Wednesday, September 4, 2013

Pin It

Widgets

Pengertian Zakat Dan Kelebihan Membayar Zakat


zakat, pengertian zakat, hukum bayar zakat
Pengertian Zakat Dan Kelebihan Membayar Zakat | Dari segi bahasa, zakat bermaksud bersih, suci, subur, berkat dan berkembang. Pengertian perkataan “bersih dan suci” dalam istilah zakat ialah membersihkan harta dari hak orang lain dan mensucikan dari dari sifat kedekut dan bakhil. Dalam erti kata lain juga zakat membersihkan diri daripada sifat dengki dan dendam terhadap orang lain.
Dari segi istilah syarak pula, zakat ialah sejumlah harta tertentu yang diwajibkan oleh Allah s.w.t. supaya diserahkan kepada orang-orang yang berhak menerimanya dengan syarat-syarat yang tertentu.
Mengeluarkan zakat merupakan satu kemestian yang wajib dilakukan oleh setiap individu Muslim yang telah cukup syarat-syaratnya. Di dalam al-Quran dan hadis Nabi Muhammad s.a.w. terdapat banyak ayat dan penyataan yang berkaitan kewajipan berzakat serta amaran dan seksaan kepada mereka yang enggan mengeluarkan zakat.
Firman Allah s.w.t. di dalam surah at-Taubah ayat 103 yang bermaksud :
“Ambillah zakat dari sebahagian harta mereka, dengan zakat itu kamu bersihkan dan mensucikan mereka dan berdoalah untuk mereka. Sesungguhnya doa kamu itu (menjadi) ketenteraman jiwa bagi mereka. Dan Allah Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui” (at-Taubah 9:103)
Sabda Nabi Muhammad s.a.w yang diriwayatkan oleh Imam Bukhari yang bermaksud :
“Menjadi suatu kewajipan bagi setiap orang Muslim bersedekah (berzakat)” Mereka bertanya : “Wahai Nabi Allah, bagaimana yang tidak mempunyai harta?” Rasulullah menjawab : bekerjalah untuk mendapatkan sesuatu untuk dirinya, lalu bersedekah (berzakat)”. Mereka bertanya lagi : “Kalau tidak mempunyai pekerjaan?”. Rasulullah s.a.w. bersabda : “Tolonglah orang yang meminta pertolongan”. Mereka bertanya lagi : “Bagaimana bila tidak berkuasa atau tidak berkeupayaan?”. Rasulullah s.a.w menjawab : “Kerjalah kebaikan dan tinggalkan kejahatan, hal itu merupakan sedekah”.
zakat fitrah Pengertian Zakat Dan Kelebihan Membayar Zakat

Apakah Kelebihan Membayar Zakat?

1. Mendapat rahmat daripada Allah swt – dgn berzakat, harta dan rezeki kita akan bertambah dan bukannya berkurang.
2. Mengeratkan Kasih Sayang – orang yg kaya dan senang membantu orang yg miskin dan fakir. Si kaya turut merasai kepayahan dan kedhaifan yg dilalui oleh saudara seislam tersebut.
3. Mendapat ganjaran Syurga Firdausi – Allah swt telah menjanjikan balasan Syurga yg tertinggi sekali iaitu Jannatul Firdausi buat semua pembayar zakat.
4. Membersihkan Hati dan Harta Daripada perkara yg merosakkan – Zakat mengajar dan mendidik kita agar bersikap pemurah, saling bantu membantu dan memberi pertolongan kepada org yg berhak mendapatkannya. Justeru itu terhindarlah sikap tamak, bakhil dan sombong yg berada di hati2 kita Na’uzubillah…
Sama-samalah kita menunaikan kewajipan sebagai umat Islam di bulan Ramadhan yang mulia ini.

No comments:

Post a Comment