Seorang lelaki dari Arab Saudi bernama Khalid Mohsin Shaeri mempunyai berat badan seberat 610 kilogram (kg). Berat badannya yang sangat membimbangkan ini membuat Raja Arab Saudi yang kemudian menghantar pesawat untuk membawanya ke Hospital
Khalid, adalah salah seorang terberat di dunia, kerana berat tubuhnya yang mencapai 610 kilogram, dia tidak boleh menggerakkan tubuhnya sejak dua setengah tahun lalu.
Raja Abdullah menyewa sebuah pesawat untuk membawanya ke Hospital Raja Fahd Medical City di Riyad, Arab Saudi, bagi memeriksakan keadaan tubuhnya.
Kementerian Kesihatan Arab Saudi bekerja sama dengan pertahanan awam dan Palang Merah Saudi untuk mengatur pemindahan pesakit. Untuk mengeluarkan Khalid, pegawai harus memecahkan sebahagian rumahnya agar dia boleh dibawa keluar dari tingkat dua.
Seorang jurucakap Jabatan Kesihatan mengatakan bahawa lelaki yang berusia 20 tahun ini akan dibantu untuk menurunkan berat badannya. Seperti diketahui, semua kos rawatannya itu telah dibayar oleh Raja Abdullah.
"Kami telah menunggu saat ini untuk masa yang lama, Raja Arab Saudi, semoga Allah melindunginya dan memberinya umur panjang, telah memberikan arahan kepada Kementerian Kesihatan untuk melakukan semua rawatan dengan cara yang selamat," ujar Khalid, seperti dipetik dari Daily Mail.
Menteri Kesihatan Dr Abdullah Al-Rabeeah, berkata bahawa hal ini adalah sikap kemanusiaan dari Raja Arab Saudi untuk merawat rakyatya.
"Ini adalah salah satu sifat Raja Arab Saudi bahawa dia selalu ada setiap kali seseorang memerlukannya," ungkap Abdullah Al-Rabeeah.

No comments:
Post a Comment