Tuesday, September 3, 2013

Pin It

Widgets

Kes Samun Bersenjata Di Ipoh – Satu Tembakan, 2 Parah



Kes Samun Bersenjata Di IpohKes Samun Bersenjata Di Ipoh – Satu Tembakan, 2 Parah | Fuh!! Tak habis-habis dengan berita jenayah, mesti ada kes jenayah berat yang berlaku setiap hari. Kali ini berlaku di Ipoh melibatkan dua beranak yang tercedera daripada satu tembakan yang dilepaskan perompak durjana tersebut. Jom baca laporan penuh yang disedut dari akhbar online Sinar Harian

Kes Samun Bersenjata Di Ipoh – Satu Tembakan, 2 Parah

IPOH – Dua beranak parah ditembak ketika sedang berehat selepas berbuka puasa dalam satu kejadian samun bersenjata di Taman Sejahtera, Kampar dekat sini.
Dalam kejadian jam 8.30 malam itu, mangsa berusia 51 tahun bersama anak lelakinya, 13 tahun, cedera selepas terkena tembakan yang dilepaskan salah seorang daripada dua perompak yang memecah masuk kediaman mereka.
Mangsa mengalami cedera diperut sementara anaknya mengalami kecedraan di paha sebelah kanan apabila peluru yang mengenai bapanya tembus sebelum mengenainya yang ketika itu berada di belakang mangsa.
Timbalan Ketua Polis Perak, Datuk A Paramasivam berkata, berkata, dalam kejadian tersebut, mangsa yang juga peniaga kedai runcit sedang berehat bersama isteri dan dua anaknya di ruang tamu sebelum didatangi kumpulan penjenayah itu.
Menurutnya, kumpulan penjenayah terbabit yang menaiki kereta jenis Proton Perdana memberhentikan kenderaan di hadapan rumah mangsa sebelum dua daripada mereka bertindak masuk ke rumah mangsa yang tidak berkunci.
“Salah seorang suspek telah merampas telefon bimbit isteri mangsa dan kunci pacuan empat roda jenis Toyota Hilux serta menghidupkan enjin kenderaan tersebut.
“Mangsa yang menyedari kenderaannya cuba dilarikan menghampiri suspek dan berlaku pergelutan sebelum suspek bertindak melepaskan satu das tembakan sehingga terkena perut mangsa.
“Malah, peluru itu turut mengenai peha kanan anak lelaki mangsa yang berada di sebelahnya. Bagaimanapun, ketiga-tiga suspek berjaya melarikan diri dan merampas beberapa barangan berharga daripada rumah tersebut,” katanya.

Sempat larikan Hilux

Selepas gagal mendapatkan kenderaan di rumah tersebut, kumpulan penjenayah terbabit tidak berputus asa dan mencuba nasib ke atas mangsa lain.
Paramasivam berkata, kumpulan penjenayah yang sama bertindak menyerang pemilik kilang besi yang sedang berada di dalam kenderaan jenis Toyota Hilux di hadapan kilangnya di Jalan Kampar, Langkap kira-kira jam 9 malam.
“Dua lelaki suspek yang bersenjatakan parang dan bertopeng keluar dari kenderaan mereka naiki meletakkan parang di leher mangsa serta melarikan beberapa barangan berharga milik mangsa yang berusia 31 tahun itu.
“Antara barangan yang dilarikan suspek adalah telefon bimbit jenama Nokia dan Samsung, wang tunai berjumlah RM6,000, rantai leher, cincin dan loket emas.
“Mereka turut menarik mangsa keluar daripada kenderaan dan melarikan kenderaannya. Mangsa bagaimanapun tidak mengalami sebarang kecederaan,” katanya.

Seorang berjaya ditahan

Dalam perkembangan berkaitan, Paramasivam berkata, selepas mendapat laporan daripada kejadian rompakan di Kampar, Pasukan Cantas digerakkan dalam Ops Tutup yang dijalankan di Tanjung Malim, Tapah, Kampar, Perak Tengah dan Manjung.
“Pada jam 11.30 malam, kenderaan Proton Perdana suspek telah dikesan di Ladang Tapah dan cuba lari ke Kampar namun berpatah balik kerana terdapat sekatan jalan raya di Balai Air Kuning.
“Anggota peronda kami mengejar suspek yang menaiki Proton Perdana sebelum kenderaan tersebut tiba-tiba melanggar sebuah kereta lain yang dinaiki empat sekeluarga.
“Bagaimanapun, kenderaan Toyota Hilux yang dipercayai dinaiki dua suspek berjaya melarikan diri menuju ke medan selera Hilir Perak.
“Akibat kemalangan itu, empat sekeluarga terbabit mengalami kecederaan ringan dan dirawat sebagai pesakit luar di Hospital Tapah.
“Manakala, suspek berusia 33 tahun itu patah kaki dan dirawat di salah sebuah hospital di sini,” katanya.
Menurutnya, siasatan awal mendapati, suspek yang berasal dari Taman Orkid, Teluk Intan, mempunyai empat rekod jenayah lampau membabitkan kes dadah dan kecurian.
“Selain itu, kereta Proton Perdana yang digunakan suspek adalah kenderaan curi yang hilang di Bukit Puchong, Selangor pada awal tahun ini.
“Hasil pemeriksaan ke atas kenderaan kami telah menemui, wang tunai berjumlah RM1,100, topi, topeng muka, sarung tangan, buku cek Maybank, buku simpanan Tabung Haji, MyKad anak mangsa dan telefon bimbit.
“Kes ini disiasat di bawah Seksyen 3 Akta Senjata Api (Penalti Lebih Berat) 1971 yang jika disabitkan kesalahan boleh membawa hukuman mati.
“Setakat ini, kami telah mengenal pasti dua suspek yang turut terbabit dalam kes berkenaan yang dipercayai berasal dari kawasan Hilir Perak,” katanya yang memaklumkan mangsa dan anak lelaki yang terkena tembakan dalam kejadian pertama dilaporkan stabil.
Dalam perkembangan berkaitan, Paramasivam berkata, kumpulan penjenayah terbabit dipercayai aktif dalam kegiatan samun bersenjata dan mencuri kenderaan pacuan empat roda di beberapa daerah sekitar negeri ini.
Beliau berkata, kumpulan yang bergerak aktif sejak awal tahun ini dipercayai sudah melakukan lebih 10 kes curi kenderaan di Perak. – Sinar
- See more at: http://fuh.my/kes-samun-bersenjata-di-ipoh/#sthash.J1hJTVgb.dpuf

No comments:

Post a Comment