Friday, September 6, 2013

Pin It

Widgets

ISU SEK KEB SERI PRISTANA ... MCA ENGGAN MENJADI ORANG TENGAH ALASANNYA KERANA IANYA MELIBATKAN PELAJAR-PELAJAR KAUM INDIA????





Ketua Pemuda MCA, Datuk Wee Ka Siong (gambar) menolak untuk menjadi orang tengah bagi mencari jalan penyelesaian yang menyelebungi SK Seri Pristana, selepas pertubuhan bukan kerajaan India mendakwa MIC gagal membantu mereka menyelesaikan isu itu. 

Wee berkata, perkara itu membabitkan masyarakat India, maka MIC adalah platform terbaik untuk menanganinya.


"Secara tradisionalnya, MIC wajar membimbing masyarakat India untuk mencari jalan penyelesaian isu tersebut.

"Saya yakin pemimpin MIC akan memberi perhatian dan menyelesaikannya," katanya. 

Wee berkata, kumpulan itu perlu bertemu Kementerian Pendidikan untuk mencari jalan penyelesaian yang terbaik.

"Saya percaya persetujuan boleh dicapai. Saya rasa tidak baik untuk MCA mengambil alih peranan itu," katanya kepada The Malaysian Insider hari ini.


"Timbalan Menteri Pendidikan, P Kamalanathan dan pemimpin MIC lain perlu berhubung dengan mereka yang terbabit dan berbincang dari hati ke hati," katanya yang juga bekas Timbalan Menteri Pendidikan.


Setiausaha Kebangaan Malaysia Tamilan Today Welfare, K Gunasegaran sebelum ini menggesa MCA khususnya Wee untuk membantu dalam menyelesaikan isu kontroversi yang melanda sekolah tersebut dan mendakwa pemimpin MIC "tidak bersungguh".


Wee antara yang ke depan mengkritik cara Kementerian Pendidikan mengendalikan masalah itu.

SK Seri Pristana menjadi perhatian umum sejak sebulan lalu apabila seorang ibu memuat naik gambar murid bukan Islam makan pada waktu rehat di bilik mandi pada Ramadan lalu.

Guru besar dan sebahagian guru di sekolah berkenaan turut membuat empat laporan polis selepas menerima ancaman bunuh daripada penjaga.


Warga siber menyelar polis dan melabel mereka pembuli profesional kerana menyoal murid.


Gunasegaran juga membidas Timbalan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri,  P Waythamoorthy yang langsung tidak melawat sekolah berkenaan atau menghulur bantuan kepada penjaga terbabit.

No comments:

Post a Comment