddin mati ditembak ketika dalam perjalanan ke pejabatnya di Putrajaya.

Dua lelaki bermotosikal melepaskan tiga das tembakan ketika kenderaan yang dinaiki Shaharuddin berhenti di persimpangan lampu isyarat dari Lebuh Sentosa ke Lebuh Wawasan pada pukul 8.15 pagi.

No comments:

Post a Comment