Lelaki berusia 39 itu ditemui mati gantung diri di dapur rumah oleh isterinya kira-kira jam 8 pagi. Difahamkan, kaki kanan lelaki itu yang cedera parah selepas terbabit dalam kemalangan jalan raya Februari lalu dan dia mengalami kemurungan selepas pihak hospital memaklumkan ia perlu dipotong.
Seorang anak mangsa yang berusia 11 tahun memaklumkan kepada ibunya selepas menyedari bapanya yang tidur di ruang tamu rumah tiada sebaik terjaga dari tidur beberapa minit sebelum mayat mangsa ditemui.
Menurut isterinya, dia yang dimaklumkan mengenai perkara itu mencari suaminya sebelum menemui mangsa tergantung di ruang dapur. “Apabila mencari di bahagian dapur, saya lihat suami sudah terkulai dalam keadaan leher terjerut kabel elektrik televisyen.
“Saya memanggil adik ipar yang tinggal berdekatan untuk membantu menurunkan suami dengan memotong wayar berkenaan,” katanya.
Katanya, suaminya dijadual menjalani pembedahan memotong kaki kanan di sebuah hospital swasta hari ini.
“Beberapa hari lalu suami ada beritahu takut kaki kanannya dipotong malah kerap mengadu sakit,” katanya yang mempunyai tiga anak berusia sembilan hingga 14 tahun.
Menurutnya, kos pembedahan yang dijadualkan hari ini berjumlah RM18,000 dan mereka bercadang menyambut Hari Bapa bersama namun tidak kesampaian.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Jasin Deputi Superintendan Mohd Hishamudin Hashim mengesahkan mayat mangsa ditemui isterinya tergantung di dapur rumah.
“Mayat dihantar ke Hospital Jasin dan kes diklasifikasikan sebagai kematian mengejut (SDR),” katanya. –
malaysianDigest
- See more at: http://fuh.my/mati-gantung-diri/#sthash.VOPIcAfC.dpuf
No comments:
Post a Comment